Anda di halaman 1dari 3

HADIS-HADIS SAHIH MENGENAI FADHILAT DI BULAN RAMADHAN

Disediakan oleh : Mohd Hairi Nonchi


(Pendidikan Dengan Sains Sosial, UMS)

Rasulullah s.a.w bersabda :
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah,
dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum no:
1894)

Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-
Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu
pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui
pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa?
Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui
pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini
akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum
no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan
kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga
dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah
berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu
menandinginya
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :
(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan
makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia
kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU
memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda
sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa)
adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi
balasannya
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa, Kitab al-Shiyam no:
603)




Sabda Rasulullah s.a.w :
Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh
malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah
yang memberi pahala puasanya
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas no:
5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana
ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat
dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan
orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza
dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau
bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka
dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-
Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini
dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan
semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa
itu kepada diri-Nya
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)

SUMBER: http://al-muwahhidun.blogspot.com/2008/09/hadis-hadis-sahih-mengenai-fadhilat-
di.html

Anda mungkin juga menyukai