Anda di halaman 1dari 2

Permainan Tradisional

- Jenis Permainan Tradisional Mula 1-10 Akhir



Batu Selambut

Selambut atau seremban adalah satu permainan yang mampu mengisi
matlamat tersebut. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai
Timur Semenanjung. Di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini
dikenali sebagai Seremban. Memandangkan kaedah bermainnya yang
lembut nyata permainan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Agak
janggal jika dimainkan oleh kanak-kanak lelaki walaupun penyertaan
mereka biasa dilihat. Permaian selambut agak pasif. Dilihat dari segi
masa bermain, permainan ini tidak memerlukan waktu yang khusus.
Malah permainan ini tidak memerlukan penumpuan serius sewaktu
bermain seperti bermain permainan-permainan lain. Permainan
selambut tidak memerlukan kawasan yang luas. Asalkan ada
permukaan rata, permainan ini pasti boleh dimainkan. Permainan ini
boleh dimainkan di dalam rumah, serambi, di halaman, di kolong
rumah, malah di taman sekalipun.
Namun sebagaimana permainan lain, permainan ini juga ada aspek
kemahiran yang hendak ditonjolkan. Kemahiran yang diperlukan dalam
permainan ini adalah kemahiran melambung dan menyambut anak batu
dengan gaya tersendiri lagi lembut. Pendek kata tangan si pengasar
memang tidak menjadi untuk bermain selambut.
Setiap pemain bermain dengan cermat dan berhati-hati kerana konsep
permainan ini adalah mengumpul mata. Sering dirasakan, bermain
selambut dengan peserta yang sedikit jauh lebih baik dan
menyeronokkan berbanding dengan bermain beramai-ramai. Barangkali
maksimum 5 orang sudah dianggap ramai kerana undang-undang secara
giliran.
Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5 - 10 butir dan inilah
satu-satunya alat dalam permainan ini. Jumlah anak batu adalah
ditentukan oleh pemain. Jika sepakat, hendak menggunakan anak batu,
maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja.
Setelah mengetahui giliran masing-masing, permainan pun dimulakan.
Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira. Tujuannya adalah
untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan
nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang
dipanggil "ibu". Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu
di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak
batu khas yang dipanggik "ibu". Khas di sini bermaksud batu itu
memiliki ciri-ciri tersendiri terutama untuk membezakan dengan batu-

batu lain.
Teknik-teknik mengutip anak batu adalah seperti berikut:
Kaut satu per satu
Kaut beransur-ansur. Misalnya kali pertama 1 butir, kali kedua 2
butir dan seterusnya sehingga habis dikaut.
Tidak dapat dinafikan memang ada gangguan dalam permainan
selambut terutamanya apabila peserta yang menunggu giliran berasa
bosan kerana sudah lama menunggu. Selalunya ketika asyik melangut
memerhatikan pergerakan batu itu, diam-diam pemain lain melakukan
sebotaj. Biasanya cara yang dilakukan ialah mengalih anak batu.
Apabila anak-anak batu dialih posisinya, si pemain pasti gelabah dan
hilang tumpuan kerana terkaut lantai kosong. Gangguan kedua ialah
apabila pemain lain menyambut batu ibu yang dilambung, atas
gangguan ini biasanya pemain mahu mengulang semula permainannya.
Namun pastinya tumpuan si pemain sudah terjejas. Begitulah pemain
selambut. Namun masa beredar dan permainan ini sudah diubahsuai
mengikut citarasa pemain masa kini.
Demikianlah pemain selambut. Sekali imbas nampak pasif dan mudah.
Jika diteliti pemain ini memerlukan kemahiran. Pemain mesti
menjangka masa di samping pantas dan cekap. Saksikan sendiri
bagaimana pemain selambut mengutip anak batu tanpa memandang ke
lantai.




Permainan batu selambut
biasanya dimainkan oleh
kaum wanita. Ini kerana sifat
semulajadi yang ada pada
mereka.

Anda mungkin juga menyukai