Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN BEBANAN

SEJARAH LATIHAN BEBANAN



Sejarah latihan bebanan dikatakan ditemui pada lukisan di dinding
tempat persemadian Bani Hassan di Mesir. Wujudnya latihan bebanan ini kira-kira 4500
tahun dahulu. Lukisan ini sedang menggambarkan mengenai 3 bentuk postur pemuda
yang sedang mengangkat sesuatu yang berat dengan menggunakan sebelah tangan
yang berkemungkinan untuk menguji kekuatan pada masa itu. Mereka yang kuat pada
masa itu akan diserap menjadi pahlawan.

DEFINISI LATIHAN BEBANAN

Mengikut Klats dan Arnhenim (1977). Petikan dari Fauzee HA, latihan bebanan
adalah satu program latihan yang sistematik di mana otot dikenakan bebanan berat
atau kerja seunit masa untuk diberikan tekanan dan seterusnya memperbaiki fungsi-
fungsi sistem dalam tubuh badan.

Latihan bebanan melibatkan rintangan yang progresif secara berulang-ulang
untuk meningkatkan kederasan, pergerakan kuasa, daya tahan otot, kelembutan dan
kekuatan.

Tiga angkubah yang terlibat dalam latihan bebanan ialah
1) Intensiti
2) Tempoh Masa
3) Ulangan

Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan
yang paling baik untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot.
Intensiti, bebanan serta ulangan latihan bebanan, ialah berbeza mengikut tujuan
latihan yang hendak dijalankan.
Mengikut Jesse bahawa :
Strength and muscular endurance are two important components of physical fitness
and are needed in varying in all types of work and play. Oleh itu kemahiran-kemahiran
tertentu adalah memerlukan otot-otot yang spesifik. Untuk mendapatkan tahap
kemahiran yang tinggi, otot-otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan daya tahan.
Kesempurnaan kedua-dua komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang
diceburi nanti.


OBJEKTIF

Objektif-objektif latihan bebanan ialah untuk membina, meningkatkan kekuatan
dan daya tahan otot. Selain itu, ialah untuk membina dan meningkatkan kuasa eksplosif
melalui bebanan berat dengan melakukan ulangan yang sedikit dan pergerakan yang
cepat. Latihan bebanan juga dapat menjamin dan mengukuhkan tahap kesihatan
seseorang. Malah, latihan ini dapat menghindarkan seseorang daripada berlakunya
kecederaan yang serius. Manakala bagi seorang atlet pula, latihan ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan pengetahuan mereka. Di samping itu, latihan ini
dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan untuk proses pemulihan
daripada kecederaan.

TUJUAN

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan komponen-komponen kecergasan
fizikal seperti daya tahan otot, kekuatan, kuasa, kelembutan, dan kederasan atlit.
Membina daya tahan secara progresif dengan ulangan yang banyak, bebanan yang
kurang serta pergerakan yang sederhana.

Anda mungkin juga menyukai