Refleksi Minggu Pertama

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MINGGU PERTAMA

HARI :

RABU,

TOPIK :

SESI TAARUF DAN PENGENALAN SUBJEK

Sesi perjumpaan pertama bagi kelas Dinamika Kepimpinan dimulakan dengan


sesi berkenalan antara pensyarah, Dr. Yusoof Boon dan rakan-rakan sekelas.

Sesi ini diteruskan lagi dengan penerangan mengenai topik-topik yang akan
kami pelajari serta tugasan yang perlu dilengkapkan. Ternyata subjek Dinamika
Kepimpinan ini mengandungi panduan-panduan menjadi pemimpin bergantung
kepada

pelbagai

situasi.

Kepimpinan

sememangnya

sangat

penting

bagi

seseorang .

Pada pandangan saya, tujuan utama subjek ini didedahkan kepada kami
adalah untuk memudahkan tugasan kami dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran
di dalam bilik darjah. Kami akan didedahkan dengan teori dan model pengajaran
dan pembelajaran yang boleh dijadikan panduan untuk diaplikasikan dalam kelas.
Justeru itu, adalah penting bagi saya untuk betul-betul memahami teori-teori dan
model-model pengajaran dan pembelajaran supaya saya dapat memilih teori dan
model yang terbaik untuk digunapakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
tempat saya bertugas.

Profesor Ismail Kailani tidak jemu-jemu menggalakkan kami golongan


pendidik untuk

mengkaji model-model pengajaran dan pembelajaran sedia ada

supaya ianya dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Selain itu, kami juga digalakkan untuk memperbaiki model-model pengajaran
sedia ada dan mencabar diri untuk mencipta model pengajaran dan pembelajaran
yang baru supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
M.I.S.M| MPS 1803.UTM.2/2013

Kami

juga ditekankan mengenai nilai dan kepercayaan dalam pendidikan

Matematik. Nilai dan kepercayaan memberikan impak yang besar dalam pengajaran
matematik. Oleh sebab itu, adalah sangat penting bagi golongan pendidik
memahami apa itu Matematik.
Saya berharap akan mendapat lebih banyak pendedahan mengenai teoriteori dan model pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sesi kelas akan
datang

supaya dapat saya tingkatkan mutu dan kemahiran sesi pengajaran dan

pembelajaran saya di tempat saya bertugas.

M.I.S.M| MPS 1803.UTM.2/2013

Anda mungkin juga menyukai