Anda di halaman 1dari 2

ANJAKAN 8: MENTRANSFORMASI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN

PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

Mengapakah perlu?:
Sistem penyampaian pendidikan Malaysia mempunyai jaringan yang sangat luas.
Sistem ini dikendalikan oleh hampir 6,800 pegawai dan kakitangan sokongan di
peringkat Kementerian, 6,400 di JPN dan lebih 6,000 di PPD. Jumlah ini adalah
tambahan kepada kirakira 420,000 pengetua/guru besar dan guru di sekolah, dan lebih
13,100 pegawai dan kakitangan sokongan di IPG, IAB dan kolej matrikulasi. Usaha
melaksanakan dasar yang merangkumi seluruh rangkaian sebesar ini adalah
kompleks. Isu yang dikenal pasti termasuklah pertindihan tanggungjawab di peringkat
Kementerian, JPN dan PPD; kekurangan penyelarasan di peringkat bahagian dan
pentadbiran; dasar yang kadangkala dilaksanakan berasaskan maklumat yang tidak
tekal atau kurang sokongan; serta pemantauan dan tindakan susulan berasaskan
keberhasilan yang lemah. Pihak PPD terutamanya, telah dikenal pasti oleh
Kementerian sebagai agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan.

Sejak sekian lama, PPD dianggap sebagai cabang pentadbiran peringkat Kementerian
dan JPN. Disebabkan keperluan sekolah semakin meningkat, maka skop aktiviti yang
dilaksanakan oleh PPD juga semakin meningkat. Sebagai entiti Kementerian yang
paling hampir dengan sekolah, PPD diharapkan dapat melaksanakan peranan dengan
lebih praktikal. Pihak PPD seharusnya menyediakan sokongan secara terus kepada
pemimpin sekolah dan bertindak secara proaktif dalam mengurus prestasi sekolah
bagi memastikan keberhasilan murid dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun,
penstrukturan sumber Kementerian masih belum diubah bagi memenuhi tuntutan ini,
dan akibatnya, sekolah mendapat tahap sokongan yang berbeza-beza daripada PPD.

Apakah bentuk kejayaan?:
Kementerian yang telah mengalami transformasi akan mempunyai pemimpin
yang berwibawa di setiap peringkat, proses dan struktur baharu, serta budaya
berprestasi tinggi. Peranan Kementerian, JPN dan PPD diperkemas, dengan
Kementerian memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar dan perancangan
makro. Pihak JPN dan PPD akan diperkukuh untuk memacu pelaksanaan harian.
Struktur organisasi disusun semula dengan lebih ramai tenaga kerja ditempatkan di
barisan hadapan. Semua langkah ini seharusnya menghasilkan pelaksanaan dasar yang
lebih tekal dan berkesan di semua negeri dan daerah.

Anda mungkin juga menyukai