Anda di halaman 1dari 18

1.

1 PENGENALAN
Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang
perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan
membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat,
menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,
pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang
boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang
yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk
menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.
Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis
item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana
ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya
penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu
kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan
keupayaan pelajar-pelajar kita.
Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk
memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item
akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada
item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat
analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan
ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang
dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan
Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai
dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu
Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana
melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20
soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukan indeks
kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.
Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk Mengenal Negara
Kita yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan
tajuk ini kami telah membina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan
ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami
telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar
dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor.
Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat berat dan sukar
untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami
berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom
seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turut mengalami
masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan
sukatan pelajaran yang telah kami pilih. Mujurlah, pensyarah kami iaitu En.S.Thirugnana banyak
membantu kami dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang
bersesuaian agar kami tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang
seterusnya. Di sini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah
Kebangsaan Bukit Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan
ini kepada murid murid tahun 5 di sekolah tersebut.
Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi pengetahuan
dan manfaat yang berguna kepada kami yang bakal menjadi warga pendidik pada suatu hari kelak. Di
samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada kami
terutamanya ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana kami perlu mengawal
suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak menghadapi
sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun
yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk
menjadi bakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.S.Thirugnana
dan juga kepada warga pendidik SK.Bukit Kerayong di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian.
.
1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )
Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan
objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama
yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia
mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan
mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina
dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara
kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan
mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan
pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun
ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentu Ujian (
JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 sepertimana yang terdapat pada Jadual 1.1
berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan tajuk Mengenal Negara Kita kepada 3
topik kecil iaitu Lokasi Negara Malaysia, Negeri-negeri dalam Malaysia dan Identiti Negara
Malaysia. Daripada topik topik ini kami telah membina I set instrument soalan aneka pilihan yang
meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan
soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras
kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras
penilaian. Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan
aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi.
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT KERAYONG, KAPAR
JADUAL PENENTUAN UJIAN
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
UJIAN BULAN OGOS 2006
KANDUNGAN
SUKATAN
PELAJARAN
J. ITEM KEMAHIRAN ARAS NO. JUM.
OBJEKTIF P K A An S P R S T Soalan Soalan
5.1 Lokasi
a) Di asia
Tenggara
X X X (1) 5
X X (13)
X X (15)
X X (14)
X X (12)
b) Di dunia X X X (2) 1
5.2 Negeri dalam
Malaysia

a) Nama
negeri,ibu negeri
& bandar utama
X X X (5) 3
X X (17)
X X (19)
b) Lagu,bendera
dan jata negeri
X X X (10) 2
X X (18)
c) Ketua negeri
dan Ketua
kerajaan negeri
X X X (3) 2
X X (6)
5.3 Identiti
Negara

a) Lagu,bendera
jata, mercu dan
lambang lain
X X X (4) 3
X X (8)
X X (7)
b) Struktur
pentadbiran
X X X (16) 3
X X (11)
negara

X

X (20)
c) Ketua negara &
K.Kerajaan
X X X (9) 1
JUMLAH 10 5 5 20 20
Jadual 1.1 : Jadual Penentuan Ujian (JPU)
1.4 SOALAN UJIAN
Nama :____________________ Kelas:___________
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di antaranya hanya
terdapat satu pilihan jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul.
Apakah nama ibu negeri Sarawak ?
A. Kangar
B. Kuching
C. Shah Alam
D. Kota Bharu
Negara apakah yang paling hampir dengan Malaysia ?
A. China
B. Taiwan
C. Pakistan
D. Thailand
Berikut adalah gelaran ketua negeri-negeri Melayu kecuali
A. Putera
B. Sultan
C. Yang diPertuan Besar
D. Yang diPertuan Negeri
Apakah Bunga Kebangsaan Malaysia ?
A. Bunga Melur
B. Bunga Raya
C. Bunga Matahari
D. Bunga Kemboja
Kenyataan manakah yang tidak benar mengenai Negeri Sembilan ?
A. Negeri ini mengamalkan adat perpatih
B. Yang diPertua Negeri adalah Ketua Negeri
C. Terdapat empat undang luak di Negeri Sembilan
D. Terdapat sembilan daerah utama di Negeri Sembilan
Gelaran Ketua pentadbir bagi Negeri Sabah ialah
A. Ketua Menteri
B. Menteri Besar
C. Yang diPertua Negeri
D. Yang diPertua Besar
Apakah cogankata yang terdapat pada Jata Negara Malaysia ?
A. Bersekutu Maju
B. Tekun Usaha Jaya
C. Usaha Hingga Jaya
D. Bersekutu Bertambah Mutu
Apakah yang dimaksudkan dengan lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara?
A. Negeri negeri selat
B. Negeri berdemokrasi
C. Negeri Melayu bersekutu
D. Negeri Melayu tak bersekutu
Antara tugas tugas seorang Perdana Menteri Malaysia ialah
I. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara
II. Berkuasa mengampunkan orang yang didapati bersalah
III. Mempengerusikan mesyuarat kabinet
IV. Menjadi ketua agama islam bagi negeri yang tiada Sultan
A. I dan II
B. II dan IV
C. I dan III
D. III dan IV
Sembilan tangkai padi yang terdapat pada Jata Negeri Sembilan bermaksud
A. Sembilan adat
B. Sembilan dialek
C. Sembilan daerah
D. Sembilan undang
Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai pentadbiran negara Malaysia
A. Perdana Menteri berkuasa membubarkan Parlimen
B. Perdana Menteri adalah ketua pentadbiran Malaysia
C. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia
D. Rakyat berhak memilih kerajaan baru setiap lima tahun sekali
Perkara- perkara berikut benar mengenai matlamat penubuhan ASEAN kecuali
A. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
B. menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
C. meningkatkan taraf hidup penduduk negara negara anggota
D. cuba melahirkan seberapa banyak ahli sukan bertaraf dunia
Negara kita, Malaysia merupakan ahli anggota
A. Blok Komunis
B. Kesatuan Eropah
C. Pertubuhan Atalantik Utara
D. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu
Untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan perdagangan yang berjaya,negara negara ahli telah
A. mengadakan kerjasama ekonomi serantau
B. mengadakan kerjasama kebudayaan serantau
C. mengadakan kerjasama pelancongan serantau
D. mengadakan kerjasama perikanan serantau
Di kalangan negara- negara di Asia Tenggara,Malaysia merupakan
I. Sebuah negara membangun
II. Sebuah negara pengeluar getah utama di dunia
III. Sebuah negara demokrasi
IV. Sebuah negara yang tinggi kadar penganggurannya
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV
Kementerian apakah yang bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan negara?
A. Kementerian Pendidikan
B. Kementerian Pertahanan
C. Kementerian Pengangkutan
D. Kementerian Kesihatan
Berikut adalah benar bagi sesebuah daerah dalam sesebuah negeri di Malaysia.
I. Ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah
II. Pegawai Daerah akan dibantu oleh Penghulu Mukim
III. Pegawai Daerah dipilih melalui pilihanraya
IV. Setiap daerah mempunyai Majlis Daerah masing-masing
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
Kenapakah setiap negeri di Malaysia mempunyai lagu negeri masing-masing?
A. untuk bersaing dengan negara negara jiran
B. menimbulkan semangat bersatu padu ,setia dan sayang kepada negeri sendiri
C. berbangga apabila menyanyikan lagu tersebut
D. memupuk semangat rajin bekerja dan berusaha hingga berjaya.
Pernyataan berikut menggambarkan peranan bandar-bandar di Malaysia
I. Pusat pentadbiran
II. Pusat perkembangan ekonomi
III. Menyediakan pelbagai kemudahan
IV. Pertanian untuk perdagangan dijalankan dengan meluas di Bandar
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
Di peringkat pusat,kerajaan bertanggungjawab meninggikan taraf hidup rakyatnya.Perkara-perkara di bawah adalah
sebahagian dari cara- cara yang boleh dilakukan kecuali
A. menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
B. memberi wang sara hidup kepada orang yang menganggur
C. menyediakan dan membina lebih banyak kemudahan infrustruktur
D. menyediakan lebih banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi.
1.5 JADUAL ANALISIS
Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5
yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor.
Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian
untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang
ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan
memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para
pelajar di sekolah ini.
Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini
yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20
orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah
tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti
dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang
pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang
pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar
sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan
betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu
memperoleh 5 markah sahaja.
Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar
kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi
gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian
yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item
soalan yang telah kami sediakan ini.
1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item
(p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang
telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan,
indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item
tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti
persamaan berikut :
p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.
Nilai (p) Pengkelasan Item
0.00 0.20 Terlalu Sukar
0.21 0.40 Sukar
0.41 0.60 Sederhana Sukar
0.61 0.80 Mudah
0.81 1.00 Terlalu Mudah
Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang
terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat
psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah
akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak
akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini tidak dapat membezakan pelajar
yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks
kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila
guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk
mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum, memberi
maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan
yang bias kepada sesuatu kandungan.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah,
kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah kami perolehi.
Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.3
berikut :
No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item
Jadual 1.3 : Indeks Kesukaran Item
Melalui jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai aras kesukaran 0.90
0.95 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika
menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak dapat
membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah.
Bagi soalan 18 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah berjaya menjawab soalan ini
dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75 yang menunjukkan soalan ini juga mudah untuk
dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian rujukan norma.
1 0.90 Terlalu Mudah
2 0.60 Sederhana Sukar
3 0.55 Sederhana Sukar
4 0.95 Terlalu Mudah
5 0.40 Sukar
6 0.40 Sukar
7 0.45 Sederhana Sukar
8 0.60 Sederhana Sukar
9 0.55 Sederhana Sukar
10 0.35 Sukar
11 0.25 Sukar
12 0.40 Sukar
13 0.60 Sederhana Sukar
14 0.10 Terlalu Sukar
15 0.20 Terlalu Sukar
16 0.40 Sukar
17 0.25 Sukar
18 0.75 Mudah
19 0.30 Sukar
20 0.40 Sukar
Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2,3,7,8,9 dan soalan 13 di
mana soalan soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana sukarnya. Soalan soalan
seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat membezakan keupayaan
menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu
mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji pengetahuan mengikut aras
kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.
Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah yang paling banyak
terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan yang sukar di dalamnya. Antara soalan
tersebut ialah soalan yang bernombor 5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati agak ramai pelajar
yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma, soalan
soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan
pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun,
soalan soalan seperti ini, haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan
pelajar.
Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab
oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 14 dan hanya 4
orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang demikian, kedua
dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di
dalam ujian ini.
1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM
Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara pelajar
yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh
dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar yang
menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar
yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar
berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut
:
Indeks Diskriminasi (d) = (RU RL)
(1/2 T (L+U) )
Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :
Nilai ( d ) Pengkelasan Item
0.00 0.10 Tidak Baik
0.11 0.20 Kurang Baik
0.21 0.30 Sederhana Baik
0.31 0.40 Baik
0.41 1.00 Sangat Baik
Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00
bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat
membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi
soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan soalan ini dikatakan
tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah.
Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00,
dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada
pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul
berbanding pelajar pandai.
Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula,
mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum yang
tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk
pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan dan
mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan pengajian dalam bidang
bidang tertentu.
N0.SOALAN Nilai (d) / Aras Diskriminasi Pengkelasan Item
1 0.33 Baik
2 0.33 Baik
3 0.00 Tidak Baik
4 0.16 Kurang Baik
5 0.66 Sangat Baik
6 0.33 Baik
7 0.66 Sangat Baik
8 0.50 Sangat Baik
9 0.83 Sangat Baik
10 -0.33 Tidak Baik
11 -0.16 Tidak Baik
12 0.33 Baik
13 0.50 Sangat Baik
14 -0.16 Tidak Baik
15 0.00 Tidak Baik
16 0.66 Sangat Baik
17 0.16 Kurang Baik
18 0.50 Sangat Baik
19 0.50 Sangat Baik
20 0.66 Sangat Baik
Jadual 1.4 : Indeks Diskriminasi Item
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah,
kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah kami perolehi.
Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.4 di
atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti yang di atas ialah :

Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) = 6 orang
Markah Rendah (RL) = 4 orang
T(L+U) = 6 orang
(RU-RL) = 6 4 = 0.33
T(L+U) 6
ANALISIS ITEM
Soalan/Item 1
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 2
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 3
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk
Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara
murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.
Soalan/Item 4
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.
Soalan/Item 5
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada
seorang murid pun dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan
ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 6
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 7
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang
sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 8
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang murid
dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini juga
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 9
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab soalan ini
dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk PRN kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 10
- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana seramai 3 orang murid dari
kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul berbanding hanya
seorang sahaja dari kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara
songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat
menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.
- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai.
Soalan/Item 11
- Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di mana seramai dua
orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.Hanya seorang pelajar
sahaja dari kumpulan pencapaian tinggi dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah
tidak baik untuk penilaian rujukan norma.
- Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain.
Soalan/Item 12
-Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan seorang orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan
ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan
Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 13
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari
kumpulan berpencapaian rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada
dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat
membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 14
- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang murid
sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan
betul.Manakala, tidak seorang murid pun dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat
menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan
pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini
dengan betul daripada pelajar pandai.
- Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 15
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid bagi
kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk
Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai
dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai
Soalan/Item 16
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid
dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat
membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 17
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan
ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid
yang lemah.
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.
Soalan/Item 18
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang murid dari
kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 19
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari
kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 20
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang murid
sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini

Anda mungkin juga menyukai