Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA AMALAN PROJEK TERBAIK PRASEK

1. KATEGORI
Muzik dan Gerakan

2. TAJUK
TEMA : DIRI SAYA
SUBTEMA : ANGGOTA BADAN SAYA

3. KAEDAH / TEKNIK
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di
dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui nyanyian dan gerakan.

4. SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah gerakan dan tarian yang mana murid
akan diperkenalkan dahulu dengan bahagian anggota tubuh badan. Seterusnya murid akan
menyebut bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru. Guru akan menunjukkan gerakan
lagu anggota tubuh badan dan murid akan mengikutinya. Setelah murid agak mahir dengan
lagu dan gerakan tersebut, guru akan mengadakan pertandingan di antara dua kumpulan.
Pemenang akan diberikan hadiah.

5. KUMPULAN SASARAN
Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.

6. JUMLAH MURID
25 orang

7. LATAR BELAKANG
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan kelas kepada
dua kumpulan. Dua kumpulan ini akan bertanding membuat nyanyian dan gerakan yang
paling menarik. Pembantu Pengurusan Murid akan membantu guru membuat pemilihan
kumpulan mana yang paling menarik untuk dijadikan pemenang.

8. RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK
Penggunaan kaedah muzik dan gerakan di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana
murid lebih mudah untuk mengingati sesuatu yang diajar melalui kaedah ini. Sebagai contoh,
jika seorang guru mengajar mengenal huruf ABC melalui nyanyian, murid akan sentiasa
menyanyikan lagu tersebut tak kira berada di rumah atau di sekolah. Dengan cara ini, murid
akan lebih mudah mengingati huruf ABC tersebut.

9. STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN
BI 1.5.1 Listen to and recite nursery rhymes and action songs.
BI 1.6.1 Sing songs.

10. KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di
dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui nyanyian dan gerakan.

11. PERINCIAN AKTIVITI
Steps:
Teacher show the pictures of body part (head, shoulder, knee and toe) to the pupils.
Teacher says the words of body part and pupils hear carefully.
Pupils say the words by guidance.
Break the class into two groups.
Teacher teach / review the song of my body (head shoulder) with gestures to the pupils.
Have a singing contest.


12. KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN
KTI 2.1.6 Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.
ST 3.1.1 Mengenalpasti bahagian tubuh badan utama (kepala, mata, hidung, mulut, gigi,
telinga, rambut, kaki, jari, tangan).

13. KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P
Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui perubahan tingkah laku murid
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

14. NYATAKAN NILAI MURNI YANG DITERAPKAN
Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling
bekerjasama di dalam memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di dalam
pertandingan ini. Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan di dalam
diri kanak-kanak ini.

15. KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK INI
Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana kanak-kanak
sangat mudah tertarik dengan elemen-elemen gerakan dan nyanyian. Apabila guru
menggunakan kaedah nyanyian, murid akan lebih mudah untuk mengingatinya berbanding
dengan kaedah pengajaran biasa. Murid juga akan gembira sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Tidak akan timbul rasa bosan kerana mereka suka dengan apa yang
mereka lakukan.

16. IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)
Dapat melahirkan murid yang berkebolehan di dalam bidang muzik melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Murid juga dapat menunjukkan kebolehan
masing-masing seperti kebolehan membuat pergerakan kreatif dan kebolehan menyanyi.

Anda mungkin juga menyukai