Anda di halaman 1dari 20

Ulangkaji

Jenis-jenis teselasi:
Dengan 1, 2 atau lebih bentuk
Fraktal
Isometri pada satah
Putaran
Pantulan
Translasi/Alihan
Pantulan Geluncuran
Mengkaji isometri dan simetri satah
Teselasi
Satu susunan bentuk-bentuk
tertutup yang lengkap meliputi
satah tanpa bertindih dan tanpa
meninggalkan jurang
Teselasi dengan satu bentuk
Poligon sekata yang mana boleh
menghasilkan teselasi?
Segitiga sama sisi, segiempat sama dan
heksagon sekata.
Mengapa hanya 3 poligon sekata ini boleh
menghasilkan teselasi?
Kerana jumlah sudut di satu bucu mesti
bersamaan 360 darjah. Maka, poligon
sekata dengan sudut bucu yang mana
merupakan faktor 360 boleh
menghasilkan teselasi.
Teselasi menggunakan hanya satu
poligon sekata dipanggil-
Teselasi sekata atau tulen.
Simbol Schlfli {p, q}:?
p= jumlah bucu poligon sekata,
q= bilangan poligon sekata keliling satu
bucu.
Pilih teselasi sekata :{3,5}; {3,6}; {6,3}; {4,4};
{5,3}; {6, 8}. Terangkan.

Saiz sudut pada bucu poligon
sekata
Saiz sudut bucu poligon sekata:
((n-2)x180)/n , di mana n= bilangan sisi
poligon sekata.
Kaedah lain: Membahagi poligon kepada
segitiga dengan melukis pepenjuru-
pepenjuru- bilangan segitiga kali 180
bahagi dengan bilangan sisi poligon
sekata.
Teselasi dengan dua poligon
Teselasi homogen atau separa sekata
melibatkan
2 atau lebih poligon sekata dan
Ada susunan poligon yang sama pada
setiap bucu (hanya ada 8 kes).
m=4 bermaksud 4 poligon sekata bertemu
pada satu bucu.
6.3.6.3: Hexagon, segitiga sama sisi.
Bolehkah pentagon dan dekagon
menghasilkan satu teselasi
homogen/seragam?
108 +108 +144= 360
Tidak, kerana ia tidak boleh diteruskan
pola dan meliputi satah.
Jadi menentukan jika poligon boleh
menggabungkan menjanakan satu
teselasi homogen menggunakan jumlah
360 tidak semestinya benar.
Poligon sekata yang menghasilkan
teselasi separa sekata ialah
Segitiga sama sisi, segiempat sama,
Heksagon, Octagon, Dodekagon.
Sekali lagi bukan semua gabungan
poligon ini boleh menghasilkan teselasi
separa sekata: 3.4.3.12; 3.4.4.6, etc.
Teselasi Escher
Teselasi yang dihasilkan oleh motif yang
direkabentuk dengan mengubahsuai sisi-
sisi bertentangan yang selari atau sisi-sisi
sebelahan bentuk yang boleh
menghasilkan teselasi.
Contoh: segiempat tepat, heksagon,
segitiga dsbnya.

Ubahsuai sisi-sisi bertentangan yang
selari : gunakan alihan/translasi
Ubahsuai sisi-sisi sebelahan : gunakan
putaran
Luas motif baru adalah sama dengan luas
motif asal
FRAKTAL
Bentuk geometri yang boleh dibahagi
kepada bahagian-bahagian dan setiap
bahagian ialah salinan bentuk yang telah
dikecilkan daripada bentuk keseluruhan.
Fraktal dihasilkan melalaui proses
iterasi/lelaran
Segmen pertama (dipanggil initiator) ialah
tahap 0 (sifar)
Fraktal
Melukis bentuk pada tengah-tengah 1/3
panjang garis lurus asal: Tahap 1.
Tahap 1 fraktal dipanggil
generator/penjana
Setiap initiator digantikan oleh generator
dengan melukis bentuk yang sama pada
tengah-tengah segmen.
Lengkung Koch
Initiator lengkung Koch ialah segmen garis
lurus
Initiator: bentuk awal/permulaan
Generator: set salinan skala initiator
Peraturan: Dalam generator, gantikan
setiap salinan initiator dengan generator
Nisbah Penggantian
Nisbah penggantian: Contoh generator
ada 5 segmen garis lurus dan initiator ada
satu segmen garis lurus, NP fraktal ialah
5:1 atau 5
Jika generator ada 3 segitiga dan initiator
ada satu segitiga NP ialah 3:1 atau 3.
Nisbah Penskalaan
Nisbah Penskalaan: Panjang initiator
(contoh:3 cm) dan panjang generator 1cm,
NP ialah 3.
Tinggi segitiga (initiator) 2 cm dan tinggi
generator 1 cm, NP ialah 2.
Isometri Satah
Terangkan isometri-isometri yang
digunakan dalam gambar-gambar di slaid
berikut.
Ingat perlu dinyatakan:
Alihan: Arah dan magnitud atau vektor
Putaran: Pusat p, sudut dan arah
Pantulan: Paksi pantulan
Pantulan Geluncur: Paksi pantulan dan
vektor alihan
Istilah
Identiti: isometri yang menghasilkan imej
dengan kedudukan, bentuk dan saiz sama
dengan objek.
Produk isometri : dua isometri dibuat berturut-
turut
Isometri songsang: produk dua isometri ialah
identiti, maka isometri pertama ialah songsang
isometri kedua dan sebaliknya.
Sense: Objek dan imej
Susunan bucu objek dan imej ikut jam
atau lawan jam mengekalkan sense
: direct/langsung
Susunan bucu objek ikut jam dan
susunan bucu imej lawan jam sense
bertentangan: bertentangan/opposite
Give examples of isometries with the
same sense and with opposite sense.
Simetri
Simetri pantulan, simetri putaran, simetri
alihan dan simetri pantulan geluncuran
Asimetri: tiada simetri

Anda mungkin juga menyukai