Anda di halaman 1dari 31

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB

DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH


MENENGAH MALAYSIA 2014
SMK (L) METHODIST SENTUL
51000 KUALA LUMPUR

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 1
1
2
MAKLUMAT AM
TEMA : Tenaga Solar
NAMA MODEL : Dapur Solar Mudah Alih
SINOPSIS : Dapur Solar Mudah Alih merupakan satu alternatif yang digunakan untuk
menggantikan kaedah memasak secara konvensional. Ia menggunakansumber tenaga solar secara
optimum. Model yang dicipta juga menggunakan bahan terpakai seperti aluminium, kepingan keluli
dan cat hitam. Dapur solar mudah alih ini merupakan dapur yang mesra alam kerana tidak
menyebabkan pencemaran udara serta dapat menjimatkan kos kerana tiada bahan api seperti kayu
dan gas yang digunakan. Selain itu, ia juga mesra pengguna kerana ia mudah dialihkan. Aplikasi
tenaga solar di negara kita kini pada tahap yang sangat rendah sedangkan ia berpotensi tinggi dan
boleh dimanfaatkan

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 2

A. PENGENALAN PROJEK

TAJ UK
Projek Dapur Solar Mudah Alih ( Portable Cooking Stove)
LATAR BELAKANG :
Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang menerima pancaran cahaya
matahari sepanjang tahun, maka tenaga solar yang diperolehi dapat di manfaatkan
sebagai medium utama proses memasak. Dapur solar merupakan satu alternatif
yang boleh digunakan untuk menggantikan kaedah memasak kini yang banyak
menggunakan tenaga elektrik atau tenaga lain yang dijana daripada sumber bahan
api asli seperti petroleum atau gas asli. Reka bentuk dapur solar yang dibina
adalah berdasarkan pemerhatian kaedah memasak kaum Iban yang menggunakan
buluh. Model yang direka menggunakan bahan yang mudah didapati seperti
kepingan keluli, aluminium dan cat hitam.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 3
3

OBJ EKTI F
OBJEKTIF AM :
Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan berani mencuba sesuatu yang
baru serta kreatif dan inovatif.
Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan pelajar.
Memberi peluang dan ruang kepada para pelajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan
berkesan.

OBJEKTIF KHUSUS:
Untuk mengkaji keupayaan tenaga solar untuk ditukarkan kepada tenaga haba yang boleh
digunakan untuk memasak makanan.
Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk membina model dapur solar.
Mempersiapkan diri pelajar untuk menyertai pertandingan dapur solar di peringkat zon.
Menerangkan asas pembinaan dapur solar dengan teliti dan menerangkan bagaimana
dapur solar berfungsi.
Mewujudkan kesedaran tentang penjimatan sumber elektrik.
________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 4
4

KOS PROJ EK

BAHAN ANGGARAN KOS
1. 3 Paip Stainless Steel 4 inci (diameter) RM300.00
1. 3 Plate Stainless Steel - 3 inci (diameter) RM210.00
1. Elektrod Welding Stainless Steel 3 kotak RM240.00
1. 3 Paip Besi Bergalvani (BG) 1 inci (4 kali) RM240.00
1. 3 Reflektor RM150.00
1. Lock (pad lock) 3 unit RM90.00
1. Heater Rod 3 unit RM90.00
1. Bateri 12 Volt 3 unit RM60.00
1. 3 Angle Stainless Steel 2 kaki pjg RM90.00
1. Kos Pemanterian (Welding) RM290.00
JUMLAH ANGGARAN KOS RM1760.00
________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 5

5

B.PERNYATAAN MASALAH

1.PERMASALAHAN
Pada masa kini, masyarakat menggunakan bahan api seperti kayu, arang batu
dan gas asli sebagai medium utama untuk menjalankan proses memasak. Dimana
penggunaan bahan api ini akan kehabisan memandangkan penggunaanya sudah
ketahap maksimum. Ditambah pula ia mengambil masa yang lama untuk
dihasilkan secara semulajadi , sekaligus harga sumber bahan api ini akan
meningkat kerana sukar diperoleh. Selain itu, penggunaan bahan api ini boleh
menyebabkan masalah pencemaran udara yang terhasil dari asap.


________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 6
6

2.ANALI SI S MASALAH

Penggunaan bahan api akan kehabisan. Perkembangan sains dan teknologi mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis
sumber alternatif bagi membantu manusia.Sumber alternatif ini dapat membantu dalam masalah negara yang berhadapan
dengan kehabisan bahan fosil seperti petroleum, arang batu,dan gas asli. Sungguhpun bahan fosil ini akan merumitkan
Negara serta kehidupan orang ramai sekiranya ia mengalami kehabisan, sumber alternatif akan dapat membantu. Antara
sumber alternatif yang telah berjaya dihasilkan ialah tenaga solar. Harga sumber bahan api ini akan meningkat. Sumber-
sumber tenaga masa kini adalah daripada tenaga fosil seperti petroleum, arang batu dan gas asli yang mana sumber ini
mengambil masa yang lama untuk dihasilkan secara semula jadi dan peningkatan kos yang semakin tinggi untuk
menjananya. Tenaga solar bolah didapati di mana-mana sahaja di Malaysia dan ia selamat, murah dan tidak bahaya kepada
manusia dan alam sekitar.Malah secara tidak langsung dapat memulihara alam sekitar.

Masalah pencemaran udara. Pencemaran udara dapat dikaitkan dengan aktiviti memasak. Hal ini kerana aktiviti
memasak terutama sewaktu perkemahan menggunakan bahan api seperti dapur gas mudah alih atau pun menggunakan
kayu api. Kedua dua ini melahirkan asap yang mengandungi karbon dioksida. Ini akan menyebabkan masalah pencemaran
udara. Selain pencemaran, penggunaan kayu api untuk memasak juga mendatangkan risiko kebakaran hutan jika langkah
keselamatan tidak diambil. Contohnya, bara api yang tidak dipadamkan dengan betul akan menyebabkan bara membakar
daun-daun kering yang berhampiran. Ditambah lagi dengan cuaca sekarang yang agak panas akan memudahkan bara yang
tidak dipadamkan itu membara dan membakar hutan.


________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 7
7

3.KAEDAH DAN TEKNI K PEMI LI HAN MASALAH

Melayari Internet.
Melayari internet merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul data.
Mencari dan memasuki laman web sesebuah syarikat atau orang perseorangan untuk
melihat kajian dan laporan yang telah dibuat berkenaan dengan dapur solar dan isu-isu
semasa berkenaan dengan tenaga solar.

Temu Bual
Responden yang terdiri daripada peserta perkhemahan telah dipilih untuk mengkaji
permasalahn yang timbul semasa menjalankan proses memasak. Dimana langkah pertama
ialah mengenalpasti responden. Kemudian menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji,
seterusnya menyediakan soalan berkaitan dan merekodkan jawapan responden ke buku
idea.

Pengalaman Sendiri
Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain.


________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 8
8

4.RASI ONAL PEMI LI HAN PROJ EK
Tenaga solar ialah tenaga percuma dan tidak menghasilkan pencemaran alam,
selamat dan mesra pengguna serta tdak memerlukan kos yang tinggi. Di Malaysia,
penggunaan dapur solar amat sesuai digunakan semasa aktiviti luar seperti
perkhemahan menggantikan pengguanaan kayu atau bara api yang boleh memberi
ancaman bahaya kebakaran selain dapat menggurangkan pengeluaran karbon
dioksida ke alam sekitar.

5. PERNYATAAN MASALAH
Sumber-sumber tenaga sekarang adalah daripada tenaga fosil seperti petroleum,
arang batu dan gas asli yang mana sumber tenaga ini mengambil masa yang terlalu
lama untuk dihasilkan secara semulajadi dan peningkatan kos yang semakin tinggi
untuk menjanakannya. Tenaga solar boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia
dan ia selamat, murah dan tidak bahaya kepada manusia dan alam sekitar serta
secara tidak langsuang dapat memuliharakan alam sekitar.




________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 9
9

PROSES PELAKSANAAN PROJEK


SUMBER DANA
Selain sumbangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, projek ini juga telah
mendapat perhatian daripada bahagian ko-kurikulum yang mana telah menghulurkan bantuan
kewangan bagi memastikan projek ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Dalam proses
menjalankan eksperimen, segala perbelanjaan serta bahan-bahan mentah telah dijana oleh
guru-guru pembimbing yang terlibat.

JALINAN KERJASAMA
Jalinan komunikasi dan kerjasama yang erat antara guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan
pelajar telah dapat menghasilkan produk inovasi ini. Nilai tolak ansur dan timbang rasa
umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap penghasilan
produk .Pelajar dan guru berkongsi pengalaman dan buah fikiran dalam menjayakan projek ini
serta bantuan kewangan dari pihak sekolah bagi merealisasikan projek inovasi yang julung-
julung kalinya ini.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 10
10

PROSES KERJ A

Pemilihan Tema Memilih Idea
Terbaik
Mengenalpasti
masalah
Menghasilkan
Lakaran Idea
Membuat
Perbincangan
Membuat Lukisan
Kerja
Menyediakan
bahan
Membuat model
mengikut lakaran
terpilih
Model Dapur
Solar Mudah Alih
siap dibina
________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 11
11

PENILAIAN PROJEK (KEMENJADIAN
PROJEK)
KAJ I AN LI TERATURE BERKENAAN PEMBI NAAN DAPUR SOLAR
Menurut Khairool Anwar Bin Alias, Mohan Kumar A/L Manikam danNooriza Binti Ibrahim
daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris Shah menyatakan bahawa tenaga solar
adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari..Dapur solar
merupakan satu alternatif yang digunakan untuk menggantikan kaedah memasak secara konvensional.
Ia menggunakan tenaga solar sebagai medium utama dalam proses memasak. Dapur solar merupakan
satu dapur mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar serta menjimatkan
kos kerana tiada bahan api seperti kayu, arang batu atau gas digunakan. Dapur solar ini menggunakan
sumber alternatif iaitu daripada cahaya matahari untuk memasak. Tenaga alternatif adalah bermakna
tenaga yang terjana daripa sumber bukan berasaskan bahan api asli seperti petroleum ataupun arang
batu. Tenaga solar yang diperoleh daripada pancaran cahaya matahari mempunyai potensi luas
di Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun
dengan suhu setinggi 27C.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 12
12

Manakala menurut Alia Ruzanna, Aziz daripada UTeM Melaka menyatakan bahawa tenaga
suria yang dihasilkan daripada cahaya matahari berpotensi menjadi sumber tenaga yang dapat
digunakan secara meluas di Malaysia. Suatu sistem yang menumpukan pancaran suria mampu
menghasilkan radiasi suria bersuhu tinggi yang boleh digunakan untuk memasak. Dapur suria
sangat berpotensi untuk diperkembangkan memandangkan masalah timbul daripada harga gas
memasak yang tinggi dan komplikasi daripada penggunaan kayu api di negara dunia ketiga
seperti dari segi kesihatan dan penebangan hutan. Dapur suria dibahagikan kepada tiga jenis
utama, iaitu dapur suria ketuhar, dapur suria panel dan dapur suria parabolik. Kajian ini
menumpukan kepada pengubahsuaian reka bentuk dapur suria ketuhar. Reka bentuk bagi dapur
suria yang akan dibina ini mengutamakan kos yang rendah disamping mudah untuk dibina kerana
memberikan lebih perhatian terutamanya bagi pengguna yang kurang berkemampuan dan kurang
berpengetahuan. Dapur suria ini dikatakan praktikal jika ia adalah berkesan, selamat digunakan
dan bahan-bahan yang digunakan adalah murah dan mudah didapati.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 13
13

Daripada kajian literature yang telah dibuat, terdapat empat prinsip asas bagi
pembinaan dapur solar ialah:
Cahaya matahari
Dapur solar mesti mempunyai rekabentuk yang dapat menyerap cahaya
matahari sebanyak yang boleh dan diletakkan di tempat yang panas dilindungi
angin.
Menukar cahaya matahari kepada tenaga haba
Permukaan gelap atau hitam akan menyerap haba dan seterusnya boleh
digunakan untuk memasak makanan. Selain dari itu penggunaan permukaan yang
berkilat sepertikepingan aluminium dan cermin dapat membantu proses
penyerapan cahaya matahari dan kemudiannya ditukarkan kepada tenaga haba.
Pemerangkap haba
Cahaya matahari yang diserap akan ditukar kepada tenaga haba dan periuk
hitam atau alat memasak yang ada perlapik hitam akan memerangkap tenaga haba
untuk memanaskan alat memasak makanan.
Rekabentuk projek
Dapur solar dibina berdasarkan bentuk separa bulat agar pantulan cahaya
menyeluruh dan fokus kepada bahagian ketuhar.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 14
14

PENAMBAHBAIKAN PROJEK DAPUR SOLAR MUDAH ALIH.
Pertama sekali, rekabentuk telah dipilih dengan merujuk sumber internet serta
bertulis. Seterusnya, sebanyak empat model telah dibina bagi memilih model
dapur solar mudah alih yang terbaik dalam semua segi. Sila rujuk lampiran bagi
melihat keempat-empat model tersebut. Bagi setiap model yang telah dibina,
eksperimen telah dijalankan ke atas kesemua model tersebut untuk mengenalpasti
kelemahan model. Akhir sekali, model ditambahbaik sehingga terhasil model
sebenar dapur solar mudah alih.

PERUBAHAN YANG DI LAKUKAN SELEPAS PROJ EK I NOVASI
Penambahan pemegang dibahagian sisi kiri dan kanan bagi memudahkan
pergerakan dan pengalihan dapur solar dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan mudah.Kaki pula diletakkan getah agar cengkaman menjadi lebih kuat dan
membuatkan ianya lebih stabil dan pegun

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 15
15

KEASLI AN I DEA
Idea untuk menghasilkan produk Dapur Solar Mudah Alih ini diperoleh
menerusi proses sumbang saran, perbincangan dan kritikan bersama guru dan
pelajar. Pelajar berkumpul untuk menjana idea dan guru sebagai pembimbing
yang akan membantu dan bertindak sebagai pemudah cara atau rujukan. Setelah
idea awal diperolehi, guru dan pelajar menjalankan sesi kritikan untuk mendapat
maklum balas berhubung dengan ciptaan. Kritikan yang membina akan dapat
membantu sesuatu idea itu menjadi lebih baik.

NI LAI KOMERSI AL
Mempunyai nilai estetika yang tinggi, dimana reka bentuknya yang menarik
dan moden bersesuaian dengan peredaran zaman. Dapur ini juga mesra alam
kerana penggunaan tenaga solar yang dapat menggelakkan pencemaran udara.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 16
16

MESRA PENGGUNA
Solar Mudah Alih merupakan dapur yang mesra pengguna kerana ia mudah
digunakan dan senang dialihkan. Produk ini mempunyai pemegang di bahagian
atas untuk memudahkan pengguna memegang atau membawa kemana-mana
produk tersebut.

PENGI KTI RAFAN
Pengetua telah memberikan pengiktirafan terhadap projek yang dihasilkan.
Beliau berpuashati dengan kreativiti dan inovasi pelajar-pelajar yang terlibat.
Pengiktirafan beliau adalah kerana para pelajar telah bersungguh-sungguh
menjayakan projek ini tanpa jemu sehingga dapat menghasilkan suatu inovasi
yang amat menggalakkan.


________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 17
17



PENGESAHAN DATA
Eksperimen Menggunakan Dapur Solar Mudah Alih
Prosedur Ujikaji Dapur Solar.

Prosedur untuk menjalankan ujikaji ke atas dapur solar adalah seperti berikut:

Jadual data untuk mengambil data bacaan suhu pada termometer yang diletakkan pada air dalam
dapur solar disediakan seperti berikut :


________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 18
18

1. Peralatan dan bahan ujikaji disedikan seperti termometer , air sebanyak 500ml
dan bikar.

2. Dapur solar akan diletakkan di padang sekolah.

3. Air sebanyak 500ml sebagai sampel ujikaji dimasukkan ke dalam dapur solar.

4. Termometer juga diletakkan di dalam air untuk melihat suhu air

5. Setelah itu, dapur solar ditutup dan dibiarkan di padang.

6. Bacaan termometer iaitu suhu pada air dan kotak solar akan diambil setiap 10
minit. Bacaan suhu ini akan dicatatkan dijadul yang telah disediakan.

7. Ujikaji selesai setelah semua data telah diambil mengikut masa yang
ditetapkan.

8. Ujikaji setiap bahan akan dilakukan dalam masa sekurang-kurangnya dua hari
untuk melihat keberkesanannya dengan mengulang langkah.

Eksperimen ini telah dijalankan pada 16 April 2014 dan 10 Mei 2014.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 19
19

DAPATAN KAJIAN
Keputusan Ujikaji

Ujikaji Pertama Pada 16 April 2014






Jadual 1 : Bacaan suhu air dalam dapur gas pada ujikaji pertama
Daripada Jadual di atas didapati bacaan suhu maksimum dicatatkan pada pukul 12.00
tengah hari adalah 55
0
C. Manakala suhu minimum dicatatkan pada pukul 11 pagi iaitu
35
0
C .

Masa 11.00
pagi
11.10
pagi
11.20
pagi
11.30
pagi
11.40
pagi
11.50
pagi
12.00
tengah
hari
Suhu Air
(C)
35 36 42 45 46 48 55
________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 20
20




Ujikaji Kedua Pada 10 Mei 2014







Jadual 2 : Bacaan suhu air dalam dapur gas pada ujikaji kedua
Daripada Jadual di atas didapati bacaan suhu maksimum dicatatkan pada pukul 12.00
tengahhari adalah 57 Darjah Celcius.Manakal suhu minimum dicatatkan pada pukul 11
pagi iaitu 36 Darjah celcius.



________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 21
21
Masa 11.00
pagi
11.10
pagi
11.20
pagi
11.30
pagi
11.40
pagi
11.50
pagi
12.00
tengah
hari
Suhu
Air (C)
36 39 44 47 49 53 57



MASALAH SEMASA PROSES PENGUJ I AN DAPUR SOLAR
Antara faktor yang mempengaruhi bacaan suhu pada air ialah cuaca.Ujikaji keberkasan
penggunaan dapur solar ini telah dilakukan ke atas sampel air tujuan untukk tujuan memasak.
Semasa ujikaji dijalankan,banyak faktor yang telah diambil kira antaranya faktor cuaca.
Masalah cuaca seperti mendung dan hujan juga menjadi faktor utama kerana ia melambatkan
pengujian.Ujikaji ini akan lebih berkesan jika dibuat pada hari yang cerah dan awan yang
kurang.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 22
22


E)LIMITASI DAN KESIMPULAN PROJEK

LI MI TASI PROJ EK
Periuk solar menggunakan cahaya matahari untuk memasak hidangan.Maka dengan itu ia
boleh digunakan secara optimum selama 8 jam sehari di Malaysia.Aktiviti memasak ini hanya
menggunakan 100% sinaran matahari,sekiranya cuaca mendung proses pemanasan ini tidak
dapat dijalankan.Selain itu, proses pemanasan ini tidak akan aktiviti memasak perlu dijalankan
di kawasan terbuka.Oleh sebab itu, ia boleh menimbulkan ancaman tambahan daripada
haiwan atau manusia.Sekiranya kelancaran proses tenaga solar ini diganggu, ia boleh
menyebabkan proses pemanasan ini tidak konsisten dan boleh menyebabkan makanan lambat
dimasak atau lebih teruk ia juga boleh merosakkan makanan yang dimasak

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 23
23


RUMUSAN

Tenaga alternatiif ataupun tenaga keterbaharuan ini merupakan jalan terbaik untuk menangani masalah
krisis tenaga suria.Selain itu salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam.Hal ini adalah
kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan penggunaan sumber tenaga
yang lain.Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi dalam membangunkan penggunaan tenaga
solar dengan keduduakn di kawasan khatulistiwa dan bekalan 10 jam tenaga suria setiap hari.Oleh itu,
kita hendaklah mengambil peluang ini dengan menggunakan tenaga solar semaksimum mungkin
termasuk dalam penyediaan makanan.
Dapur solar Mudah Alih yang direka mampu menggantikan penggunaan dapur konvensional dan
seterusnya menjimatkan penggunaan tenaga fosil dan tenaga elektrik. Dengan perancangan jadual
penggunaan dapur yang sesuai,pengguna dapat menggunakan dapur solar mudah alih ini dengan
berkesan dan mudah.Faktor menggunakan dapur solar mudah alih ini dengan berkesan dan mudah.Faktor
tempat,masa dan cuaca perlu diambil kira dalam perancangan jadual penggunaaan dapur tesebut.
Diharapkan ada kajian hadapan, kelemahan ini dapat diatasi dan seterusya menggalakkan penggunaan
tenaga solar dengan menyeluruh


________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 24
24


CADANGKAN TI NDAKAN SUSULAN
Sinaran matahari amat penting dalam proses pemanasan ini.Oleh sebab itu, aktiviti ini perlu
dijalankan di bawah sinaan matahari.Jika periuk diletakkan pada kedudukan 90 darjah di bawah
sinaran matahri,ia boleh mempercepatkan tenaga solar ini berlaku tanpa halangan.
Seterusya,aktiviti memasak ini perlu menggunakan periuk yang kecil supaya proses pemanasan
ini berlaku dengan lebih cepat.Periuk tersebut perlulah dikelilingi dengan warna hitam pada
luarannya kerana warna hitam adalah warna yang paling aktif semasa aktiviti penyerapan sinaran
matahri dan memudahkan hidangan di masak.
Aktiviti yang menggunakan tenga solar ini perlulah memasak di kawasan terbuka.Disebabkan
terdapat pelbagai ancaman daripada haiwan tidak akan berlaku.Selain itu, gangguan daripada
manusia yang tidak bertanggungjawab juga salah satu masalahnya.Oleh itu, peserta yang
melakukan aktiviti ini perlulah sentiasa menjaga periuk tesebut supaya tida orang yang kan
mengganggu kelancaran proses pemanasan ini berlaku.
Akhir sekali, pembinaan penghadang mengelilingi periuk solar tesebut adalah supaya penghadang
tersebut dapat mengahalang gangguan daripada angin.

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 25
25
PENJELASAN BERGAMBAR
REKABENTUK DAPUR SOLAR
Bentuk dapur mestilah mempunyai rekabentuk yang melengkung supaya
cahaya dapat dipantulkan dari reflector ke paip stainless steel.Rekabentuk ini
juga dapat dilindungi daripada tiupan angina.Permukaan hitam akan menyerap
haba dan seterusnya boleh digunakan untuk memasak makanan.Selain daripada
itu,penggunaan permukaan yang berkilat seperti kepingan aluminium dan
cermin dapat membantu proses penyerapan cahaya matahari dan kemudiannya
ditukarkan kepada tenaga haba.Cahay matahari yang diserap akan ditukar
kepada tenaga haba dan periuk hitam yang ada pelapik hitam akan
memerangkap tenaga untuk memanaskan alat memasak makanan.
________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 26
26

Bahagian Bahan Dibuat Daripada Sebab - Sebab
Badan Portable Cooker Aluminium Keranan aluminium penyerap
haba yang baik
Tapak Portable Cooker Aluminium Meletak portable cooker
dengan permukaan
Penutup Portable Cooker Plastik & Kaca Untuk membuka penutup
tanpa tekena haba
Penarik Depan Aluminium Dapat menarik bahan masak
kita dengan mudah
Ruang Meletak Air Aluminium Supaya air dapat dipanaskan
dengan lebih cepat
Pemegang Aluminium Memudahkan kerja
membawa portable cooker
Penyerap Air Sponge Mempunyai ciri-ciri yang
baik dalam menyerap air
Reflektor Aluminum Memantul cahaya matahari
ke arah tempat memasak
Bahagian Luar Pelapik HItam Dapat menyerap haba
Tempat Meletak Bahan
Masak
Bekas Telur & Aluminium Memudahkan kerja memasak
telur

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 27
27


Bahagian Portable Cooker Fungsi
Pemegang Membawa portable cooker dengan lebih
mudah
Tapak Berkaki Untuk menstabilkan portable cooker
Pemantul Cahaya Untuk memantulkan cahaya matahari
ke arah portable cooker
Penarik Untuk menarik bahan masak dengan
lebih senang
Tempat Letak Telur Untuk meletak telur
Sponge Untuk menyerap air serta mengelak air
dari keluar
Penutup Depan Menutup bahagian depan portable
cooker
Tempat Menyimpan Air Untuk memanaskan air
Badan Aluminium Untuk menyerap haba
________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 28
28

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 29
29

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 30
30

________________________________________________________________________________________
SMK (L) Methodist Boys School 31
31

Anda mungkin juga menyukai