Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KOMPETENSI TEORI 1

KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK


SEMESTER / TAHUN 5/2014
NO. DAN TAJUK MODUL ETE 501 MOTOR CONTROL 1
NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN
1. PERFORM MAGNETIC CONTROL
OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIRAN
1.1.1.Define the basic concepts of motor control according to user
requirements
1.2.1 List the component and accessories used in motor control
according to IEE Regulation
1.2.2Determine the component and accessories used in motor control
according to IEE Regulation
1.3.1 Describes the use and function of each magnetic control according
to IEE Regulation
1.4.1 Read motor control circuit diagram according to IEE Regulation
1.4.2 Interpret motor control circuit diagram according to IEE Regulation
1.5.1 Practice safe working environment in accordance with 5S standard
NO. KOD : ETE 501 TARIKH :
NAMA PELAJAR:
KUMPULAN:
Markah
Open Book
Test
Markah
Kuiz 1 &
Kuiz 2
Markah
Keseluruhan



KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL: 05 688 1608 FAX: 05 688 6327
10
90
100
KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
ETE 501 KAWALAN MOTOR 1

ajmt670 1

KUIZ 1
Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.
1. Di antara berikut yang manakah bukan kegunaan sesentuh di dalam kawalan magnet?
A. Menyambungkan sesuatu litar.
B. Memutuskan sesuatu litar.
C. Menghidupkan sesuatu litar.

2. Antara jawapan berikut, komponen kawalan manakah yang tidak menggunakan sesentuh sebagai
salah satu binaannya?
A. Geganti beban lebih.
B. Penyentuh.
C. Pemutus litar miniatur.

3. Apakah fungsi gelung telau dalam penyentuh?
A. Mengurangkan bunyi bising dalam penyentuh.
B. Pelengkap medan magnet.
C. Menyambungkan litar apabila penyentuh bertenaga.

4. Kegunaan sesentuh utama dalam penyentuh adalah
A. Membawa arus dalam litar kawalan motor.
B. Membawa arus untuk disambungkan kepada motor.
C. Membawa arus ke gegelung penyentuh.

5. Dalam litar kawalan motor geganti beban lampau amat perlu bagi memastikan litar kawalan
motor selamat digunakan. Di antara berikut, apakah kemungkinan yang boleh berlaku jika
geganti beban lampau ini tidak dipasang dalam litar tersebut?
A. Arus lebih akan menyebabkan motor rosak.
B. Arus lebih akan menyebabkan motor akan berputar lebih laju.
C. Arus lebih akan menyebabkan motor berputar terbalik.

6. Apakah fungsi dwilogam dalam geganti lewat masa (GLM) kendalian suhu?
A. Dwilogam berfungsi mengawal suhu untuk menarik atau menolak sesentuh.
B. Suhu yang meningkat menyebabkan dwilogam melengkung dan menolak sesentuh.
C. Dwilogam berfungsi memegang gegelung pemanas.


ETE 501 KAWALAN MOTOR 1

ajmt670 2

7. Bagaimanakah suis apung boleh digunakan dalam mengawal aras takungan air dalam suatu
tangki simpanan air?
A. Dengan mengawal motor yang menggerakkan pam air ke tangki dengan menggunakan
sesentuh yang ada pada suis tersebut.
B. Menggerakkan injap pam air ke tangki apabila sui situ berkendali.
C. Menghidupkan pam apabila air surut ke tahap minimum dan menghentikan pam apabila air
telah penuh dalam tangki.

8. Apakah fungsi suis pilihan dalam suatu kawalan motor?
A. Mewujudkan kait-punca elektrik dalam litar kawalan.
B. Memilih litar yang mana hendak dikendalikan.
C. Untuk memilih litar utama atau litar kawalan.

9. Kawalan insani membawa maksud berikut, KECUALI
A. Motor dihidupkan sendiri oleh pengguna.
B. Satu kaedah kawalan motor dilakukan sendiri oleh pengguna motor tersebut sehingga selesai
kerja.
C. Pada permulaan kawalan, ianya dikendali oleh pengguna dan seterusnya dikawal oleh suis
apung atau suis had.

10. Kenapakah kawalan insani tidak digunakan secara meluas dalam kawalan sesuatu motor?
I. Kerana ianya memerlukan kos upah tenaga kerja.
II. Memerlukan ramai tenaga kerja mahir.
III. Ketinggalan zaman.

A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III.


ETE 501 KAWALAN MOTOR 1

ajmt670 3

Nama: .. Kump: .
KUIZ 2
Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.
11. Apakah yang anda faham kendalian separa automatik?
A. Satu kaedah kawalan yang tidak memerlukan penglibatan tenaga manusia untuk
mengendalikannya.
B. Satu kaedah kawalan yang menggabungkan kawalan insani dengan kawalan automatik.
C. Satu kaedah kawalan yang memerlukan tenaga manusia sepenuhnya.

12. Di antara berikut adalah contoh pemula kawalan motor separa automatik, KECUALI
A. Pemula Bintang Delta.
B. Pemula Perintang Pemutar.
C. Pemula Jogging

13. Di antara kenyataan berikut yang manakah kenyataan yang BENAR bagi kawalan motor
automatik.
A. Suatu kawalan yang memerlukan pengendali yang mahir.
B. Suatu kawalan yang berkendali sendiri tanpa bantuan manusia.
C. Suatu sistem kawalan manusia dari jarak jauh.

14. Pilih satu kenyataan yang BENAR mengenai sistem pembrekan jenis palam(plugging)
beroperasi.
A. Suatu sistem pembrekan dengan menterbalikkan putaran yang menggunakan daya kilas yang
berlawanan dengan daya kilas motor itu sendiri.
B. Suatu sistem pembrekan atau pemberhentian motor dengan cara memutuskan bekalan kuasa
kepada motor tersebut.
C. Suatu kaedah pembrekan motor dengan mewujudkan geseran yang kuat pada aci motor.

15. Di antara kaedah pembrekan motor berikut, yang manakah sesuai untuk motor DC?
A. Brek dinamik.
B. Brek jana semula.
C. Brek Magnet.

16. Pilih kenyataan yang BETUL mengenai istilah saling kunci elektrik dalam kawalan motor.
A. Di antara dua atau lebih litar elektrik yang berasingan tetapi mempunyai hubung kait di mana
dalam satu masa, satu litar sahaja boleh berkendali.
B. Di antara dua atau lebih litar elektrik yang berasingan tetapi mempunyai hubung kait, di mana
dalam satu masa, kedua-dua litar atau semua litar beroperasi serentak.
C. Satu litar elektrik yang mempunyai kuasa untuk membaiki dan menyambung litar lain.
ETE 501 KAWALAN MOTOR 1

ajmt670 4

17. Kenyataan di bawah adalah benar mengenai kait punca mekanikal dalam kawalan motor
KECUALI,
A. Di antara dua atau lebih penyentuh yang berasingan tetapi mempunyai hubung kait di mana
dalam satu masa, satu penyentuh sahaja boleh berkendali.
B. Di antara dua atau lebih stesen punatekan yang berasingan tetapi mempunyai hubung kait di
mana dalam satu masa, satu punatekan sahaja boleh berkendali.
C. Di antara dua atau lebih sesentuh yang berasingan tetapi mempunyai hubung kait di mana
dalam satu masa, satu sesentuh sahaja boleh berkendali.

18. Pemula jogging atau inching yang dikenali sebagai kawalan pergerakan motor secara berdikit-
dikit. Dalam situasi yang bagaimanakah kawalan ini perlu diadakan.
A. Semasa memeriksa atau membuat pelarasan terhadap pergerakan motor.
B. Semasa menghidupkan motor secara berterusan.
C. Semasa motor berhenti berputar yang memerlukan kerja-kerja baik pulih.

19. Rajah 1 adalah litar kawalan pemula talian terus (DOL),

Rajah 1

Berpandukan Rajah 1, apakah akan berlaku kepada sesentuh tambahan C4 apabila punatekan
hidup PB2 ditekan?
A. Sesentuh akan menjadi terbuka.
B. Sesentuh akan menjadi tertutup.
C. Tidak akan berlaku apa-apa kepada sesentuh tersebut.

20. Berpandukan Rajah 1, alat pelindungan yang manakah akan berkendali sekiranya berlaku litar
pintas?
A. Geganti beban lebih (GBL).
B. Punatekan henti PB1.
C. Pemutus litar miniature (PLM).
PLM
GBL
PB1
PB2
C
C4
L2
N
L1

Anda mungkin juga menyukai