Anda di halaman 1dari 6

EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanak-Kanak

Tajuk 5 Kemahiran Asas Kaunseling


TAJUK 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Tahap-Tahap Dalam Kaunseling
Menurut Brammer, proses kaunseling dapat dibahagikan kepada lapan tahap,
iaitu:
1. Penyediaan dan kemasukan
Memulakan temu bual dengan menggunakan soalan-soalan yang tidak
menakutkan yang bertujuan untuk mengurangkan penentangan klien dan
meningkatkan aras kepercayaan klien terhadap kaunselor supaya klien
mudah meluahkan perasaan.

2. Penjelasan
Pada tahap ini, kaunselor cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang
masalah klien. Soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah berbentuk
terbuka untuk mendapatkan lebih banyak jawapan atau maklumat.
3. Struktur
Pada tahap ini, kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada
perhubungan mereka boleh diteruskan atau tidak. Penstrukturan akan
menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan menolong.
Langkah-langkah yang akan diambil boleh diberitahu kepada klien dan
klien seharusnya sedar tentang tanggungjawabnya untuk menyatakan
sesuatu masalah dengan jelas.

4. Perhubungan
Membina dan mengeratkan perhubungan antara kaunselor dengan klien.

5. Penerokaan
Memikirkan apakah perubahan-perubahan yang perlu dilalui oleh klien dan
apakah strategi yang akan digunakan.
EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanak-Kanak
Tajuk 5 Kemahiran Asas Kaunseling
6. Pengukuhan
Klien menjelaskan perasaannya dengan lebih lanjut dan menentukan
alternatif-alternatif lain. Kemahiran-kemahiran baharu juga diamalkan.

7. Perancangan
Tertumpu kepada rancangan tindakan yang khusus. Rancangan-
rancangan untuk penamatan dan penerusan akan dirumuskan.

8. Penamatan
Rumusan tentang pencapaian-pencapaian klien akan dibuat. Jika terdapat
matlamat yang tidak tercapai, sebab-sebabnya hendaklah dikenal pasti.
Sekiranya klien telah membuat keputusan atau merasakan dia telah dapat
menyelesaikan masalah dengan memuaskan, maka penamatan boleh
dilakukan.



EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanak-Kanak
Tajuk 5 Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling



Kemahiran Melayan dan Mendengar
1. Mendengar secara aktif
Kaunselor hendaklah mendengar secara aktif dengan memberikan
perhatian sepenuhnya dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-
kata klien.

2. Mendengar secara empati
Kaunselor perlu berkemahiran mendengar dengan empati iaitu memahami
perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor dapat menyatakan semula
dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien
serta perasaan terpendam klien juga dapat ditafsirkan dengan tepat oleh
kaunselor.
Kemahiran
-
Kemahiran
Kemahiran
Melayan dan
Mendengar
Kemahiran
Menginterpretasi
Tingkah Laku
Bukan Lisan
Kemahiran
Memberi Tindak
Balas
Kemahiran
Mengenal Pasti
Masalah
Kemahiran
Melaksana
Intervensi
EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanak-Kanak
Tajuk 5 Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Menginterpretasi Tingkah Laku Bukan Lisan
Komponen-Komponen Tingkah Laku Bukan Lisan
1. Kedudukan tubuh badan kaunselor
Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong ke hadapan iaitu ke arah
klien bagi menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu berminat
mendengar apa jua yang diperkatakan oleh klien.

2. Ekspresi muka
Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, menunjukkan pembiming itu
sedia menerima klien.

3. Tentangan mata
Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien bagi
menunjukkan pembimbing meminati apa jua yang diperkatakan oleh klien.

4. Soalan terbuka
Menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan soalan terbuka.


Kemahiran Memberi Tindak Balas
1. Dorongan minimum untuk bercakap
Dorongan minimum termasuk gerakan isyarat, anggukkan kepala,
perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan
penting yang menunjukkan kaunselor itu berminat akan kata-kata klien.

2. Prafasa dan refleksi
Mengulangkan kandungan yang telah diperkatakan oleh klien bagi
menunjukkan kaunselor mendengar kata-kata klien. Kaunselor yang
EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanak-Kanak
Tajuk 5 Kemahiran Asas Kaunseling
bertindak dengan menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dapat
mendorong klien meneroka perasaannya yang lebih mendalam.


Kemahiran Mengenal Pasti Masalah
Cara-Cara Kemahiran Mengenal Pasti Masalah
1. Mengenal pasti masalah
Membimbing murid untuk mengenal pasti masalah itu dan seterusnya
mengubah masalah umum kepada masalah spesifik.

2. Mengenal punca masalah
Meneroka dan mengenal punca masalah murid.

3. Mencerakin masalah
Menolong klien menganalisis masalah yang dihadapi.

4. Meneroka alternatif-alternatif
Membantu untuk menyusun strategi penyelesaian dengan meneroka
alternatif-alternatif dengan murid berkenaan.

5. Membuat rumusan
Pada akhir sesi kaunseling, kaunselor dan klien hendaklah sama-sama
menentukan alternatif yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Murid boleh
memilih lebih daripada satu alternatif. Setelah dipersetujui alternatif yang
akan diambil oleh murid untuk menyelesaikan masalah, maka murid
hendaklah mula bertindak.


EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanak-Kanak
Tajuk 5 Kemahiran Asas Kaunseling
6. Mengambil tindakan susulan
Sebagai langkah untuk mengesan sama ada alternatif telah dilaksanakan
oleh klien, kaunselor perlu mebuat tindakan susulan. Hal ini termasuklah
usaha menemui murid berkenaan bagi menentukan sama ada satu-satu
alternative itu sesuai atau sebaliknya. Sekiranya didapati alternatif yang
dipilih itu tidak berkesan, maka sesi kaunseling susulan hendaklah
diadakan.


Kemahiran Melaksana Intervensi
1. Menangani masalah teruk
I. Secara langsung: Teknik kaunseling individu atau kaunseling
kelompok.
II. Secara tidak langsung: Kerjasama keluarga klien.

Anda mungkin juga menyukai