Anda di halaman 1dari 1

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEORI PYTHAGORAS

Kelebihan penggunaan teori pythagoras ini ialah dapat memudahkan


pengiraan berkaitan dengan segi tiga sudut tepat iaitu segi tiga yang
mempunyai satu sudut 90 darjah. Teori ini digunakan untuk mencari sisi segi
tiga yang tidak dinyatakan dan kebiasaannya hanya satu sisi sahaja yang
tidak dinyatakan. Maka, teori ini diaplikasikan untuk mencari satu lagi sisi
yang tidak dinyatakan. Teori ini secara tidak langsung telah memudahkan
proses mencari sisi segi tiga sudut tepat.
Kekurangan teori pythagoras ini ialah teori ini hanya boleh digunakan
apabila maklumat mengenai 2 sisi segi tiga sudut tepat telah dinyatakan dan
hanya perlu mencari 1 sisi sahaja lagi. Sebaliknya, jika 1 sisi yang sahaja
dinyatakan dan perlu mencari lagi 2 sisi maka, teori ini tidak dapat digunakan.
Selain itu, teori pythagoras ini juga hanya dapat diaplikasikan untuk segi tiga
sahaja dan bentuk-bentuk lain tidak boleh digunakan.

Anda mungkin juga menyukai