Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Asas Hoki

Hoki merupakan satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada mereka untuk menang dalam suatu permainan. Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai ciri-cirinya dan cara untuk menguasai serta meningkatkan prestasi lagi pemain. Antara kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan hoki adalah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola. Kemahiran yang dibincangkan di sini adalah kemahiran memukul. Kemahiran memukul merupakan satu daripada kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas. Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat

* Kesalahan yang kerap dilakukan Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.

ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat. iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.

iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan keseimbangan ketika hendak memukul bola.

kehilangan

v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.


http://muhammadhazrin.blogspot.com/2011/09/permainan-hoki-mempunyai-pelbagai.html KEMAHIRAN ASADS http://www.zairedin.com/2011/04/kemahiran-asas-hoki-memukul.html http://teacherzaieone.blogspot.com/2010_01_01_archive.html

Anda mungkin juga menyukai