Anda di halaman 1dari 16

1

SIMPULAN DAN IKATAN


PENGENALAN
Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar di kesan,
siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk
Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat
lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan
keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Terdapat
empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan.

i. Simpulan (knotting)
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan
pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindih
kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

ii. Ikatan (lashing)
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat
jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya,
ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak

iii. Sambat (splicing)
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa
digunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.

iv. Mematikan hujung tali (whipping)
Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan
supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilit
pemati selit dan sambat balik.


2

SIMPULAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia
berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan
silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk
membuat gejet.

SIMPULAN BUKU SILA
Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan
merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut. Ia juga digunakan untuk
mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan
simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. Ia
juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada
pinggang. Simpulan ini berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh
mendirikan ampaian, penyambung kepada khemah.

SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat, kuat, dan mudah
terikat. Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki
tambatan akhir. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah
stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk memastikan
keselamatan.




3

SITUASI PENGGUNAAN

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu
kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut, tempat
pinggan mangkuk, ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. Gajet yang
dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari.
I. IKATAN BUKU SILA
Kegunaannya :
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca
atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

II. IKATAN BUNGA KETI
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya
tali perahu dengan tali kapal
4



III. IKATAN BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya :
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama
besar dan dapat digunakan dengan selamat

IV. IKATAN LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya :
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana
cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya
5




V. IKATAN SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
Kegunaannya :
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau
sebagainya.





6

VI. SIMPULAN PENGAIL (Fishermans Knot)
Kegunaannya :
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung
tali yang licin



VII. IKATAN SIMPUL PULIH
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia
juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh


7

VIII. IKATAN LILIT BALAK
Kegunaannya :
Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau
batang balak












8

STRATEGI PELAKSANAAN

Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahan bantu mengajar ini
melalui tiga kaedah iaitu secara kuliah, tunjuk cara atau demostrasi dan berasakan
pelajar (kendiri).

i. Kaedah Kuliah
Kaedah kuliah digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian
pelajar dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan
berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar
pembelajaran aktif dapat diterapkan. Bagi menjadikan maklumat yang disampaikan
menarik, guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu mengajar seperti video,
paparan slaid, grafik animasi dan sebagainya. Guru perlu menyampaikan maklumat
penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan bantu mengajar.

ii. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara
Kaedah ini membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan
dilaksanakan sekaligus mengetahui cara, teknik, objektif atau matlamat tugasan yang
diberikan. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video, grafik
dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. Hasil daripada
paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu kemahiran atau prosedur
sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti contoh yang
telah diperhatikan dengan baik.




9


iii. Berasaskan Pelajar (Kendiri)
Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah digunakan, namun pelajar perlu
melakukan tugasan secara kendiri yang mana pelajar dapat menilai sendiri tugasan
yang dilaksanakan. Penerangan awal hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya
pelajar perlu melakukan tugasan secara maksimum. Semasa pelajar melakukan
tugasan, guru perlu memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang
dilakukan. Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan
pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza.

iv. Penemuan Terbimbing
Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar, pelajar dikehendaki
menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh guru. Kaedah ini dikenali
sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi (Bilbrough & Jones, 1968). Dengan
kaedah ini ia dapat memberikan pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,
mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh
guru. Melalui pendekatan dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk
pembangunan arah kendiri.












10

Ikatan Buku Sila...
Selalunya digunakan untuk mematikan ikatan seperti menyambung tali yang sama saiz,
kain pembalut luka dan mengikat barang. Ianya juga senang dibuka semula.









11

Ikatan Bunga Keti...
Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk menarik
beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.







12

Simpul Manuk...
Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.

Simpul Belit...
Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan (kerbau pun boleh)
ke tiang atau pokok. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut... malah mudah dibuka
semula ikatannya.

Simpul Pulih...
Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.



13


Simpul Tindih Kasih...
Simpulan ini amat sesuai untuk kerja - kerja menyelamat atau alat sokongan untuk
memanjat.





14

Ikatan Seraya...
Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga, tiang
khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul manuk
terlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut.




Ikatan Silang...
15

Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. Selalunya dipasang atau
digunakan sekali pada kaki meja, kerusi, tiang khemah dan apa-apa aje la yang sesuai
mengikut keperluan korang supaya lebih teguh dan perkasa gitu!




Ikatan Silang Tungku...

16



KESIMPULAN
Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa
penggunaannya seperti mendaki, kehidupan seharian, memancing, seni, pengakap,
mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai