Anda di halaman 1dari 6

CAF SELALU DIKAITKAN DENGAN SUASANA YANG SELESA, MAKA DENGAN ITU ANDA HARUS

MENGAMBIL KIRA REKA CAF YANG MENARIK SERTA JENIS HIDANGAN DAN SUSUNATUR YANG
PROFESSIONAL. MINI CAFE INI ADALAH CAFE YANG BERKONSEPKAN MUZIK. KONSEP mini CAFE
INI lebih kepada cafe berkonsep santai dan SEAKAN-AKAN KONSEP HARD ROCK CAFE NAMUN IANYA
DIUBAH AGAR BERLAINAN DENGAN KONSEP HARD ROCK CAFE.

MINI CAFE INI DIHIASI DENGAN POSTER-POSTER YANG BERKAITAN DENGAN MUZIK DAN JUGA
ALAT-ALAT MUZIK.CAFE INI JUGA LEBIH KEPADA SANTAI COFFE IAITU MINUM SAMBIL BERSANTAI
DAN MENDENGAR MUZIK-MUZIK. DENGAN KESAN PENCAHAYAAN DAN WARNA DINDING CAFE
MEMBERIKAN KETENANGAN KEPADA PELANGGANG YANG DATANG SAMBIL DIALUNKAN DENGAN
MUZIK-MUZIK YANG MENARIK. SELAIN ITU, CAF INI JUGA MEMPUNYAI SUASANA SANTAI YANG
LEBIH SESUAI UNTUK DIJADIKAN TEMPAT PERBINCANGAN DAN BERBORAK-BORAK.

Warna yang digunakan pada dinding cafe ini adalah warna-warna yang dapat menimbulkan suasana yang
selesa dan tenang. Warna-warna juga tidak boleh berbeza dengan konsep cafe yang sebenar iaitu warnawarna yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Warna yang dipilih untuk mini cafe ini ialah warna
coklat dan kuning bata. Warna ini dipilih kerana ianya merupakan warna sejuk yang boleh menimbulkan
siasana tenang dan selesa mata memandang.

Lantai yang digunakan untuk mini cafe ini adalah lantai kayu. Lantai kayu adalah antara jenis-jenis lantai
yang paling sesuai digunakan untuk sesebuah cafe tidak mengira apa jenis konsep yang digunakan. Hal ini
kerana warna kayu adalah antara warna-warna yang dapat menimbulkan suasana tenang dan selesa. Saiz
setiap kepingan kayu lantai juga adalah bersesuaian dengan saiz kiosk yang dikehendaki.

Jenis-jenis hidangan yang disediakan minuman yang menekankan kopi dan minuman lain. Makanan
terbatas kepada makanan dingin seperti kueh dan sandwich. Makanan-makanan seperti nasi atau apa-apa
makanan berat tidak disediakan kerana pelanggang yang datang hanya untuk bersantai sambil minum kopi
dan berahat dan bukannya untuk makan semata-mata. Mini cafe ini juga tidak menekankan layanan meja
dan pelanggang boleh memesan minuman dan makanan di kaunter.

Tempat yang sesuai untuk membuka mini cafe ini adalah di kawasan pasar raya yang besar. Hal ini kerana
pelanggang yang terdiri daripada warga kota yang kepenatan di kota raya dan mencari suatu tempat yang
sesuai untuk menikmati ketenangan dan tempai yang sesuai untuk santai bersama rakan-rakan sambil
minum kopi. Hal ini sesuai dengan gaya hidup di kota di mana ramai yang suka menghabiskan masa
bersantai atau berkumpul bersama teman-teman di cafe.

Perabut yang dimasukkan dalam mini cafe ini adalah terhad kerana saiz kiosk yang sederhana. Perabutperabut yang dipilih adalah perabut yang berwarna sejuk seperti mana warna-warna yang melambangkan
cafe. Kiosk mini cafe ini tidak mempunyai banyk perabut untuk menjimatkan ruang. Kerusi pula ialah kurusi
kayu yang dicatkan dengan warna hitam.

Lampu yang digunakan adalah lampu gantung. Design lampu yang digunakan adalah lampu yang
bersesuaian dengan cafe iaitu warna yang tidak terlalu cerah dan lampu yang tidak mempunyai cahaya
yang terang. Lampu ini jenis lingkaran yang berkonsepkan kayu. Namun ianya bukan kayu yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai