Anda di halaman 1dari 17

http://cikgusazali.blogspot.

com

1


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LALOH
18000 KUALA KRAI
KELANTAN








BENGKEL
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014





BILIK WAWASAN
SMK LALOH
18 SEPTEMBER 2014


SAZALI BIN IBRAHIM
SMK LALOH

http://cikgusazali.blogspot.com

2


Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan nilai-nilai
positif dan kekangan untuk menyemai nilai-nilai tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Pendidikan memainkan peranan penting bagi membina dan menanam nilai-nilai positif dalam
kalangan pelajar. Pendidikan di semua peringkat persekolahan perlu menanamkan nilai-nilai positif
selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pemodenan dan
seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan acuannya sendiri.

Nilai-nilai positif ialah nilai-nilai yang mendorong kepada perubahan dan kemajuan. Nilai-nilai
positif seperti yakin diri dan berani menghadapi cabaran amat penting untuk membina keyakinan diri
masyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara. Masyarakat yang maju
memiliki nilai-nilai positif di samping peka terhadap segala perkembangan yang berlaku. Kita harus
mengejar kemajuan, perubahan dan pembangunan tanpa meninggalkan nilai-nilai positif yang menjadi
asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala
bidang. Masyarakat yang ingin kita lahirkan sesungguhnya masyarakat madani yang akan disegani di
persada dunia.

Di samping itu, nilai positif juga mendorong individu dan masyarakat supaya berani
bertindak secara rasional untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Nilai positif juga perlu
dipertahankan bagi membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial yang
begitu dominan pengaruhnya. Pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan
kekuatan moral sangat signifikan dengan pemupukan nilai-nilai positif. Manakala nilai negatif perlu
dikikis bagi membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan. Masyarakat yang demikian
juga akan menjadi liabiliti kepada negara serta menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan
matlamat Wawasan 2020.

Selain itu, penekanan nilai positif dalam pembinaan sumber tenaga manusia dan tenaga
pekerja juga penting untuk mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif ke arah
pembangunan negara yang mapan. Nilai-nilai positif para pekerja seperti kerajinan, bertanggungjawab,
amanah dan berdaya saing bukan sahaja perlu diamalkan di tempat kerja tetapi di luar tempat bekerja
juga agar cabaran dan dugaan di pentas global mampu ditangani secara lebih mudah.

Nilai positif yang terpahat dalam diri seseorang akan dapat membantunya membanteras
pelbagai masalah yang mengancam dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Oleh itu, fungsi
pendidikan perlu mengarah kepada pembinaan watak, akhlak dan moral individu yang mengamalkan
nilai-nilai hidup yang baik dan tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan yang mulia. Yang
pasti, amalan nilai-nilai positif akan menggalakkan perkembangan dan kemajuan tuntas seseorang
individu ke arah pembinaan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.







Jawapan soalan pemahaman 2(ii)

http://cikgusazali.blogspot.com

3


Skema Pemarkahan
Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:
(a) Isi 20 markah
(b) Bahasa 10 markah

(a) Isi [ 20 markah]

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
nama khas
perkataan berulang (kata ganda)
penggunaan kata sendi di dan ke
tarikh
angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.


Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/Kesimpulan 2
Jumlah Markah 20


Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan

Petikan membincangkan kebaikan/maslahat/faedah mengamalkan nilai-nilai
positif dalam kalangan masyarakat di Malaysia/negara kita. 2m

Petikan membincangkan kebaikan/maslahat/faedah mengamalkan nilai-nilai positif 1m

Petikan membincangkan kepentingan nilai-nilai positif dalam kalangan rakyat . 0m



http://cikgusazali.blogspot.com

4


Isi Tersurat [4 12 markah]
Kepentingan nilai-nilai positif

S1. Membina keyakinan diri masyarakat (1m) dan menentukan kekuatan
sesuatu bangsa, kaum atau negara (1m) 2m
S2. menjadi asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan
dan keterampilan dalam segala bidang 2m
S3. mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak secara
rasional (1m) untuk menegakkan kebenaran dan keadilan (1m) 2m
S4. membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial 2m
S5. pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan
kekuatan moral 2m
S6. mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif 2m
S7. cabaran dan dugaan di pentas global mampu ditangani secara lebih mudah 2m
S8. membantu membanteras pelbagai masalah (1m) yang mengancam diri sendiri,
masyarakat dan negara (1m) 2m
S9. menggalakkan perkembangan dan kemajuan tuntas seseorang individu 2m

Isi Tersirat [4 12 markah]
Kekangan untuk menyemai nilai-nilai tersebut

T1. Media massa banyak menyiarkan budaya negatif dari Barat 2m
T2. Remaja mudah terpengaruh dengan gejala negatif. 2m
T3. Masyarakat memandang remeh terhadap usaha-usaha pemupukan
nilai-nilai positif 2m
T4. Masyarakat tidak memberi sokongan terhadap usaha-usaha pemupukan
nilai-nilai positif 2m
T5. Pihak sekolah memberi lebih penekanan terhadap kecemerlangan
akademik berbanding dengan pemupukan nilai-nilai positif. 2m
T6. Ibu bapa tidak cakna terhadap pemupukan nilai dalam kalangan anak mereka. 2m
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Penutup/Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif
supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah tinggi. 2m

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif. 1m











http://cikgusazali.blogspot.com

5


Teknik Menjawab:

Menulis pendahuluan:
Kata kunci
(Tukar)
Isu/tema
(Frasa)
Sasaran Lokasi
Petikan
membincangkan
faedah nilai-nilai positif dalam kalangan
masyarakat
di negara kita

Perenggan Isi Tersurat: (Mesti menjawab tugasan: Apakah kepentingan nilai-nilai positif?)

Antaranya ialah membina keyakinan diri masyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu
bangsa, kaum atau negara. Selain itu, asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian,
kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang. Di samping itu, mendorong individu dan
masyarakat supaya berani bertindak secara rasional untuk menegakkan kebenaran dan
keadilan. Seterusnya, membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial.
Tambahan pula, pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan
moral. Akhir sekali mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif.

Perenggan Isi Tersirat: (Mesti ada subjek + predikat)

Kekangan untuk menyemai nilai-nilai positif ialah sikap masyarakat yang individualistik.
Selain itu, remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat.

Perenggan Kesimpulan: (Mesti ada saranan dan harapan)

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif
supaya negara dapat melahirkan masyarakat yang berwawasan.


Perenggan lengkap:

Petikan membincangkan faedah nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat di
Malaysia.

Antaranya ialah membina keyakinan diri masyarakat dan menentukan kekuatan
sesuatu bangsa, kaum atau negara. Selain itu, asas pembinaan kekuatan moral,
kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang. Di samping itu,
mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak secara rasional untuk
menegakkan kebenaran dan keadilan. Seterusnya, membebaskan individu dan
masyarakat daripada ancaman gejala sosial. Tambahan pula, pembinaan imej diri yang
menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moral. Akhir sekali mewujudkan
guna tenaga yang produktif dan positif.

Kekangan untuk menyemai nilai-nilai positif ialah sikap masyarakat yang
individualistik. Selain itu, remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif
supaya negara dapat melahirkan masyarakat yang berwawasan.
(115 patah perkataan)

http://cikgusazali.blogspot.com

6

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata merealisasikan matlamat? [2 markah]

Maksud rangkai kata merealisasikan matlamat ialah mencapai tujuan.

(ii) Penulis menyatakan beberapa sebab nilai negatif perlu dikikis.
Nyatakan sebab-sebab tersebut. [3 markah]

Sebab nilai negatif perlu dikikis ialah membebaskan masyarakat daripada
kemunduran dan kejahilan. Sebab yang lain ialah menjadi liabiliti kepada
negara. Sebab yang berikutnya ialah menjadi batu penghalang ke arah
merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk menanamkan nilai-nilai
tersebut dalam kalangan murid?
Berikan dua langkah.
[4 markah]

Pada pendapat saya, langkah yang berkesan untuk menanamkan nilai-nilai
tersebut dalam kalangan murid ialah guru menerapkan nilai-nilai positif secara
konsisten dalam pengajaran. Langkah yang lain ialah pihak sekolah
mengadakan program bertemakan nilai-nilai positif.

Skema:
Soalan 2(a) - Petikan umum

(i) Maksud
- (mencapai/menterjemahkan/menjayakan) (tujuan/objektif/sasaran) 2m
- (mencapai/menterjemahkan/menjayakan) matlamat 1m
- merealisasikan (tujuan/objektif/sasaran) 1m
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sebab-sebab ( Cukup 2 isi)

P1- membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan
P2- menjadi liabiliti kepada negara
P3- menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020
[maksimum : 3 markah]

(iii) Langkah-langkah (Cukup 2 isi)

P1 - Guru menerapkan nilai-nilai positif secara konsisten dalam pengajaran
P2 - Pihak sekolah mengadakan program bertemakan nilai-nilai positif
P3 - Pihak sekolah menampal poster-poster berkaitan nilai-nilai positif
P4 - Pihak sekolah memberi ganjaran kepada pelajar yang bersahsiah tinggi
P5 - Kanselor mengadakan program kesedaran untuk menyemai nilai positif
P6 - Pihak KPM, JPN, PPD mengadakan kursus/seminar/bengkel kesedaran
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 4 markah]



http://cikgusazali.blogspot.com

7

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

MAK SOM: (Kepada INTAN SITI RAHlMAH) Pak Tuan dah berangkat balik.
PAK TUAN DOLAH: Intan, lusa mereka akan datang. Jamuan kali ini hendaklah lebih daripada
yang biasa, sebab ada orang-orang yang lebih besar.
INTAN SITI RAHIMAH: Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan
kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan
macam-macam lagi.
PAK TUAN DOLAH: Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi
mencemarkan kaki ke sana?
INTAN SITI RAHIMAH: Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?
PAK TUAN DOLAH: Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.
INTAN SITI RAHIMAH: Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja dengan kita.
Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula.
PAK TUAN DOLAH: Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus
sedar dengan siapa hendak bercampur gaul?
INTAN SITI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka.
Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka.

(Dipetik daripada drama
'1400' oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada
Pak Tuan Dollah.
[2 markah]

Rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah
kepada Pak Tuan Dollah ialah kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan
air sungai. Rungutan yang lain ialah anak-anak mereka sakit-sakit belaka.

(ii) Sekiranya anda Pak Tuan Dollah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk
memastikan sungai itu tidak terus tercemar?
[3 markah]

Sekiranya saya Pak Tuan Dollah, langkah yang akan saya ambil untuk
memastikan sungai itu tidak terus tercemar ialah memindahkan kandang kuda
jauh daripada sungai. Langkah yang lain ialah membina sistem kumbahan
yang lebih sistematik. Langkah yang berikutnya ialah mengadakan gotong-
royong membersihkan sungai.






http://cikgusazali.blogspot.com

8

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Persoalan yang terdapat dalam petikan drama ialah pencemaran sungai
memberi kesan buruk kepada masyarakat dan membawa penyakit.
Contohnya air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampung
menghidapi penyakit.

Persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan
ialah kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pernah
dilakukan. Contohnya Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini
telah menyimpang daripada hukum Allah dan dia insaf serta mula mendekatkan
diri kepada Allah.

Skema:
Soalan 2 (b) : Petikan Drama

(i) Rungutan

P1 - Kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai 1m
P2 - Anak-anak mereka sakit-sakit belaka 1m
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Langkah-langkah [2 isi cukup]

P1 - Memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai 1m
P2 - Membina sistem kumbahan yang lebih sistematik 1m
P3 - Memproses najis kuda menjadi baja organik 1m
P4 - Mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib 1m
P5 - Menukarkan bidang ternakan kepada bidang yang lain 1m
P6 - Mengadakan gotong-royong membersihkan sungai 1m
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 3 markah]

(iii) Persoalan dalam petikan (Isi + Contoh)

P1 - Pencemaran sungai memberi kesan buruk kepada masyarakat dan
membawa penyakit
Contoh : Air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampuing
menghidapi penyakit. 1 + 1
P2 - Penindasan terhadap golongan yang lemah
Contoh : Pak Tuan Dollah mahu orang kampung takut akan dirinya. 1 + 1
P3 - Rasa simpati terhadap golongan bawahan
Contoh : Intan Siti Rahimah sedih melihat kesengsaraan hidup orang
Kampung. 1 + 1
.
Persoalan dalam keseluruhan drama

P1 - Kepincangan masyarakat yang memilih kepada orang yang berharta
Contoh : Pak Tuan Dollah menggunakan wang untuk mempengaruhi
penduduk kampung memilihnya sebagai wakil penduduk. 1 + 1
P2 - Kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan
Contoh : Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini telah
menyimpang daripada hukum Allah dan dia insaf serta mula mendekatkan
diri kepada Allah. 1 + 1
P3 - Kepercayaan terhadap amalan syirik dan khurafat
Contoh : Pak Tuan Dollah tergamak memindahkan jenazah ibunya dari kubur
ke bawah rumah untuk memastikan dia memperoleh kekayaan seperti yang
diminta oleh bomoh 1 + 1
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 4 markah]
http://cikgusazali.blogspot.com

9

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang
Sulung, Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri
kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri.
Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang
ini, sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh
lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.
Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk,
Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik?
Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang
handal.
Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda
telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan
adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah
kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.
(Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
dalam antalogi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri berdasarkan
petikan di atas? [2 markah]

Maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri berdasarkan
petikan tersebut ialah telah khianat terhadap pemimpin kita

(ii) Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan
baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh? [3 markah]

Alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk
membolehkan baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh ialah Baginda telah
menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas baginda
daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Alasan yang lain ialah hutang
baginda sudah berbayar. Alasan yang berikutnya ialah piutang pun sudah
diterima.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara
majoriti? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara
majoriti kerana ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua
merupakan orang yang paling layak diikuti nasihat atau arahannya. Sebab
yang lain ialah keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika
menentangnya bermakna tindakan kita bertentangan dengan budaya hidup
bermasyarakat.
http://cikgusazali.blogspot.com

10

Skema:
Soalan 2 (c): Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud
- Telah khianat terhadap pemimpin kita 2
- Derhaka kepada pemimpin 1
- Telah khianat kepada penghulu kita sendiri 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Alasan (Isi cukup : 2)
P1 - Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak
merampas baginda daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
P2 - Hutang baginda sudah berbayar
P3 - Piutang pun sudah diterima
[maksimum : 3 markah]

(iii) Mengapa perlu mentaati ketua (Isi Cukup : 2)
P1 - ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua merupakan orang yang paling layak diikuti nasihat atau
arahannya.
P2 - ketua orang yang paling mahir mentadbir organisasi dan selalunya mereka orang yang berpengalaman.
P3 - keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika menentangnya bermakna tindakan kita bertentangan dengan
budaya hidup bermasyarakat.
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 3 markah]

Soalan 2(d) - Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala tunduk meneliti
Mata dan fikir bersebati.

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman.
http://cikgusazali.blogspot.com

11


Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai
SHAFIE ABU BAKAR
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud dahaga tak pernah langsai [2 markah]

Maksud dahaga tak pernah langsai ialah ilmu tidak akan habis dipelajari.

(ii) Sekiranya anda ialah pengawas pusat sumber, apakah cara-cara yang dapat anda lakukan
untuk menarik para pelajar mengunjungi perpustakaan? [3 markah]

Sekiranya saya ialah pengawas pusat sumber, cara yang dapat saya lakukan
untuk menarik para pelajar mengunjungi perpustakaan ialah memastikan pusat
sumber dalam keadaan teratur dan selesa. Cara yang lain ialah memastikan
suasana yang senyap dan kondusif. Cara yang berikutnya ialah bersedia
membantu pelajar lain yang berurusan di pusat sumber.

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah tekun
semasa menuntut ilmu supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
Pengajaran yang lain ialah Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan
kerana perpustakaan adalah tempat yang sesuai untuk belajar.

Skema:
Soalan 2(d): Puisi Moden

(i) Maksud
- Ilmu tidak akan habis dipelajari 2
- Ilmu tak pernah langsai 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Cara-cara (Isi cukup : 2)
P1 - Memastikan pusat sumber dalam keadaan teratur dan selesa
P2 - Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap
P3 - Memastikan suasana yang senyap dan kondusif
P4 - Bersedia membantu pelajar lain yang berurusan di pusat sumber
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 3 markah]
(iii) Pengajaran (Isi + Huraian)
P1 - Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu supaya tidak ketinggalan
dalam pembelajaran. 1 + 1
P2 - Kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu
kerana ilmu amat penting dalam kehidupan 1 + 1
P3 - Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mengejar ilmu supaya
mudah untuk menguasainya. 1 + 1
P4 - Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan kerana perpustakaan
adalah tempat yang sesuai untuk belajar. 1 + 1
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 4 markah]
http://cikgusazali.blogspot.com

12

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat daripada penjodoh bilangan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) segerombolan
(ii) sekawan
(iii) sekepal
(iv) sepapan
(v) sepasang
(vi) serumpun

Skema: [ 6 markah ]
Perhatian bagi soalan 3 (a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keselurruhan soalan.
3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak markah
10. Ayat mengelak, berikan 0 markah

Jawapan 3(a)

(i) segerombolan
kumpulan orang jahat seperti perompak, pengganas, penyamun, penjenayah, pencuri, lanun dan sebagainya.
(ii) sekawan
Kumpulan haiwan yang hidupnya bergerak berkawan-kawan seperti burung, gajah, kuda, lebah, merpati, dan
sebagainya
(iii) sekepal
Benda yang boleh dikepal atau disukat dengan genggaman seperti nasi, tanah, pulut, dan sebagainya
(iv) sepapan
Benda yang berbentuk kepingan seperti coklat, petai, mercun, dan sebagainya
(v) sepasang
Manusia/ benda yang berpasangan atau dalam bilangan dua seperti suami isteri, anting-anting, kasut, stoking dan
sebagainya
(vi) serumpun
Pokok-pokok yang tumbuh berumpun atau berkelompok seperti buluh, pandan,lalang, padi, serai, tebu, dan sebagainya
[maksimum : 6 markah]

Teknik Menjawab:
SUBJEK + PREDIKAT + KETERANGAN
Soalan (a)
i. Segerombolan pendatang asing telah ditangkap kerana memasuki negara
ini tanpa permit.
ii. Kemalangan itu berpunca daripada sekawan lembu yang melintas jalan.
iii. Saya menggenggam sekepal pulut lalu menyuap ke mulut pengantin itu.
iv. Ibu membeli sepapan petai untuk dibuat ulam.
v. Sepasang baju kurung yang dijual di pasar raya itu telah menarik
perhatiannya.
vi. Dia menanam serumpun serai di belakang rumahnya.


http://cikgusazali.blogspot.com

13

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat
berikut menjadi tiga ayat.

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau
yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah
berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen
Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf
antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak
pelancong datang ke Malaysia.
[6 markah]

Skema:
Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana mempunyai beberapa
buah pulau yang indah dan kawasan rekreasi hutan yang menarik.

Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan
mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dan menganjurkan pertandingan
sukan bertaraf antarabangsa.

Ekonomi Malaysia meningkat dan peluang pekerjaan juga terbuka luas kerana
banyak pelancong datang ke Malaysia.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Demontrasi mencegah kebakaran oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah
tertarik minat penduduk di sekitar kawasan perumahan itu.

(ii) Pemain bola sepak yang meletih itu asyik bercekak pinggan sahaja di tengah-tengah
padang.

(iii) Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia sekiranya
tidak dicegah dari awal.
[6 markah]
Skema:
(i) demontrasi - demonstrasi (ejaan)
tertarik - menarik (imbuhan)

(ii) pinggan - pinggang (ejaan)
meletih - keletihan (imbuhan)

(iii) selsema - selesema (ejaan)
merbahaya - berbahaya (imbuhan)





http://cikgusazali.blogspot.com

14

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Pihak polis telah menahan pemuda gelandangan itu kerana beliau didapati positif di
dalam ujian air kencing yang diadakan secara rawak.

(ii) Bintang-bintang yang berkerdipan di langit menambahkan kenyamanan suasana
malam di kawasan peranginan itu.

(iii) Keterampilan berbahasa di kalangan pengguna jati bahasa Melayu mestilah sentiasa
diperkukuh dari masa ke masa.
[6 markah]
Skema:
(i) beliau - dia (istilah)
di dalam - dalam (tatabahasa)

(ii) kenyamanan - keindahan (istilah)
bintang-bintang - bintang (tatabahasa)

(iii) pengguna - penutur (istilah)
di kalangan - dalam kalangan (tatabahasa)

(e) Lengkapkan peribahasa di bawah.

(i) Harimau mati meninggalkan belang,..............................................................
(ii) Kalau takut dilambung ombak, .....................................................................
(iii) Kalau kail panjang sejengkal, .......................................................................
[6 markah]

Skema:
(i) Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
(ii) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
(iii) Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.















http://cikgusazali.blogspot.com

15

Soalan 4: Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:

(i) Sutera Dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan
(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood

(a) Jelaskan dua contoh pengorbanan yang dilakukan oleh watak utama dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
[ 7 markah]
Skema:
(a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Beri 1 markah bagi pengorbanan watak utama.
(iv) Beri 1 markah bagi huraian/contoh pengorbanan
(v) Markah isi maksimum 4 (maksimum 2 isi dan 2 huraian/contoh).
(vi) Markah bahasa maksimum 3.
(vii) Markah bahasa diberi secara impression.
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(viii) Calon tidak menjawab 0 markah.

Novel Renyah
i. Pengorbanan ayah kepada anaknya
Contoh : Datuk Dolhi dan Datin Tominah hadir pada anugerah pendidik negeri terbaik anaknya Amera atas permintaan
anaknya.
ii. Pengorbanan suami kepada isteri
Contoh: Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukan fesyen Busana Islam walaupun beliau
sangat bosan dengan pertunjukan tersebut
iii. Pengorbanan kepada sahabat
Contoh: Datuk Dolhi berkorban untuk memajukan syarikat usaha sama dengan Albert Lee.
iv. Pengorbanan kepada usahawan muda
Contoh: Datuk Dolhi sering meluangkan masa untuk membimbing usahawan muda melalui ceramah kepada golongan
berkenaan.

Novel Sutera Dalam Lukisan

i. Pengorbanan anak kepada ibunya
Contoh: Bujei cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak 15erjaya kerana api marak terlalu
cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
ii. Pengorbanan seorang anak
Contoh: Walaupun bapa tirinya, Harun sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak
milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya namun Bujei tetap menghormati Harun.
iii. Pengorbanan seorang sahabat
Contoh: Bujei berkorban untuk membela Adila daripada fitnah yang dilemparkan oleh Alias.











http://cikgusazali.blogspot.com

16

Contoh jawapan:

Novel yang saya pelajari ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Watak utama dalam
novel ini ialah Datuk Dolhi.

Pengorbanan dalam novel ini ialah pengorbanan ayah kepada anaknya. Contohnya,
Datuk Dolhi sanggup menghantar Dani ke pusat pemulihan walaupun dia seorang yang
terkenal.

Pengorbanan yang lain ialah pengorbanan seorang anak kepada bapa. Contohnya Wahi
sanggup meninggalkan negara Jepun semata-mata untuk membantu Datuk Dolhi
menguruskan syarikat.

ATAU
Novel yang saya pelajari ialah Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Watak
utama dalam novel ini ialah Bujei.

Pengorbanan dalam novel ini ialah pengorbanan seorang anak terhadap ibunya.
Contohnya, Bujei cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi
tidak 16erjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai
daripada memasuki rumahnya yang terbakar

Pengorbanan yang lain ialah pengorbanan seorang sahabat. Contohnya Bujei berkorban
untuk membela Adila daripada fitnah yang dilemparkan oleh Alias.


(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[ 8 markah]
Skema:
(i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Beri 1 markah bagi setiap latar masyarakat.
(iv) Beri 1 markah bagi setiap huraian/contoh yang betul untuk setiap latar masyarakat
(v) Markah isi maksimum 6 (maksimum 2 markah bagi setiap latar masyarakat dab contoh).
(vi) Markah bahasa maksimum 2.
(vii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

Novel Renyah

i. Masyarakat usahawan .
Contoh : Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya
ii. Masyarakat yang tamak .
Contoh : Hasnol bersikap tamak sebab menerima rasuahTengku Munir.
iii. Masyarakat pendidik .
Contoh : Amera bekerja sebagai guru dan menerima anugerah guru negeri terbaik.
iv. Masyarakat majmuk .
Contoh : Wahi Melayu, Yuka Jepun dan Albert Lee Cina
v. Masyarakat penyelewengan agama .
Contoh : Mukhlis, Tok Guru dan Hanisah terikut dengan kesesatan ajaran agama.
vi. Masyarakat mementingkan bahasa kebangsan.
Contoh : Raj Hussein meminta Datuk Dolhi menamakan projeknya dengan nama kemelayuan sedikit.
vii. Masyarakat menghargai alam sekitar.
Contoh : Ilham mencatat sesuatu maklumat penulisannya tentang alam sekitar.
http://cikgusazali.blogspot.com

17

viii. Masyarakat menghargai barangan tempatan.
Contoh : Datin Tominah minta Datuk Dolhi memakai baju batik tempatan iaitu batik Kelantan.
ix. Masyarakat yang menggalakkan perkahwinan campur.
Contoh : Wahi berkahwin dengan gadis Jepun Yuka dan Robert Lee ingin berkahwin dengan Amera gadis Melayu.
x. Masyarakat yang mementingkan pendidikan.
Contoh : Semua anak-anak Datuk Dolhi belajar di Universiti.

Novel Sutera Dalam Lukisan

i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.
Contoh: Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.
ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.
Contoh: Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh
Harun.
iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
Contoh:Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli kereta.
iv. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh: Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Sameah.

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Dalam novel ini terdapat
beberapa latar masyarakat.

Antaranya ialah masyarakat usahawan. Contohnya Datuk Dolhi dan Albert Lee
merupakan usahawan yang berjaya.

Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat pendidik. Contohnya Ameera merupakan
seorang pendidik yang berjaya dan mendapat anugerah tokoh pendidik.

Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang terlibat dalam ajaran sesat.
Contohnya Mukhlis terpengaruh dengan ajaran sesat sehingga ditahan oleh pihak
berkuasa.

ATAU

Novel yang saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan. Dalam novel
ini terdapat beberapa latar masyarakat.

Antaranya ialah masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang
kurang bernasib baik.Contohnya masyarakat kampung memandang rendah terhadap
Bujei dengan mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.

Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat kampung yang mempunyai norma
kemanusiaan.. Contohnya Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan
membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun.

Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang mengambil kesempatan atas
kesenangan orang lain. Contohnya baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah
memujuk Fatimah untuk membeli kereta.
.

Anda mungkin juga menyukai