Anda di halaman 1dari 14

Permainan Tenis

LATAR BELAKANG PEMAIN TENIS

1.1Latar belakang Pemainan Tenis

Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan permainan yang paling
diminati ramai. Menurut beberapa cacatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan
sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de
paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis.
Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat sambutan yang
menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan
mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.
Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi
berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk
tenis. Majalah inggeris Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of
Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis
panjang.
Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan
atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang
menjadikannya sebagai permainan luar.
Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J. B. Perera,
Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkinspada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali
sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika
Syarikat oleh Dr. James Dwight danF. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan
pada tahun 1868. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun
1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan
badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal.
Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah,
Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu
ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa.

Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang
pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini
kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.
Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan
Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama
telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula
perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala
Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut
menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.
Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang
termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang
terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats
Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi.
Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi
nilainya. Antara pertandingan tenis antarabangsa ialah wembledon, perancis terbuka, us
terbuka dan Australia terbuka.

1.2 Konsep Kecergasan dan Kecederaan sukan


1.2.1 Memanaskan badan dan menyejukan badan

Memanaskan badan
Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan
menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada
kecederaan.

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan
aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar
yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang
perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.
Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan.
Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia
juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan
oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak
(kalori).
Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

Bahagian Kepala

Pergerakan hyperextension
o Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan
jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible
o Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz
o Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
o Tulang yang terlibat ialah skull/cranium
Pergerakan flexsion
o Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas
o Pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz
o Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar)
o Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium
Pergerakan rotation
o Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla
o Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot sternocleidomastoid dan otot masseter
o Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
o Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible
Pergerakan circumduction
o Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi
o Melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid

Bahagian Tangan Dan Bahu


Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah

o Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion


o Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloid
o Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus
Pergerakan lengan ke arah dada
o Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada
o Sendi yang terlibat ialah sendi lesung
o Pergerakan ini melibatkan otot deltoid
Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium
o Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna
o Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur
o Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung
Dua tangan diregangkan ke atas
o Pergerakan ini dilakukan dengan meregangkan kedua-dua belah tangan ke atas dan kaki melakukan aktiviti seperti palantar fleksi
o Sendi yang terlibat adlah sendi di bahagian bahu dan ankle iaitu sendi synovial
Pergerakan flexion
o Membengkokkan pinggang ke hadapan ( pergerakan flexsion )
o Melibatkan otot rektus ebdominis
o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang vertebra
Pergerakan ke kiri dan ke kanan
o Melibatkan otot latisimus dorsi dan serratus enterior
o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang rib,scapula

Bahagian Kaki

Otot quadricep (bahagian depan paha)

- Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang dibengkokkan ke belakang sehingga
mencecah punggung. Tukar kaki dan ulang. Jika anda sukar mengseimbangkan badan, regangan ini boleh dilakukan sambil
berbaring pada bahagian sisi.
Otot hamstring (belakang paha/pelipat lutut)
Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V). Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki bersebelahan. Bengkokkan badan dan cuba
sentuh ibu jari kaki yang diluruskan. Tukar kaki dan ulang. Jangan bimbang jika tidak dapat menyentuh ibu jari kaki;
bengkokkan badan sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak berasa sakit ketika melakukannya.
Otot gastrocnemius
Berdiri kira-kira 0.75 meter (2 kaki) di hadapan dinding. Alihkan sebelah kaki ke belakang dan bawa badan rapat ke dinding
hingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang betis. Regangan ini perlu dilakukan dengan kaki yang di belakang
berada dalam keadaan lurus dan kemudiannya, dibengkokkan. Tukar kaki dan ulang.
Pergerakan plantar fleksi
o Pergerakan ini melibatkan tulang di bahagian kaki dan menggunakan sendi melunsur iaitu di bahagian tarsus
Pergerakan dorsi fleksi
o pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan plantar fleksi
o bahagian tulang dan sendi yang terlibat adalah sama dengan pergerakan plantar fleksi
Pergerakan Inversi
o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang pada bahagian kaki termasuk tarsus, metatarsus dan phalanges
o Pergerakan ini melibatkan sendi di bahagian ankle
Pergerakan eversi
o Pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan inverse
o Tulang dan sendi yang terlibat adalah sama denga pergerakan invrsi

Menyejukkan badan

Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah


dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga
dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan
pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit
sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari,
perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.
Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan
regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar
degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan
kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan
merehatkan otot.

1.2.2 Langkah Langkah mengelakkan kecederaan dalam sukan

1) Pakai pakaian sesuai


Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan
seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar
dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat
daripada kain kapas dapat membantu menyerap
peluh dengan cepat ketika bersukan. Pin pada
tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang
besar mungkin akan tersangkut pada dahan
ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh
melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.

2) Patuhi peraturan
Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk
melakukannya. Jika anda tidak pasti, jangan mengambil risiko untuk cuba
melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti anda sendiri. Adalah
sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau
pon bertanya kepada orang yang lebih mengetahui tentangnya terlebih
dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.
3) Panaskan badan sebelum bersukan
Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan
sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi
mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang
kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan. Lakukan pemanasan
badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di
bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang,
peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.

4) Tahu menggunakan peralatan sukan


Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika
anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara
menggunakannya. Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada
mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami
sebarang kemalangan yang tidak di ingini. Jika anda terasa terbeban
dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda
untuk terus melakukannya. Pastikan anda memakai alat pelindung yang
sesuai ketika bersukan sebagai contoh topi keledar
5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan
Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda
melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat
berfungsi dengan sebaiknya. Anda akan hilang fokus dan sekali gus
menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak
digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam pemyembuhan atau
kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah
parah.

Anda mungkin juga menyukai