Anda di halaman 1dari 3

Salah satu bagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah alis, dari

zaman nabi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang
menjelaskan hukumnya.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi
lebat atau tipisnya atau bulu alis bersambung antara alis kanan dan kiri.
Menurut pandangan syara adalah haram seorang perempuan mencukur bulu alisnya karena itu
bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam AlQuran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudah
mempunyai identitas sendiri dalam masalhperhiasan.
Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seorang perempuan itu menyambung
rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan
mencukur bulu alis. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak
seharusnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti
tumbuh bulu di pipi, tumbuh kumis dan jenggot seperti lelaki,semua bulu-bulu ini hendaklah
dibuang karena ia memperjelek paras rupa seorang perempuan.
Perkara ini pada satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu
Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa
parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita
yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menarik hati
suaminya.Aisyah menjawab:
Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah)
atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah),
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawaban Aisyah kepada wanita
itu membawa arti bahawa wanita boleh berdandan untuk suami,boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat,bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh
mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luar
biasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis
mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab: Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu
mampu. Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawaban Aisyah kepada wanita itu
membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat,dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mempercantikn wajah dengan membersihkan wajah dari
pada bulu-bulu yang tumbuh di daerah kelopak mata atau di daerah yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya alisnya berbulu tetapi sudah tidak normal kalau
dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu.
Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita
ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah
sebahagian daripada wajah.
Kalau difahami secara lahir pastinya apa-apa saja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh
dicabut,termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh kumis kerana
semua ini tumbuh di wajah.
Para ulama berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan
buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak
mata atau bersambung antara dua kening.
Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuanperempuan cabul.
Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur
rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung
matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.
Harus diperhatikan di sini ayat yang dihitamkanitu, dengan izin suami dan tentu di dalam
rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu
dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,
Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang
mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan
dibuatkan tatoo (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki)
maupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.
Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan
mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.
Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti
jerawat, dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk memikat hati suami atau sebagainya,
jangan sampai melenceng dari pada ketentuan yang digariskan oleh syara kerana kecantikan
berlawanan dengan syara akan mengundang laknat Allah.
Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak

sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri.
Kerana kecantikan lahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah
kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad
yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati
dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luar kita. Sementara untuk mencantikkan
paras, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita
membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.
Wallahu Alam.

Anda mungkin juga menyukai