Anda di halaman 1dari 2

Teknik memilih/membeli khemah

Khemah adalah satu element terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial khemah yang baik adalah
yang terpenting dalam perangcangan membeli khemah untuk memberi perlindungan dari
hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga. Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira
apabila kita membelinya ialah:
1.Jenama- jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga
yang tidak berjenama berkualiti baik.
2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan
3.Kegunaan (fungsi)-untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang
berlainan

jenis khemah gunung
2.Perlindungan-dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh
mempunyai netting. di pintu dan ventilation yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah
tersebut.
3.Ukuran- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan.
4.Kalis air-kebisaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%
6.Tahan lasak-sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.
7.Mudah dipasang dan dibuka- lagi senang dipasang lagi bagus
Jika khemah sudah ada, perlu pula ada kemahiran untuk memasangnya pula; belajarlah dari meraka yang mahir
atau buat latihan berdasar rajah atau gambar cara memasang khemah tersebut. Bila sudah pandai, untuk mendirikan
khemah kita kena tahu pula peraturan yang mesti diikuti iaitu:
1-Pasang khemah ditempat yang telah disediakan atau yang bersesuaian.
2-Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khemah agar senang lalu dan jika berlaku kebakaran tidak semua
khemah terlibat. jika ikut peraturan jarak yang selamat ialah 3 meter antara satu sama lain.
3-Bersihkan tapah perkhemahan contoh batu dan ranting
4-Jika berada dilaluan angin, elakan pintu masuk menghadap laluan tersebut.
5-Pasang khemah anda dengan kukuh (kuat), gunakan pemacak yang telah disediakan agar khemah tidak terbang
jika angin kuat melanda.
6-Sebaik-baik cara pemasangan khemah ialah ada formasi yang teratur contoh bentuk bulat atau bentuk u.
Apabila semua sudah siap, kebersihan khemah juga harus diperhatikan: ini untuk keselamatan kita juga. antara
peraturan yang harus di ikuti ialah:
1-Jangan tinggalkan khemah dengan pintu terbuka, jika hendak buka juga pastikan memggunakan netting. ini untuk
mengelakan serangga atau binatang masuk kekhemah.
2-Bersihkan khemah dengan segera jika ia kotor akibat makanan atau sebagainya.
3.Jangan simpan baju basah dalam khemah atau mengantung atau meletakan baju dimana-mana bahagian
khemah.
4-Jangan merokok didalam khemah
Teknik memilih tapak perkhemahan dan tempat yang harus dihindarkan.

1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.
2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.
3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.
4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan
lain-lain.
Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah:
1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)
2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan
kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.
4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)
6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)
7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)
8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok
yang berduri.

Anda mungkin juga menyukai