Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK TUGASAN : PENCEMARAN AIR, BUNYI DAN UDARA

DISEDIAKAN OLEH :
SITI MUSLIHA BINTI MUHAMMAD

820226-07-5384

JEMILAH BINTI AWANG KECHIK

660909-02-5634

DI SEDIAKAN UNTUK :
EN. HJ. ANWAR BIN HJ SULAIMAN
EN. ABD. RAHMAN BIN SULAIMAN

ISI KANDUNGAN
Bil.
1.

2.

3.

4.

Perkara

Muka Surat

Pencemaran Air, Udara dan Bunyi


1.0 Pengenalan

1.1 Definisi

Pencemaran Air
2.0 Pengenalan

2.1 Definisi

2.2 Punca

2.3 Kesan

Pencemaran Bunyi
3.0 Pengenalan

3.1 Definisi

3.2 Punca

3.3 Kesan

10

3.4 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi

12

Pencemaran Udara
4.0 Pengenalan

13

4.1 Definisi

13

4.2 Jenis Pencemaran Udara

15

4.3 Punca

15

4.4 Kesan

16

5.

Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

17

6.

Rumusan

19

7.

Bibliografi

20

PENCEMARAN AIR, UDARA DAN BUNYI


1.0

Pengenalan

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah
mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian
serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada
rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik
keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang
boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.
Sebagai

sebuah

Negara

membangun,

Malaysia

sedang

mengalami

proses

pembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan
menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar.
Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa lagi
di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap
seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah
suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan
pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia
dan alam sekitar.
Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat
dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat
yang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan
kebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk di
terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpa
melakukan pengawalan dan penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar ia boleh
mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan menjejaskan kualiti kehidupan kita.
Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam sekitar yang berlaku di Negara
kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara.

1.1

Definisi

Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal
yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi
unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi
keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada
kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor.
Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran
apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsurunsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap
manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya
perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al
Quran yang mulia:
"Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan
di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,
kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari
balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)"
(Surah Al-Rum : 41)
Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut
amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah
memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak
akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat
Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

(AI A'raaf: 56)


PENCEMARAN AIR
2.0

Pengenalan

Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumber
semulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah
planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada
berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000
liter air setahun sebagai minuman. Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan
manusia dan mahluk hidup lainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung.
Demikian juga dalam kehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagai
kegiatan di dalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi.
Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah, pendingin dan
janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selalu dicemar dengan
kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta mengandungi
mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupun mikroorganisme yang
terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan, maka kualiti air akan
terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untuk kegunaan pelbagai keperluan
samada untuk air minum, mandi, mencuci atau keperluan lainya. Air yang terganggu
kualiti ini dikatakan sebagai air yang tercemar.
Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedang berlaku
terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkan terdapatnya tumbuhan
kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya. Manakala air berlumpur
menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkan
ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisan berkilau pula memberi gambaran
bahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapat
melihat kadangkala air itu berbuih dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumah
atau kilang yang mengalir ke dalamnya. Kita juga sering kali melihat air yang mengalir
mempunyai lapisan kuning jingga atau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan
oleh pembuangan bahan pencemar oleh kilang ke dalam sungai.

2.1

Definisi Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran
berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaran
air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara
sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Menurut
Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahan
kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.
Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apaapa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau
radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan
atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan
suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan
pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik
serta tumbuh-tumbuhan air.
2.2 Punca Pencemaran Air
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah
membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor atau
punca

berlakunya

pencemaran

air. Pengusaha

kilang

umpamanya,

berusaha

menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam


sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan
pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba
mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan
keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius
kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan
industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang
hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini
berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa
toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam
pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuang
bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh
petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan
ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara
kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali
dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan
menjaga alam sekitar.

Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah
berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan
mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu
menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan
sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan
masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan
mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir.
Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktor
masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada
keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab
dan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu.
2.3

Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia
bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah
terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat
pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku
yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air
tersebut.
Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di
perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak
berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan
minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga
turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput,
udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa
toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air
akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan
petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang
menemui maut.

PENCEMARAN BUNYI
3.0

Pengenalan

Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran
alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam,
pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah
sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu
sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada
persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.
Misalnya ada orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising tetapi
ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Seperti juga
pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemaran
kerana ia menyebabkan gangguan. Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi ini
biasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara kerana
mungkin disebabkan sifat tidak boleh dilihat serta kehadiran yang biasanya akan lenyap
dalam suatu jangka masa yang singkat.
Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telah
menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagai
contoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk
yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising
serta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contoh
pertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz
(2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebih
lagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang
dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yang
bising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan.
Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding
pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan
suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan
sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui

udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesankesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising
dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.
3.1

Definisi Pencemaran Bunyi

Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi bunyi
bising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarang
bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau
kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan
sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yang
lain seperti kayu, besi dan sebagainya.
Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari
ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising
telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atau
sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati
pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau
diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadi
mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidak
meninggalkan sisa kepada alam sekitar.
3.2

Punca Bunyi Bising

Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu
kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia.
Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga
punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca
utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya
terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya
adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori,
kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.

Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan
lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin
dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi
lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya
terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada
roda dan landasan keretapi.
Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras
tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai
industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi
pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa
yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses
pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana
hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga
dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang
digunakan.
Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan
berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio,
televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan
ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi.

3.3 Kesan Pencemaran Bunyi


Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan
kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat.
Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan
kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta
kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti.
Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.

10

Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau
melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio,
televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang
melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang
nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam
Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan
kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang
dan kerosakan buah pinggang.
Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan
tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam
kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak
diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar
untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat
dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada
tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya
kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang
berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan
terjadinya banyak kesilapan.
Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda
yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta
benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini
hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas
penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri.
Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti
berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam
mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu
nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang
lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.

11

3.4

Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi

Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan
dengan

kehidupan.

Bunyi

yang

kerterlaluan

seperti

dari

kilang-kilang

pula

mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut
pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan
diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh
dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja
sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi
kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.
Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara
keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi
motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang
tiga mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan
mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan
tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga
sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan
saranan itu.
Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi
bising

berbanding

jentera

lama.

Penggunaan

jentera

canggih

juga

lebih

mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan


mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran
dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih
walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar.
Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi
bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran
berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu
diingatkan tentang nilai sepasang telinga.

12

PENCEMARAN UDARA
4.0 Pengenalan
Udara merupakan faKtor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnya
pembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah mengalami
perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini berlaku
adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam udara.

Pencemaran Udara
4.1

Definsi Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau
bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif
kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan
masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran
oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti
penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus,
wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
pelbagai bentuk pencemaran udara.

13

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas
atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang
terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan
pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen
penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di
kawasan bandar dan industri.
Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan
pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang
menghasilkan

habuk

ataupun

amalan

pertanian

seperti

pendebungaan

dan

penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi
penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap
air oleh ombak dan sebagainya.
Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahanbahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang boleh
diberikan tentang pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran
udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam
atmosfera

dalam

kuantiti

tertentu

pada

suatu

jangka

waktu

yang

boleh

berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau


haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.
Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan bahan
kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon
monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan
oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasal
dari sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ribut
debu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini
adalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar atau
digalakkan dari manusia sendiri.

14

4.2

Jenis Pencemaran Udara

Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan
pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur
monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak
lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan
memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara
primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur
arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida
memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas
yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan
menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas
terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).
4.3

Punca Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan


bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran
terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan
menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu
yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisasisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat
juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti
membakar

sampah,

ada

juga

segelintir

masyarakat

yang

masih

memasak

menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.

15

4.4

Kesan Pencemaran Udara

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara
kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat
berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanakkanak.

16

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah
wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut
merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani
isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.
Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar
adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin
untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa
pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca
dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan
yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan
bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas
kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya
teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan
cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga
merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.
Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu
usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya
teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang
mencemarkan alam sekitar.
Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab
untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi
patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab
kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk
kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab
pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri

17

terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan
sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana
mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan
yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan
Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi.
Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam Sekitar
dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang
penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi
kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.
Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa
memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.
Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,
masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat
ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran
ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh
TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.
Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu
kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat
digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen
cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempenkempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada
masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya
dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini
boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam
sekitar.

18

KESIMPULAN
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam
pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak
menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.
Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran
udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan
mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,
kegiatan perladangan dan sebagainya.
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan
berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan
bumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita
dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua
bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan
manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat
terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan
alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk
mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah
wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.
Pengguna

memainkan

peranan

yang

terpenting

dalam

menangani

masalah

pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran,
sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung
mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan
sains dan teknologi negara di masa akan datang.

19

BIBLIOGRAFI
Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press.
Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C.
(ed) Air Pollution, p.3-22.
Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung.
Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta.
Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill.
Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan
Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex
Sdn.bhd, Kuala Lumpur.
Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas.
Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti
Teknologi Malaysia, Johor.
Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press.
OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On
Noise Abatement Policies. Paris.
Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New
York : John Wiley and Sons.

20

Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.

_________.2009. Sources Of Water Pollution http://www.doe.gov.my/ms/content/puncapencemaran-air-sungai. (dilayari 14 Januari 2009).

_________. 2008. Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran.


(dilayari 7 Januari 2009).

21

Anda mungkin juga menyukai