Anda di halaman 1dari 4

http://www.skkionsom.edu.

my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelab-hoki/219-kemahiran-asas-
permainan-hoki.html
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI
Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada
di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat
berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.
Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan,
kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan
kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat
menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti
dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek,
memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

1.Menggelecek

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa
bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan
sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan
menggelecek Indian(Indian Dribble).


Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola cara Indian dribble


Cara memegang kayu yang betul semasa indian dribble.


http://www.skkionsom.edu.my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelab-hoki/219-kemahiran-asas-
permainan-hoki.html
2. Memukul
Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain.
Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh.
Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.


kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.


Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu
yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.


3. Menolak
Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama
seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran
memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan
yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari
tolakan bola.

http://www.skkionsom.edu.my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelab-hoki/219-kemahiran-asas-
permainan-hoki.html

Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola


Teknik yang betul ketika menolak bola, hasilnya pasti meletup

4. Menerima dan menahan bola
Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan
perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari
rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan
sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh
dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.


cara yang betul untuk menahan bola tinggi.

http://www.skkionsom.edu.my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelab-hoki/219-kemahiran-asas-
permainan-hoki.html
* Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa
menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang
negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola
keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek
bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.

ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat
menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.

iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit
berkurangan.

iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak
memukul bola.

v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

Anda mungkin juga menyukai