Anda di halaman 1dari 3

Bas bambu atau dikenali sebagai Bunsung merupakan alat muzik yang tergolong

dalam jenis erofon iaitu alat muzik jenis tiupan. Bas bambu ini terdiri daripada tujuh nada
dalam satu set yang lengkap iaitu dalam range nada E3 sehingga D2 mengikut nada pada
piano. Alat muzik ini boleh dimainkan oleh lelaki mahupun perempuan. Alat muzik ini
memainkan bass line lagu-lagu dalam sesebuah orkestra. Satu orang akan memainkan satu
atau dua bas bambu dalam sebuah orkestra. Pemain-pemain bas bambu akan bergilir-gilir
meniup not-not mengikut genre lagu.
Sejarah Bas Bambu
Pada zaman dahulu, alat muzik bas bambu sebenarnya sudah wujud, iaitu dalam
lingkungan 200 hingga 300 tahun yang lali. Alat muzik ini dikenali sebagai Bunsung. Namun,
pada permulaan masa itu, alat ini bukannya bermula sebagai alat muzik tradisional yang
dimasukkan dalam satu kumpulan muzik. Tetapi sejarahnya bermula sebagai satu alat
amaran, satu alat pertolongan, dan satu alat peringatan.
Kegunaan pertama Bunsung pada zaman dahulu ialah sebagai satu alat pertolongan
di mana, belum adanya jalan raya di mana semua jalan adalah jalan hutan. Perjalanan dari
hutan ke hutan adalah sangat jauh. Keadaan ini berlaku di kawasan Kadazandusun. Di
sepanjang perjalanan itu, biasanya ditumbuhi dengan perlbagai jenis buluh atau bambu. Tak
kira apa jenis bambu. Sekiranya perjalanan mengambil masa pada waktu malam dan sesat,
mereka ada satu cara untuk dicari, bukannya mencari. Caran mencari ialah, mereka akan
mengambil parang dan mencari rumpun bambu yang sesuai, yang saiznya agak besar.
Mereka akan potong bambu tersebut dan membuat lubang. Jika terdapat buku dan ruas
dalam buluh itu, akan dipecahkan. Selepas dipecahkan, mereka akan meniup. Kepanjangan
bambu itu bergantung kepada jarak. Sekiranya bambu itu dipotong pendek dan ditiup, ia
akan mengeluarkan nada yang tinggi. Nada yang tinggi menunujukkan mereka hilang pada
tempat yang dekat (tidak jauh). Bunyi yang dihasilkan oleh Bunsung ketika ditiup boleh
mencapai tiga hingga empat kilometre pada waktu malam. Apabila orang yang
mendengarnya, mereka akan mengetahui bahawa itu adalah isyarat. Bunsung ini akan ditiup
sepanjang yang mungkin. Orang yang mendengarnya, sememangnya memiliki ilmu ini;
sekiranya bunyi yang ditiup menghasilkan nada yang tinggi, orang itu hilang pada tempat
yang dekat. Tetapi, jika orang hilang pada tempat yang jauh, mereka akan potong bambu
yang panjang dan meniupnya sepanjang yang mungkin. Orang akan mendengar nada bunyi
yang rendah. Hal ini menujukkan mereka hilang di tempat yang sangat jauh. Mereka akan
meniup Bunsung selang dalam 15 hingga 20 minit. Setiap kali ditiup, ia akan ditiup selama
dua hingga tiga minit.
Kegunnan Bunsung yang kedua ialah sebagai alat kecemasan. Jika berlaku
kecemasan, Bunsung akan ditiup dengan cara tiupan terputus-putus. Melalui tempo
tiupannya, akan mengetahui betapa seriusnya masalah yang mereka hadapi. Jika tempo
tiupan itu sangat rancak dan cepat, itu bererti masalah yang dihadapi terlalu serius,
contohnya serangan daripada pihak musuh dan ada orang yang terlalu sakit tenat. Namun
jika ditiup pada tempo yang perlahan, masalah yang dihadapi adalah kurang serius. Mereka
akan memanggil orang kampong untuk datang membantu.
Kegunaan Bunsung yang ketiga ialah sebagai alat peringatan. Dahulunya, alat
komunikasi masih belum canggih, di mana telefon masih belum diciptakan. Jika adanya
gotong-royong berlaku di satu kampung, Bunsung akan ditiup untuk memberitahu orang
kampung bahawa adanya gotong-royong. Tiupannya adalah panjang dan berterusan.

Cara Meniup Bas Bambu
Bas bambu dipegang secara melintang mengarah ke sebelah kanan kita. Kita boleh
bermain bas bambu dalam posisi berdiri mahupun dalam keadaan duduk. Meniup melalui
lubang bas bambu dengan bibir bergetar (buzzed lips). Untuk menentukan ketepatan nada
yang ditiup, ia bergantung kepada cara kita meniup. Jika bibir kita terlalu nipis, nada yang
dihasilkan akan menjadi sharp (#). Jika bibir kita terlalu tebal, nada dihasilkan akan menjadi
flat ().
Jika kita meniup bas bambu yang bernada A, untuk mendapatkan nada A (A flat),
kita boleh menutup separuh lubang pada hujung bambu.

Cara Penalaan (Tuning) Bas Bambu
Semakin pendek bambu itu dipotong, semakin tinggi nada yang akan dihasilkan.

Pantang Larang Bas Bambu
Bas bambu tidak boleh dijadikan alat pemukul atau alat mainan kerana ia dipercayai
mempunyai semangat. Meskipun pada zaman moden ini, masyarakat kita kebanyakan
mempunya agama tersendiri, namun kita tetap perlu menghormati dan menyayangi setiap
alat muzik yang dibuat. Alat muzik ini haruslah diletakkan di tempat yang elok. Jika
melanggar pantang larang ini, dikhuatiri alat muzik ini akan menjadi sumbang maka tidak
dpaat berfungsi dengan baik apabila dimainkan dalam sesebuah orkestra.
Selain itu, bas bambu ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama dan tidak dimainkan. Hal
ini kerana, bunyi bas bambu ini akan menjadi tenggelam. Ia haruslah dimainkan selama 15
hingga 20 minit setiap hari. Jangan sesekali bas bambu tersebut terhempas jatuh ke lantai.
Alat muzik ini juga tidak boleh dijemur di bawah cahaya matahari yang panas terik.

Anda mungkin juga menyukai