Anda di halaman 1dari 23

KETERAMPILAN MEMBACA

BML 1143 KULIAH 1



Definisi membaca:
Apa, bagaimana, mengapa
Perspektif sejarah, psikologi dan
literasi dalam pembacaan


HASIL PEMBELAJARAN
Meningkatkan keupayaan mendapatkan
ilmu melalui keterampilan membaca


Bahan Rujukan:
Mahzan Arshad (2003) Pendidikan literasi
Bahasa Melayu: Satu pendekatan
bersepadu. Utusan Publications &
Distributors. Bab 1
PENGENALAN


Sila jawab soalan
yang berikut:
1. Apakah yang membezakan
antara manusia primitif
dengan manusia moden?
2. Apakah yang dimiliki oleh
manusia sehingga boleh
membaca?
3. Apakah maksud membaca?
4. Mengapakah manusia
moden perlu menguasai
kemahiran membaca

SILA BACA PETIKAN YANG BERIKUT
Ambilis columba,
Unde, unde ades volando;
Quid est rei, quod altum,
Coelum cito secando.

Tam copia benigna,
Spires liguentem benigna;
Came copia benigna
Ungueta grata stiles

Apa yang membezakan antara kedua-dua petikan
tersebut?
SILA BACA PETIKAN YANG BERIKUT
Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap;
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pesaka berpedoman kitab.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datang.


Apa yang membezakan antara kedua-dua petikan
tersebut?
DEFINISI MEMBACA
Proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-
lambang bercetak dan bertulis (Harris & Sipay, 1980)

Perlakuan membaca ialah mewujudkan interaksi antara
penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat
oleh pembaca (Smith & Johnson, 1980)

Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula
daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat
dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna
berdasarkan pengamatan yang dilakukan (Goodman, 1973)

Membaca ialah proses mencari makna. Anda belum
membaca selagi anda tidak memahami (Safiah Othman, 1991)

Membina jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru yang tercetak di permukaan bertulis ,
(Mahzan Arshad, 2003)
Proses membaca
Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif
yang cuba mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi,
format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat
visual atau peringkat dekoding). Di samping itu
mereka cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi
(fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks
berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks).
Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di
sebalik permukaan bercetak berlandaskan
pengalaman latar atau skema yang mereka punyai
(semantik).

Membaca menggunakan tiga sistem
kiu
Kiu grafik huruf-huruf yang tertulis
Kiu sintaktik struktur bahasa
Kiu semantik makna

Seseorang dikatakan telah dapat membaca
sekira dapat menggunakan ketiga-tiga kiu
tersebut
Bagaimana manusia dapat menguasai
kemahiran membaca dan menulis?
Penguasaan kemahiran membaca dan
menulis dapat dicapai menerusi aktiviti
bersosialisi
Kanak-kanak dapat menguasai pelbagai
kemahiran dalam hidup mereka menerusi
proses meniru apa yang orang dewasa lakukan.
Belajar menerusi meniru ini adalah keupayaan
semula jadi kanak-kanak. Mereka belajar
berjalan, berlari, makan menggunakan tangan,
menyalin pakaian dan sebagainya menerusi
peniruan terhadap orang dewasa.
Dapatkah kanak-kanak menguasai
kemahiran membaca dan menulis secara
semula jadi?

Semua kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak
manusia bukan kemahiran yang lahir bersama-sama
kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan dengan
bahasa manusia tidak akan dapat bercakap seperti
manusia.
Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan dengan
cara manusia berjalan, tidak akan dapat berjalan
seperti manusia.
Dapatkah mereka menguasai kemahiran membaca
tanpa didedahkan dengan aktiviti membaca?
KEMAHIRAN LITERASI
Pada suatu masa dahulu kemahiran literasi juga dikenali
sebagai kemahiran untuk mengenal atau celik huruf.
Kemahiran begini bermaksud kemampuan minima untuk
membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Pada waktu
itu seseorang yang dapat membaca dan menulis yang
minima seperti dapat membaca arahan yang mudah di
jalan raya atau di tempat awam atau bahan bacaan bersiri
tertentu dianggap sebagai seorang yang telah celik huruf.
Secara umumnya dapat diandaikan seseorang yang dapat
mengenal pasti huruf atau abjad dalam sesuatu sistem
penulisan seperti tulisan rumi atau tulisan jawi dianggap
sudah mencapai tahap celik huruf.

Definisi literasi
Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan
Bangsa bangsa Bersatu (UNESCO) mendefinasikan
seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah
seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu
pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan
hariannya. Definisi ini juga menghadkan keupayaan
membaca dan menulis kepada keupayaan untuk
mengeja dan menulis sesuatu perkataan atau frasa
secara makenis. Contohnya seseorang dianggap telah
menguasai kemahiran literasi sekiranya dia dapat
membaca dan menulis namanya sendiri.

Dapatkah definisi ini diterima pada masa ini?
Tahap kemahiran literasi
Namun apa yang berlaku dalam perkembangan masa ini ialah
keupayaan seseorang membaca dan memahami sesuatu bahan yang
dibaca menjadi kayu ukur sama ada dia telah menguasai sesuatu
bidang kehidupan. Sebagai contoh bahan bacaan yang ditulis
tentang bidang perubatan hanya akan dapat dibaca dan difahami
oleh seseorang yang dilatih dalam bidang tersebut. Walau pun
pembaca yang lain dapat membaca perkataan demi perkataan, atau
ayat demi ayat, namun pemahaman tidak akan berlaku kerana
pembaca lain ini tidak dapat menterjemahkan bahan yang dibaca
kepada fungsi yang khusus dalam bidang perubatan tersebut.

Literasi berfungsi
Kemampuan seseorang menggunakan set minda untuk
memanfaatkan kemampuan membaca dan menulis dalam
kehidupan hariannya dengan lebih bermakna.
Tahap literasi berfungsi adalah berbeza menurut
keperluan dan keupayaan pembaca.
Peredaran masa telah mengubah tahap literasi berfungsi
bagi memenuhi keperluan hidup manusia masa ini
Semakin maju sesebuah masyarakat, semakin tinggi
tahap literasi yang perlu dikuasai oleh ahli masyarakat
tersebut.
Terdapat lima kemahiran literasi yang perlu dikuasai iaitu


LITERASI
KEMAHIRAN LITERASI
BERFIKIR
MENULIS
MEMBACA
BERTUTUR
MENDENGAR
KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran ini ialah satu kemahiran asas yang amat
penting bagi seseorang kanak-kanak
Dapat dikuasi secara naluri semula jadi
Bayi dapat mengesan bunyi orang yang berada di
sekitarnya
Dapat membezakan antara bunyi bahasa dan bunyi
bukan bahasa
Bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis,
kanak-kanak perlu mempunyai keupayaan untuk
mendengar bunyi yang betul, terutama bagi
mendekriminasi antara bunyi-bunyi huruf dan perkataan
yang digunakan dalam bahan bercetak.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Kanak-kanak normal akan mempunyai keupayaan
untuk bertutur dalam bahasa ibunda seawal usia satu
tahun.
Kemahiran ini juga dikuasai secara naluri semula jadi.
Namun ada kanak-kanak yang tidak dapat bertutur
kerana tidak didedahkan dengan bunyi bahasa pertuturan
Keupayaan ini perlu dipupuk supaya memudahkannya
dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis pada
usia yang lebih dewasa kelak.
Pada masa yang sama penggunaan buku amatlah
penting bagi memperkukuhkan kemahiran bertutur
kanak-kanak pada peringkat awal usianya.

KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran ini perlu dikuasai oleh kanak-kanak pada zaman moden
ini pada tahap asas pada awal usianya
Usia keupayaan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca
menjadi semakin awal kerana pendedahan membaca yang mereka
perolehi daripada ibu bapa atau penjaga
Sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
membaca bagi bahasa ibundanya dan satu lagi bahasa kedua pada
tahap usia mereka memasuki usia persekolahan
Ketidakupayaan membaca akan mengakibatkan kanak-kanak
ketinggalan dalam banyak kemahiran yang lain berbanding rakannya
yang telah dapat menguasai kemahiran ini pada awal usia mereka.

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merupakan asas dalam
menyampaikan suara dan pemikiran kanak-kanak dalam
bentuk permukaan bercetak
Kanak-kanak dapat menyampaikan suara hati atau
pemikiran mereka secara contengan pada permukaan yang
rata seawal mereka berkeupayaan memegang alat tulis
Keupayaan ini datang secara sendiri akibat daripada
pemerhatian mereka terhadap perlakuan orang yang lebih
dewasa
Kemahiran ini juga perlu dipupuk pada awal usia kanak-
kanak agar mereka dapat menguasainya secara semula jadi

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir pada zaman moden ini adalah berbeza
daripada berfikir pada zaman primitif
Pada zaman ini kanak-kanak perlu dipupuk dengan
pemikiran yang kritis dan kreatif agar mereka dapat
menangani banyak isu dan permasalahan yang akan mereka
hadapi dalam kehidupan ini, terutama apabila mereka
memasuki alam persekolahan
Kanak-kanak pada awal usia perlu menguasai asas
pemikiran kritis dan kreatif bagi menguasai kemahiran
yang akan terdapat dalam kandungan mata pelajaran yang
diajar di sekolah rendah kelak.

PENGUASAAN KEMAHIRAN LITERASI

Kesemua kemahiran literasi tersebut ialah kemahiran
yang penting bagi seseorang kanak-kanak dalam
menjalani alam persekolahan atau pendidikan formal
apabila mereka berusia enam tahun pada peringkat
prasekolah dan tujuh tahun pada peringkat sekolah rendah.

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat
diterapkan dan dibentuk ke dalam diri kanak-kanak secara
terancang dan bersepadu bagi setiap tahap usia awal
kanak-kanak tersebut.

AKTIVITI TUTORIAL: Kumpulan 1
Sila baca Bab 1, halaman 10 14 berkaitan
sejarah pengajaran pemahaman bacaan
dalam buku Pendidikan Literasi Bahasa
Melayu; Satu Pendekatan Bersepadu
(Mahzan Arshad, 2003). Bincangkan tentang
sejarah perkembangan pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah, khususnya aspek
pemahaman bacaan. Bentangkan hasil
perbincangan anda dalam kelas tutorial
dalam bentuk persembahan power point.

Anda mungkin juga menyukai