Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan syukur Alhamdulillah


ke hadrat Ilahi ke atas keizinan masa dan ruang waktu yang telah diberikan kepada kami
untuk menyiapkan Kerja Kursus Taksiran Bahasa Melayu Kontekstual (BMK) PM 3311 D1
pada kali ini.
Seterusnya sekalung budi kami berikan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu
Encik Amidin Bin Zim di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada
kami. malah, tanpa tunjuk ajar dan juga perkongsian ilmu yang telah kami jalankan bersama,
nescaya kami tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan kami untuk kali ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada keluarga dan sahabat
handai yang juga turut sama membantu dari segi sumbangan tenaga mahupun cetusan idea
dalam menyiapkan kerja kursus kami ini. Segala jasa kalian amatlah kami hargai. Terima
kasih juga harus diberikan kepada mereka di atas sokongan moral dan juga doa yang telah
dipanjatkan untuk kami.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kami berikan kepada semua individu, kumpulan,
atau sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi
bantuan dan maklumat kepada kami dalam usaha untuk menyiapkan tugasan BMK kami
untuk kali ini.
Hutang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa ke mati.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai