Anda di halaman 1dari 2

.

r g, 9s _m
m, 9s am u9m p9 _r . V _r
l m > .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah kiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan
lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha
kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal'alamin ,
]adikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera
melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan
lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang
hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan
keburukan .
Ya 'Azizi Ya Sattar Ya Fa'alullima yurid ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami ,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan
yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan
masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu
bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya ayyum Ya Zal ]alaliwal'ikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,
Pada kesempatan ini sudilah kiranya Engkau mencucuri rahmat ke atas
Allahyarham Tun Mohd. Suman b. Hashim di atas sumbangan beliau
kepada sekolah ini . Mudah-mudahan ia di tempatkan bersama-sama
para Nabi-nabi , para Siddiqin , para Syuhada' dan para Solihin di
Syurga-Mu Ya Allah.
Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan
keburukan.
.l _s a> _s u>V a> s <r
_m _r > _> .> t.V . .
_r l .m > <

Anda mungkin juga menyukai