Anda di halaman 1dari 7

REKA BENTUK PEMBUKUSAN DAN PENGIKLANAN, LAPORAN TAHUNAN, REKA BENTUK LAMAN WEB

Reka Bentuk Pembungkusan


Pembungkusan yang menarik boleh menarik perhatian pengguna untuk membeli produk sekurangkurang sekali. Pembungkusan yang rekannya Berjaya boleh membuat produk yang kurang mahal
kelihatan mahal dan berstatus tinggi. Pembungkusan adalah sesuatu yang penting untuk setuatu
produk. Oleh itu,ianya mestilah mempunyai ciri iaitu boleh dibuka dengan mudah, boleh ditutup
kembali dengan kemas, memudahkan penyimpannya, material yang digunakan selamat dari segi
kesihatan dan sebagainya. Setiap rekaan pembungkusan mestilah sesuai untuk produk dan pelanggan.
Terdapat banyak jenis pembungkusan dan fungsinya sebagai penjamin keselamatan sesuatu pruduk.
Pengguna dan masyarakat umum akan menerima produk yang bermutu tinggi sahaja dan produk tidak
rosak bila sampai ketangan pembelinya. Selalunya pembungkusan adalah sebahagian daripada identity
korporat sesebuah syarikat dan ianya sangat berkaitan dengan penjenaman dan strategi pemasaran.

Beg Membeli Belah


Kebanyakan orang menggunakan beg membelibelah lebih daripada sekali terutamanya orang yang sedar
tengtang persekitaran. Ciri-ciri paper beg yang baik ialah, ia mestilah unik,kuat,tegap,dan cantik, mudah
dibawa dan disimpan. Tiaada saiz yang standard yang ditetapkan untuk mereka bentuknya, hanya
kretiviti yang tinggi akan membantu pereka grafik untuk merekabentuknya manakala bahan yang
digunakan adalah lazimnya seperti kertas , plastic namun ada juga menggunakan bahan lain seperti kain
kapas, benang , pakaian dan sebagainya. Beg untuk beli belah penting kerana ia berfungsi sebagai alat
untuk membawa barangan yang dibeli. Beg biasanya direka dalam pelbagai saiz dan kadar. Oleh itu
ianya menyumbang dalam hubungan fungsi dan nilai estetika.beg beli belah adalah sebahagian besar
daripda strategi pemasaran dan ianya adalah menghubungkan kepada bahan-bahan rekaan grafik yang
lain seperti kotak, pembungkusan ,buting,banner dan reka bentuk ruang pameran. Pereka grafik
mkestilah bijak menyelaras segala benda dalam batas-batas konsep rekaan, stil, warna ,visual jenis
bahan yang hendak diungkapkan. Pentingnya pembungkusa adalah untuk membekalkan pengguna
dengan informasi syarikat dan sebagai alat untuk memudahkan orang ramai untuk membawa sesuatu
barang dari satu tempat ke tempat yang dengan mudah dan selamat.
PENJENAMAAN
Jenama ialah produk atau identiti perkhidmatan dipasaran. Ia adalah campuran identiti visual,iklan,
pemasaran dengan penekanan kepada pengguna imej logo yang tepat dengan konsep syarikat atau
sesebuah organisasi. Banyak perniaga menggunakan jenama sebagai identiti melalaui ketegori
produknya. Untuk membuat penjenaman baru, pereka dan pemilik syarikat perlu mencipta nama
produk yang mudah diingati dan senang disebut. Apabila nama sudah dicipta, mereka akan membuat
logo dan reka bentuk identiti korporat yang menjurus kepada aspek pengenalan syarikat atau organisasi
tertentu.

PENGIKLANAN
Antara objektif pengiklana yang perlu difahami olehpereka grafik ialah;
Memahami tujuan pengiklanan, mempelajari mencipta konsep pengiklanan, merekabentuk dan menulis
cetakan, mempelajari kempen pengiklanan, mempelajari bagaimana menghasilkan cerita, memahami
peranan kumpulan kreatif, kebolehan membezakan pelbagai jenis iklan, mempelajari elemen dan
komponen sebuah iklan, memahami pernyataan kreatif, menjelajahi pendekatan kreatif.
ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGIKLANAN
Kebanyakan iklan terdiri daripada elemen-elemen berikut: visual, head line, copy dan slogan. Pelbagai
elemen yang diguna oleh pereka grafik, visual merupakan imej yang wujud melalui gambar foto,
ilustrasi, tipografi atau sebarang kombinasi yang lain. Ramai orang merujuk head line sebagai tajuk
utama yang merupakan mesej utama lisan. Ia boleh diletakkan dimana-mana dalam satu muka surat dan
bukan hanya diatas meja sahaja. Copy keseluruhan merupakan cerita yang menerangkan konsep
pengiklanan dan menyediakan lebih maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Slogan
adalah mesej lisan yang mengaitkan dengan produk atau perkhidmatan yang diiklankan.
KONSEP PENGIKLANAN APAKAH BIG IDEA?
Setiap orang bercakap tentang big idea yang sering diungkap dalam bidang perniagaan dan
pengiklanan.big idea itu akan menyakinkan setiap pengguna supaya membeli produk atau perkhidmatan
yang hendak dijual. Ia merupakan mesej iklan yang amat berkuasa dan kuat, yang mempunyai kesan
yang sukar dilupai juga unik. Idea adalah konsep pengiklanan yang yang merupakan caray nag terbaik
memberitahu pengguna mengenai keunikan atau kehebatan produk perkhidmatan mereka. idea dan
konsep merupakan perkara yang berkesan atau cara yang sesuai untuk menjual dan meghasilkan
kejayaan jualan bagi produk anda. Idea atau konsep menghubungkan antara strategi dengan produk
atau perkhidmatan. Idea tersebut menjadikan pengguna mengatahui, mengingati dan membeli produk
anda. Pengiklanan berada di sekeliling kita, biasanya kita dikelilingi oleh papan-papn tanda, poster di
perhentian bas, keretapi, lapangan terbang, begitu juga di laman-laman web di internet dipenuhi
dengan iklan, dibanjiri dengan mel secara langsung dan cetakan iklan. Oleh itu, pengiklanan merupakan
sebahagian daripadakehidupan kita. Ia juga sebagai alat yang penting untuk memperdagangkan sesuatu
produk atau perkhidmatan dan boleh dikaitkan daripada kebudayaanmasyarakat secara amnya.
Pengiklanan membawa keuntungan, sebaran am dan reka bentuk kesenian popularunik dan disukai
ramai atas faktorkeberkesanannya.
Kita selalu melihat iklan televisyen dan cetakan iklan di dalam majalah dan surat khabar dan pengguna
merasakan ada kesan yang kuat dari iklan. Pengiklanan direka untuk membantu, memujuk,
menimbulkan dan merangsang pengguna untuk membeli sesuatu produk yang diiklankan. Pengiklanan
menggerakakan kita untuk membeli barang memanggil kita kepada tindakan dan memberitahu
mengenai keluaran terbaru, perkhidmatan, acara atau majlis keramaian dan sebagainya. Bagaimanakah

pakar pengiklanan menghasilkan iklan yang berkesan? Bagaimanakah mereka mencipta idea dan konsep
iklan yang baru yang akan diterima dan menarik pengguna.
Kumpulan tenaga kreatif
Terdiri daripada pengarah seni dan copy writing, pengarah seni yang bertanggungjawab kepada aspek
seni, estetik dan keputusan reka bentuk. Seorang copy writing atau penyalin tulisan adalah untuk
mereka ciptra idea teks penulisan sesebuah iklan. Matlamat untuk menghasilkan iklan yang memuaskan
dari segi nilai estetika yang menarik, konsep terkini dan berinovatif. Karya yang dihasilkan adalah yang
dapat memberi perhatian pengguna kepada sesuatu produk atau perkhidmatan.
Jenis-jenis pengiklanan
Terdapat tiga kategori major: pengguna(masyarakat atau orang awam), perdagangan(kepada pakar
khusus/pakar perniagaan), perkhidmatan awam( kepada barangan awam juga iklan untuk kebajikan
atau yang tidak mengaut keuntungan.
Terdapat format visual komunikasi seperti poster yang turut dijadikan iklan, ianya juaga dihasikan dalam
bentuk cetakan seperti surat kahbar, majalah dan sebagainya.
Empat komponen dalam pengiklanan
Strategi iaitu point permulaan yang menetapkan potensi pelanggan dan penentuan kepada produk
pasaran. Konsep iaitu jawapan kreatif kepada permasalahan pengiklanan, mutu konsep dapat
membenarkan ianya berhubung dengan mesej, faedah, mewujudkan tahap jualan yang unik dan
sebagainya. Reka bentuk dan visual iaitu gambarkan konsep dalam visual/perhubungan lisan. Ianya
terdiri daripadavisual utama, bentuk muka surat, toipografi, gaya dan persembahan. Copy writing iaitu
bahagian lisan dalam mesejpengiklanan. Aspek utama penulisan jelas mudah difahami dangunakan
bahasa seharian.
Penghasilan cetakan iklan

Kajian- cari produk tentang produk/perkhidmatan pelanggan, mengetahui maklumat dan


kehendak masyarakat.
Mengembangkann strategi- menentukan kaedah produkdan perkhidmatan juga kedudukan
produk dalam saingan pasaran
Mengembangkan konsep- hubungsn faedah dan pemujukan membeli barangan atau untuk
menggunakan suatu perkhidmatan.
Memikirkan garis panduan dan visual yang akan menggambarkan konsep anda
Menulis teks utama (copy writing) iaitu penerangan keseluruhan konsep. Maklumat dan faedah.
Meerekabentuk muka surat- dilaksanakan sebaik-baiknya mengikut srategi dan konsep produk
dan sentiasa berfikiran professional.

Pengiklanan terbahagi kepada 3 iaitu: konsep pembangunan, copy writing, reka bentuk, mewujudkan
faedah kepada pengguna, menghindarkan idea lapuk,mempunyai suara hati sosial atau peka kepada

kehendak sosial, jadikan ia asli, baru dan inovatif. Memberitahu pengguna tentang sesuatu yang mereka
tidak ketahui sebelumnya. Visual dan head line tidak dilakukan berulang-ulang. Mudah difahami, dapat
dipercayai, mesej yang tepat, padat dan ringkas.
Copy writing
Ditulis dengan jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami, jangan menggunakan teks yang
sama makna. Tidak menggunakan logo atau produk sebagai tajuk utama. Elakkan kenyataan berkenaan
falsafah yang sukar difahami kecualai produk-produk atau perkhidmatan tertentu. Tidak menghina atau
merendahkan pengguna. Periksa ejaan dan tatabahasa yang terkini. Tidak gunakan copy writing iklan
yang sedia ada.
Reka bentuk
Menentuksn hirerki visual, memilih imej atau visual yang digunakan atau untuk mengimbas visual.
Membuat kajian rekaan bentuk.
Idea
Focus point untuk mengembangkan konsep pengiklanan.

Analogi visual: iaitu perbandingan pada persamaan atau perbezaan imej.


Metafora visual: gunakan visual yang kebiasaannya mengenal pasti suatu benda yang
lain
Penggunaan konsep lucu: suatu perkataan yang ada dua maksud yang berlainan ayau
sama bunyi.
Mengeluarkan daripada pengalaman: idea iklan yang bersifat jenaka dalam kehidupan
seharian.
Membuat perasaan untuk menyukai sesebuah syarikat oleh pelanggan.
Membuat penambahan idea bagi memberi kesan yang menyeronokkan.
Menjadikansuatu produk yang memiliki imej gaya hidup yang tinggi dan kelihatan
menarik apabial digunakan
Menjadikan produk barangan tersebut asli dan unik.

Emosi pengiklanan
Jenis-jenis:
Lawak jenaka-buat mereka ketawa
Suka dan duka- ia melahirkan dan menghasilkan camouran perasaan keseddihan dan kegembiraan
dalam masa yang sama.
Menyayat hati- memberi kesan emosi dan menghasilkan tindak balas yang memberi kesan perasaan
dalaman seseorang.

Ketenangan-membuat pengguna merasa tenang atau bersantai.


Kenangan silam/nostalgia-berjaya membangkit kenangan silam masyarakat.
Persoalan dan panduan merekabentuk iklan
Konsep kemajuan- adakah anda mengembangkan konsep, memastikan faedah, mengambil kira
kedudukan penonton, menghubungkan mesej yang jelas, visual dan copy writing dapat menjelaskan
konsep.
Reka Bentuk- adakah anda menentukan hierarki visual, reka bentuk grafik menggunakan unsur
dan prinsip rekaan yang tepat, membuat kajian dengan mencari sumber-sumber dari tempat yang betul,
memasukkan tarikh akhir untuk menyiapkan projek, mempersembahkan hasil kerja dengan professional,
idea reka bentuk anda baru dan terkini, ia inovatif
Copy writing- tulisan anda jelas dengan konsep dan strategi produk, menggunakan bahasa
harian yang mudah difahami oleh masyarakat umum, salinan teks, head line, body copy dan dakwaan
disatukan oleh konsep yang sesuai dengan kehendak syarikat atau organisasi yang bertanggungjawab.
Tipu daya pengiklanan.
Sekiranya produk pelaggan anda mempunyai tahap jualan yang unik, anda boleh menggunakannya
sebagai satu strategi memujuk dengan pujian dalam idea iklan anda. Tetapkan minda bahawa selagi
prodik anda kelihatan unik dan Berjaya, pesaing atau penciplak akan tertinggal di belakang.

LAPORAN TAHUNAN(ANNUAL REPORT)


Pengenalan
Laporan tahunan merupakan sebuah dokumen yang dibuat ubtuk dibentangkan kepada
sjareolders syarikat yang berkaitan dengan kemajuan syarikat atau sebaliknya. Sesebuah syarikat
mempunyai pereka-pereka untuk menghasilkan sebuah laporan yang menarik, kreatif dan berkesan
serta Berjaya melambangkan status sesebuah syarikat yang berjaya. Namun ada juga yang mengupah
pereka grafik dari firma rekaan untuk menghasilkan rekaan untuk buku laporan tahunan mereka.
menurut Denise M. Anderson, Pengarah Pereka DMN, menyatakan bahawa pada pandangan seseorang
pelanggan, mereka amat mementingkan bagaimana sesuatu penyampaian laporan tahunan itu
dilakukan. Mereka mahu melihat sejauhmanakah pengalaman seseorang dalam menghasilakn laporan
tersebut sebelum meletakkan kepercayaan kepada pereka tersebut. Antara ciri-ciri rekaan projek yang
menunjukkan kemahiran kompisisi yang baik ialah graf, carta, paparan teks, gambar, maklumat produk
dan lian-lain elemen visual.
Tema

Secara tersiratnya, tema adalah suatu idea ataupun motif. Sesuatu tema yang dipilih adalah berkaitan
kepada perkembangan perniagaannya. Gambar dan ilustrasi memainkan peranan yang besar dalam
menyampaikan maklumat.

Prinsip Rekaan
Prinsip-prinsip rekaan seperti keseimbangan, penegasan, irama dan yang palin utama ialah kesatuan.
Melakukan kesatuan untuk pelbagai helaian dokumen adalah sesuatu yang agak sukar. Dengan
menggunakan grid yang sesuai, pemilihan sistem nombor yang menarik dan jelas, warna yang sesuai dan
menarik dapat membantu mengukuhkan kesatuan, memilih atau merekabentuk elemen-elemen grafik.
Semuanya menyumbang kea rah yang berkaitan.
Reka Bentuk Laman(web Design)
Teknologi yang berkembang setiap hari telah menarik kita untuk menikmati pembangunan yang pesat.
Sehubungan itu, teknik reka laman web juga telah banyak berubah dan berlakunya perkembangan yang
hebat dan penggunaan teknologi yang canggih. Reka bentuk laman web boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu promosi periklanan dan reka bentuk maklumat dalam grafik. Reka bentuk laman wab
mempunyai beberapa tujuan utama, antaranya ialah laman web yang dapat memudahkan syarikat
untuk berurusniaga dengan pelanggan dan juga untuk memperomosi produk serta perkhidmatannya.
Selain itu, laman web juga membolehkan sesebuah syarikat untuk mengubahsuai asas produk dan
jenamanya. Di samping itu, laman web juga saling berkaitan dengan agensi-agensi kerajaan, agensi
kesihatan dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi yang terdapat dalam web di internet untuk
berinteraksi dengan masyarakat dan menyampaikan maklumat yang terkini kepada masyarakat.
Home page
Home page ialah halaman yang terpapar pada permulaan untuk melayari internet. Halaman ini
mempunyai pelbagai topik dan tajuk seperti menyedikan maklumat untuk memperkenalkan ilmu
teknologi maklumat, maklumat-maklumat tentang pendidikan bidan pekerjaan, hiburan, imej grafik dan
medium pengiklanan sesebuah syarikat . penggunaan elemen dan prinsip rekaan seperti warna, rupa,
jalinan dan ilusi ruang yang terdapat pada home page memberikan kesan ekspresi emosi kepada audien.
Pergerakan grafik animasi seperti imej yang bergerak, memusing, melompat, akan menyebabkan audien
lebih tertarik dengan reka bentuk laman web itu.
Sistem pelayaran(navigation system)
Laman web yang telah direkabentuk dengan baik akan menjadi satu panduan untuk audien melayari
web page yang lain dengan panduan maklumat dan visual yang telah diaturkan. Icon yang menjadi
pilihan pereka laman web mestilah menarik, mudah dibaca dan difahami. Selain itu, jika memasukkan
imej-imej grafik, pastikan pergerakan gambar itu tidak melambatkan proses yang lain. Sebelum
merekabentuk laman web, kajian perlu dibuat untuk mamastikan laman web yang direka adalah betul
dan menarik. Design considerations (pertimbangan reka bentuk) pereka haruslah bijak mempertimbang

kaedah dan konsep yang sesuai dengan menggunakan unsur dan prinsip rekaan seperti garisan, bentuk,
warna dan sebagainya dalam proses merekabentuk. Audien akan melayari dan bergerak dari satu laman
web ke laman web yang lain dengan cara yang berbeza. Cabaran untuk merekabentuk laman web
adalah bersifat interkasi. Pereka bentuk haruslah meneroka secara lebih mendalam untuk mendapatkan
pengalaman dan meningkatkan kemahiran dalam merekabentuk laman web yang baik.
Hierarki visual(visual hierarcy)
Penting dalam web semasa dilayari, perhatian audien hendaklah secara langsung. Selain itu, pereka
haruslah menggunakan faktor yang sama saiz, warna, berat visual dan susunan maklumat.
Pengurusan data(layout)
Setiap orang menggunakan komputer yang berbeza sistem dan operasinya. Pereka bentuk yang
mencipta laman web perlu mengambil berat tentang audien ayang menggunakan laman web dari segi
rekabentuk antaramuka dan spesifikasi komputer yang digunakan. Jka laman web tidak kesesuaian
dengan komputer yang ada, maka semua pergerakan untuk melayari isi kandungan internet, audien
akan mengalami gangguan jika pergerakan itu lambat berfungsi di dalam mencari sesuatu maklumat.
Tujuan perngurusan layout:

Memuatkan elemen-elemen dalam ruang yang terhad.


Menyusun eleman supaya berfungsi dengan baik dan mudah difahami.
Menyusun elemen untuk menjadikan lebih menarik
Jumlah maklumat yang sedikit akan mempunyai ruang yang luas yang membolehkan kita bebas
menggunakan gambar atau imej grafik
Maklumat disampaikan jelas dan tepat
Konsep dan maklumat dapat membantu kita untuk membuat keputusan bagi memilih layout
yang hendak digunakan.
Laman web harus dikemaskini dengan kerap. Oleh itu, kita harus menggunakan layout yang
mudah ditukar dan dikemaskini

Warna(colour)
Pereka membuat pertimbangan penggunaan jenis dan warna pada laman web. Apabila kita reka sesuatu
untuk dicetak, kita harus melihat reka bentuk melalui proses mencetak. Inni penting kerana pereka
laman web dapat mengawal penggunaan warna yang sesuai dengan konsep laman web sebelum sampai
ke mata audien
Gaya
Laman web menggunakan imej fotografiatau ilustrasi ataupun gabungan kedua-duanya. Laman web
juga boleh mempunyai gubahan klasik atau pembaharuan pada laman web itu. Bunyi juga mungkin
bersifat tidak menghormati, jenaka formal dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai