Anda di halaman 1dari 15

Latar Belakang Lempar Cakera

Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara
sukan. Acara ini juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun
begitu, cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera
yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan
Olimpik pada tahun 1896.






Peralatan yang Digunakan
Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk
bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat
1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.





Teknik Lempar Cakera
Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang
disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara
membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya
adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan
kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan
tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan
seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak
yang lebih jauh.
Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun
1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan
lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala
lemparan pada kali kedua peserta akan menggunakan sebelah tangan yang belum
digunakan lagi.
Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara
lemparan ini tidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di
dalam acara lempar cakera. Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh
peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah
diperkenalkan.
Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa
ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang
dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju. Jaguh yang pernah
mengharumkan nama negara Malaysia dalam acara ini ialah Danapal Naidu.



Aspek Keselamatan dalam Lempar Cakera
Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan
untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik
dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di
bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan.
Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai
jarak paling jauh.














Fasa Melempar Cakera
1. Pegangan cakera dan lakuan sedia
(a) Pegangan cakera
Cakera diletak di atas tapak tangan dan rimnya dipaut oleh ruas pertama jari-jari
tangan. Ibu jari tangan diletak di atas muka cakera dan jari-jari lain
direnggangkan selesa. Pergelangan tangan tidak dibengkokkan dan tidak
menyentuh cakera.
(b) Lakuan Sedia
Pelempar cakera berdiri tegak atau dengan lutut dibengkokkan sedikit di
bahagian bulatan dan membelakangkan kawasan lemparan. Kaki dibuka sedikit
lebih luas dari luas bidang bahu. Kedudukan ini seharusnya seimbang dan dalam
keadaan relaks.
2. Hayunan awal
Badan direndahkan sedikit dengan membengkokkan lutut.
Cakera digerakkan mengilang badan ke hadapan bahu kiri dan disokong oleh
tangan kiri.
Selepas cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan meluruskan tangan
dan berikutnya dihayun ke hadapan semula menghampiri bahu kiri.
Berat badan berubah kepada berlainan kaki mengikut pergerakan cakera.
3. Pusingan
Pada akhir hayunan ke hadapan, pelempar mengilaskan badan ke kiri. Dengan
berpaksi atas bebola kaki kiri, badan dipusing dengan menggerakkan kaki kanan
mengikut arah jam.
Seterusnya kaki kiri melangkah ke belakang dan disusuli dengan pusingan
badan.
Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan
diikuti dengan pusingan badan.
4. Lemparan
Fasa ini bermula bila tapak kaki kanan menapak di tengah bulatan, diikuti
dengan penapakan tapak kaki kiri di hadapan bulatan. Ketika kaki kanan
menyentuh lantai, lutut kaki kanan dan pinggul bergerak cepat dan kuat ke
hadapan. Tangan yang memegang cakera masih mengekori di belakang.
Tangan kiri bengkok dan rapat ke dada.
Dengan menghadap ke hadapan, cakera digerak ke hadapan pada tahap
ketinggian bahu. Jari-jari memutar cakera mengikut arah jam. Kedua-dua kaki
menolak kuat ke atas lantai.
5. Pulihan
Selepas cakera dilepaskan, tangan melempar terus mengikuti arah lemparan
dan kemudian dibengkokkan serta menghilangkan badan dan dijatuhkan.
Kaki kanan bergerak ke hadapan bulatan dan kaki kiri diangkat ke belakang.
Mata pandang cakera.









Fasa Melempar Cakera



Analisis Mekanisme Pergerakan Melempar Cakera: Fasa Lemparan
Fungsi spesifik tulang, otot dan sendi
Fungsi spesifik tulang
Tulang pangkal lengan (Humerus)
Tulang panjang yang membentuk lengan atas. tulang pangkal lengan dengan
tulang pemulas dan hasta membentuk sendi siku.














Kemahiran yang telah dipilih untuk membuat analisis pergerakan
dari segi anatomi dan fisiologi ialah:
Kemahiran Melempar Cakera

Humerus
Tulang Hasta (Ulna)
Hujung atasnya besar dan kembang manakala hujung bawahnya Kecil. Aci
tulang hasta berakhir sebagai kepala tulang ini.






Tulang Belikat (Skapula)
Tulang leper yang berbentuk segitiga. Bahagian tulang ini ialah 3 pinggir, 3
sudut, 3 cuaran, 2 permukaan, 1 rabung, 1 lubang persendian.














Ulna
Skapula
Tulang pemulas (Radius)
Hujung atas tulang pemulas adalah keci sedikit daripda hujung bawahnya.
Permukaan di atas kepala berartikulasi dengan muka persendian kapitulum dari
tulang pangkal lengan.

Tulang Tapak Tangan (Metakarpus)
Lima tulang membentuk bahagian tapak tangan. Kesemua tulang ini ialah tulang
panjang, dan setiap satu mempunyai aci dan dua hujung.

Tulang Jari (Falang)
Bilangan tulang jari pada setiap tangan ialah 14. Dua di ibu jari dan tiga bagi
yang lain. Kesemuanya adalah tulang panjang.













Karpus
Metakarpus
Falang
Fungsi spesifik otot
Bisep
Di hadapan lengan atas, membengkok sendi siku.
Trisep
Di belakang lengan atas, menjalur sendi siku





Otot lengan bawah
Beberapa kumpulan otot terletak di bahagian hadapan dan belakang lengan
bawah dan di bahagian tapak tanagan dan jari. Semua otot ini menjalankan
gerak-geri di sendi siku, pergelangan tangan dan jari.








Otot yang terlibat dalam bahu
Penggerak primer & Agonis - otot subskapularis, pektoralis major, anterior deltoid
dan teres major
Antagonis - eres minor, otot infraspinatus, posterior deltoid dan latisimus dorsi





Otot yang terlibat dalam Siku
Penggerak primer & Agonis - trisep braki
Antagonis - bisep braki










Otot yang terlibat dalam pergelangan tangan
Penggerak primer & Agonis - fleksor karpi radialis dan ulnaris dan palmaris
longus
Penggerak sekunder - fleksor polisis longus
Antagonis - ekstensor karpi radialis longus, brevis dan ulnaris


















Fungsi spesifik sendi
Sendi lesung
Pada bola dan soketnya, satu kepala tulang bulat berartikulasi dengan satu
lesung, misalnya sendi bahu.




Sendi engsel
Jenis ini membenarkan gerakan mengikuti satu permukaan sahaja. Misalnya,
sendi siku, lutut, pergelangan kaki dan sendi antara tulang jari.




Sendi Kondil
Sendi di pergelangan tangan dan sendi antara metakarpal.





Sendi Gelungur
Sendi antara tulang karpal. Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan
atau ke belakang ke kiri atau ke kanan.




Sendi pelana
Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan.













Analisis Mekanisme Pergerakan
Jenis Satah
Satah Horizontal
Satah horizontal ialah satah yang merentas bahagian tengah badan. Satah ini
membahagikan badan kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah. Cakera
dilemparkan dari bahagian atas badan merentasi bahagian badan bawah.
















Satah Horizontal
Mekanisme otot dan tulang yang terlibat
Semasa membengkokkan tangan dengan memegang cakera, otot biseps
mengecut dan trisep mengendur.
Dalam proses melemparkan cakera, iaitu apabila tangan diluruskan, otot biseps
mengendur dan triseps mengecut.
Lekatan Otot







Otot
Lekatan
proksimal
Lekatan distal
Biseps Skapula Radius
Triseps
Skapula dan
humerus
Ulna

Anda mungkin juga menyukai