Anda di halaman 1dari 1

Kerja Guru Sebagai Ibadat

Tidak kira mana-mana agama yang berbeza, setiap agama menjadikan


kerjaya guru sebagai ibadat seperti yang dikatakan dalam utusan supaya setiap
tugas dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bagi melahirkan pelajar
cemerlang. Menurut agama Sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan
manusia dengan Tuhan. Profesion perguruan merupakan kerjaya yang mulia kerana
guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama Sikh. Guru Nanak adalah
pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang
Guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh. Sama dengan
agama Sikh, agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang
tinggi terhadap guru. Dalam agama kristian, Yesus kristus merupakan seorang guru
yang agung. Dalam perspektif kedua-dua agama ini, guru perlu memikul
tanggungjawab besar untuk mendidik para pelajar di sekolah dengan ilmu yang
merangkumi pelbagai bidang. Dalam agama Sikh, guru akan menunjuk jalan yang
benar kepada murid muridnya dan mereka juga mempunyai budi pekerti beliau
yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, guru dianggap sebagai pelita jalan dan
merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat Sikh. Dalam agama
Kristian pula, Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara
merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak anak
muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman
Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible. Selain itu, guru adalah sebagai
seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid hendaklah
sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas
tanpa mengharapkan balasan. Oleh sebab guru sentiasa berusaha mencapai tahap
kecemerlangan dalam diri dan menjadi lebih efektif, mereka dapatlah menghasilkan
pendidikan berkualiti, seperti dalam agama Sikh, guru-guru melahirkan pelajar yang
sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang
hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran. Maka agama Kristian, guru
melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna
kepada bangsa dan agama.

Anda mungkin juga menyukai