Anda di halaman 1dari 34

Pelayaran yang Penuh

Peristiwa

Sinopsis
Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja
telah menyamar sebagai budak hitam yang comot
sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda
Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi
geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan.
Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang
Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk
mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang
Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan.
Geliung- sejenis kapal layar yang besar.

Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah


tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu
mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam .
jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah
kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan
bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu.
Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar
daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi
itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di
tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada
orang yang menyelamatkan geliung itu.

Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta


mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain
telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan
kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah
telah berkayuh ke tengah laut untuk
mengambil air laut dan membawa balik
batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum
air laut itu dan mendapati bahawa air yang
masin itu telah bertukar menjadi air yang
manis.

Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua


anak kapal lalu mengumumkan bahawa
sesiapa yang berjaya menyelamatkan baginda,
puteri baginda dan geliung itu daripada bajak
(lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona
Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda.
bajak- perompak penyamun
meredah- mengharung

Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan


lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal
telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri
sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk
meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang
Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si
Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun
kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang
Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika
lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka
mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu.
Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas
kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan
hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun
undur dari situ.
merajuk- menunjukkan rasa tak suka.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan


menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah
yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan
geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira
lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri
Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi
ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang
sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda
Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran
dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
dengan Awang Sulung Merah.

Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun


belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang
Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya
tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung
Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan
anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak
Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh
dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah
berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya
menewaskan ayam Bujang Selamat.
berseru-seru- memangil

Watak dan Perwatakan


Awang Sulung Merah Muda
Anakanda kepada Tuanku Si Helang Laut
menyamar
merendah diri
tampan
memiliki keris dan pedang sakti
memiliki pelbagai kesakitan
berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
pandai berpantun
suka bersabung ayam

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa


anak kepada Tuanku Nakhoda Tua
jatuh hati kepada Awang Sulung
terlalu mengikut perasaan
tegas dalam menegakkan

Si Kembang Cina
orang suruhan
taat
pandai memujuk

Tuanku Nakhoda Tua


ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa
mudah percaya akan percakapan orang
kesal akan kesilapannya
menepati janji

Jurumudi
pandai menipu
bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa
pengecut

Tema
Cerita ini mengemukakan tema kelebihan dan
kesakitan yang ada pada Awang Sulung Merah
Muda dan kemampuannya menghadapi
pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke
Tanah Jawa.

Persoalan
1. Keistimewaan dan kelebihan seseorang tidak dapat
dinilai daripada penampilan luaran semata-mata.
2. Dugaan semasa pelayaran.
3. Sesuatu tempat pasti mempunyai adat resam
tersendiri.
4. Pembohongan yang bertujuan mendapatkan ganjaran
dan pujian.
5. Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan
tanpa menyelidik sesuatu yang didengarnya.
Semata-mata: Mata.
adat resam: lembaga.

Nilai
Nilai berani. Setiap orang mesti berani
menentang kejahatan. Contohnya, Awang Sulung
berani menentang lanun semasa dalam
pelayarannya.
Nilai merendah diri. Sikap merendah diri tidak
akan merendahkan darjat atau kelebihan
seseorang. Contohnya, Awang Sulung yang
berketurunan baik-baik sanggup menyamar
sebagai budak hitam yang layak menjadi
penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
Lanunperompak laut.
Darjat: tingkatan berkenaan dengan pangkat.
Menyamarmengubah rupa.

Nilai bijaksana. Setiap pemimpin mestilah


bijaksana menyelesaikan masalah. Contohnya,
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.
Nilai kasih sayang. Setiap orang mesti hidup
dalam suasana kasih sayang. Contohnya,
Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa saling menyayangi antara satu dengan
yang lain.

Nilai baik hati. Setiap orang seharusnya


bersikap baik hati, terutamanya kepada pihak
yang ada membantu kita. Contohnya, Awang
Sulung sudi membantu menjadi jurumudi
apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
kepenatan.
Nilai rasional. Setiap orang mestilah berfikir
dan bertindak secara rasional. Contohnya,
Nakhoda Tua sanggup menerima sanggup
menerima pandangan anakandanya agar tidak
terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi.
jurumudiorang yang mengawal kapal.

Nilai semangat bermasyarakat. Kita mesti


hidup bermasyarakat. Contohnya, Awang
Sulung berminat untuk mengetahui adat
resam masyarakat luar dengan bertanya
kepada penghulu gelanggang tentang adat
bergelanggang.
gelanggang: tempat perlainan perlawanan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai
rintangan.
2. Kita janganlah suka meninggi diri dan
berbangga akan darjat keturunan.
3. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah
yang timbul.
4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan
dan tidak berdendam.

5. Kita hendaklah bersedia memberikan


bantuan terhadap orang yang memerlukan
pertolongan.
6. Kita hendaklah sanggup menerima
kebenaran dan tidak mudah diperdayakan.
7. Kita hendaklah mengutamakan kehidupan
masyarakat.

Gaya bahasa
Bahasa klasik- contohnya : geliung
Bahasa istana- contohnya : santap,
bonda,beta
Simile- contohnya: bagai pucuk dilancarkan,
bagai air di kuali .
Peribahasa- Contohnya: bagai kumbang putus
tali, berkecil hati

Puisi
pantun
Anak udang kepit kepayang,
Berderai-derai pucuknya jati;
Anak orang tengahlah saying,
Pada bercerai maulah mati.(hal.44)

seloka
Nobat merpati di gunung,
Memberi ssalam murai di pintu,
Berbega burung di bumbungan,
Berkokok si tambang denak,
Membalas kinantan suci,
Bertutu ketitir jantan,
Berkokok ketitir jantan,
Berkokok balam tembaga tiga gaya,
Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.(hal.47)

PRAKTIS SPM
i. Terangkan maksud tua cendawan makin tua
makin busuk yang digunakan dalam petikan
di atas.
Maksud tua cendawan makin tua makin
busuk ialah Tuanku Nakhoda Tua yang sudah
tua itu tidak dapat memberikan pendapat
atau membuat tindakan yang betul.

ii. Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa


mengibaratkan ayahandanya seperti tua
cendawan makin tua makin busuk?
Nyatakan dua sebab.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan
ayahandanya seperti tua cendawan makin
tua makin busuk adalah kerana mata
ayahandanya sudah kabur, yakni
ayahandanya tidak menyiasat lebih dahulu
kedudukan yang sebenar. Selain itu, telinga
ayahandanya sudah pekak, yakni mudah
diperdaya oleh jurumudi.

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda


Tua mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa dengan jurumudi?
Nyatakan empat alasan anda.
wajar:
1. Pada pandangan Tuanku Nakhoda Tua, jurumudi
banyak jasanya.
2. Tuanku Nakhoda Tuan yakin bahawa jurumudi
yang telah menghapuskan lanun.
3. Tuanku Nakhoda perlu mengotakan janjinya.
4. Anak seharusnya mengikut perintah ayahnya.

1.
2.

3.
4.

tidak wajar:
Tuanku Nakhoda Tua sepatutnya menyelidik
kebenaran kata-kata jurumudi lebih dahulu.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai
jurumudi.
Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan
mengatakan bahawa dia yang menyelamatkan
geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Jurumudi seorang pengecut dan gemar
mengambil kesempatan atas susah payah orang
lain.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai