Anda di halaman 1dari 2

Rumusan Konsep Latar Belakang dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan merupakan satu unsur asas kepada pendidikan berkualiti
yang menggalakkan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai aras kecerdasan
dan persekitaran yang berbeza.
1. Konsep dan latar belakang.
Seni dalam pendidikan merangkumi penggabungan tiga jenis seni iaitu seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan. Kefahaman dalam ketigatiga bidang ini boleh dicapai
melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam
pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain yang akan
membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan membantu
meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.
Matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang
tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam Pendidikan yang
mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak
kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Objektif seni dalam pendidikan
1. Meningkatkan keupayaan kemahiran berfikir
2. Mengembangkan potensi individu
3. Membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian
masyarakat masa kini
4. Mencapai keperluan manusia secara menyeluruh dalam menyampaikan isu dan
idea serta membuat pertimbangan wajar
5. Menyedari aktiviti seni mempengaruhi kehidupan
6. Memahami kebudayaan masyarakat sendiri dan masyarakat lain

Anda mungkin juga menyukai