Anda di halaman 1dari 2

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Antara berikut yang manakah menyebabkan makanan menjadi rosak?


I Kulat II Cahaya Matahari III Air IV Bakteria

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

2. Manakah antara berikut tidak diperlukan oleh bakteria dan kulat untuk
membiak?
A Air dan udara
B Cahaya Matahari
C Keasidan yang sesuai dalam persekitaran
D Suhu yang sesuai dalam persekitaran
3. Antara keadaan berikut, yang manakah merangsang pembiakan bakteria dan
kulat pada makanan?
A Lembap dan sejuk
B Lembap dan sederhana panas
C Kering dan sejuk
D Kering dan sederhana panas

4. Antara makanan berikut, yang manakah berkulat apabila rosak?
A Ikan B Roti C Daging D Susu

5. Berikut adalah tiga jenis makanan.

Beras Tepung Ikan bilis
Apakah yang menyebabkan makanan tersebut tahan lama?
A Kehadiran udara
B Ketiadaan garam
C Ketiadaan air
D Kehadiran cahaya matahari

6. Senarai di bawah menunjukkan dua kaedah pengawetan makanan.
Pendinginan
Pengetinan

Antara berikut, yang manakah boleh diawet melalui kedua-dua kaedah ini?

A Susu B Telur C Nanas D Beras


7. Antara berikut, yang manakah boleh diawet melalui pengetinan?
I Daging II Ikan III Roti IV Telur

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

8. Apakah tujuan pengawetan makanan?

A Untuk menghasilkan lebih banyak makanan.
B Untuk menjadikan makanan lebih murah.
C Untuk membolehkan makanan tahan lebih lama.
D Untuk mengelakkan keracunan makanan
9. Makanan diawet dengan memanaskannya pada suhu yang tinggi untuk
membunuh mikroorganisma.
Antara berikut, yang manakah melibatkan proses ini?

A Penyejukbekuan B Pengetinan C Pengasinan D Penjerukan

10. Antara kaedah pengawetan makanan berikut, yang manakah sesuai untuk
mengawet sayur-sayuran dan telur?
A Pengetinan B Pendinginan C Pengeringan D Pempasteuran


Antara yang berikut, yang manakah tujuan mengapa kita perlu mengawet
makanan? Tandakan ( / ) jawapan yang betul.

( a ) Makanan tahan lebih lama. ( )

( b ) Rasa makanan boleh dikekalkan. ( )

( c ) Pembaziran makanan boleh dikurangkan. ( )

( d ) Makanan mudah disimpan. ( )

( e ) Harga makanan boleh dikurangkan. ( )







Gambar Jenis pengawetan Contoh lain