Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN

RINGKASAN CERITA

1.

ASAL USUL TIMOGUN

Suatu masa dahulu berlaku satu banjir besar di Borneo. Banjir itu sangat besar
sehingga semua tempat ditenggelami air kecuali sebatang pokok kelapa yang sangat
tinggi. Semua orang timun mati, kecuali seorang lelaki yang kebetulan berada
berdekatan dengan pokok kelapa itu. Semasa air semakin naik, dia telah memanjat
pokok kelapa tersebut. Dia berada di atas pokok kelapa selama 7 hari dengan hanya
memakan buah kelapa. Pada hari ke lapan, semasa dia bersarapan, dia sedar
apabila dia menjatuhkan buah kelapa tiada lagi kedengaran bunyi air. Dia tidak dapat
melihat daratan kerana tingginya pokok kelapa itu. Setelah pasti bunyi yang
kedengaran setiap kali dia menjatuhkan kelapa adalah bunyi permukaan yang pejal,
bermaksud banjir telah pun surut. Dia pun ambil keputusan untuk turun.
Selepas seminggu di atas pokok kelapa dan kesunyian, dia pun berjalan
mencari keluarga dan rakan-rakannya. Tapi tentulah tiada seorang pun yang
dijumpainya, kerana semua orang Timogun telah mati lemas kecuali dia. Semua
pari-pari yang baik di langit merasa sangat risau dengan kejadian banjir tersebut.
Mereka berterbangan meninjau air yang naik dan merasa sangat pasti bahawa tiada
seorang pun penduduk Borneo yang terselamat. Apabila banjir telah reda, seorang
pari-pari tua yang bujang (spinster) terbang turun ke bumi untuk melihat sendiri
dengan lebih dekat apa yang telah berlaku. Semasa berjalan melihat-lihat keadaan,
dia pun terjumpa dengan lelaki timogun muda yang kacak itu. Pari-pari terbayang
alangkah baiknya jika dia dapat berkahwin dengan timogun itu dan membawanya ke
rumah panjang kepunyaan ayahandanya di langit.
Dia pun berkata Hai Timogan, sekarang di Tenom sangat sunyi. Semua
orang telah mati lemas. Hanya tinggal kita berdua. Mari kita berkahwin dan hidup
bahagia selamanya
Timogan memandang pari-pari yang kelihatan sangat hodoh dan mempunyai
penyakit kulit. Dia merasa lebih sunyi papabila melihat Pari-pari berbanding semasa
dia berada atas pokok kelapa. Dia teringat , sebelum kejadian banjir besar, bapanya
pernah menceritakan tentang pari-pari bujang tua yang tinggal di rumah panjang di
atas langit. Timogan dengan tegas tapi sopan berkata Saya rasa sangat bangga
denga pelawaan inB, tapi saya tidak percaya semua gadis di borneo telah mati. Lagi

pun saya perlu menyelesaikan beberapa urusan terlebih dahulu sebelum bersetuju
untuk berkahwin
Pari-pari merasa sangat marah tapi tidak mampu untuk memaksa Timogan
berkahwin dengannya. Manakala Timogan telah mengembara ke seluruh Borneo.
Pari-pari terus menunggu di Tenom. Walau bagaimana pun, apabila telah lama
menunggu, Pari-pari menjadi semakin marah dan berang. Akhirnya dia merancang
untuk membalas dendam.

Pari-pari telah membuat patung daripada tanah liat

Tenom yang menyerupainya. Patung itu sangat menyerupainya, malahan turut


mempunyai penyakit kulit. Kemudian dia meludah pada patung itu, memberikan
nyawa dan warna daripada buah pinang yang dimakannya. Setelah puas hati
dengan hasil yang dibuatnya, Pari=pari pun mengembangkan sayap dan terbang
kembalike rumah panjang ayahnya di atas langit.
Beberapa minggu kemudian, Timogan yang semakin kurus dan kesedihan
pun kembali ke Tenom. Timogan merasa adalah lebih baik beristerikan pari-pari
hodoh berpenyakit kulit daripada tiada isteri langsung. Sampai di Tenom,
menganggap yang dijumpainya adalah si Pari-pari, mereka pun berkahwin dan
mendapat anak yang ramai. Itulah bermulanya keturunan Timogun.
Moralnya, disebabkan Pari-pari panas baran, Timogan tidak jadi ke
kayangan, yang tentunya Timogun tidak wujud pada hari ini. Manakala keturunan
Timogun kebanyakkannya mempunyai penyakit kulit sehingga ke hari ini.

CERITA RAKYAT TIMOGUN


1.

TAMPULAN

ANTANA-

PAHLAWAN

PANGAIT

YANG

GAGAH

PERKASA

Lebih 400 tahun dahulu, seorang pahlawan yang sangat gagah, namanya Tampulan.
Kekuatannya sangat luar biasa. Ini disebabkan ia telah dianugerahkan kuasa dan
kekuatan oleh orang halus.

Ceritanya bermula apabila semasa berumur 6 tahun, dia telah diambil oleh
orang halus. Dia tinggal bersama orang halus di dalam pokok Banyan. Dia telah
diajar dan dilatih segala ilmu magic dan seni mempertahankan diri. Selepas
beberapa bulan dia akhirnya kembali ke pangkuan ibubapanya yang sentiasa
mencari dan menunggu kepulangannya.

Tampulan kemudian membesar menjadi pemimpin yang bijaksana dan


perwira yang gagah berani. Dia sangat suka berlawan dengan musuh dan tidak
pernah kalah. Untuk melindungi orang kampungnya, dia telah membina rumah
panjang dipanggil Dapuran, bagi mengelakkan gangguan dan pencerobohan dari
luar.

Suatu hari, Tampulan menerima panggilan daripada penduduk Timogun


berdekatan Kasiai yang telah diserang oleh orang Peluan dari daerah Keningau.
Bersenjatakan parang, Tampulan dengan satu langkah yang besar dari kubunya ke
Kasiai. Di sana dia telah membunuh musuh-musuh tersebut dengan sekali tetak
dalam masa beberapa minit sahaja. Tampulan kemudian mengumpul kepala-kepala
musuhnya dan meraikan kemenangan mereka dengan sangat meriahnya.

Tampulan yang masih marah akan serangan Peluan berazam untuk


membalas dendam dan merancang ke kawasan Peluan di Bokan. Dia menyamar
sebagai penanam padi dan bergaul dengan musuh sebelum mendedahkan diri dan
membunuh kesemua musuhnya. Semakin banyak kepala dalam koleksinya. Dia
kembali ke Dapuran dalam masa yang singkat dengan hanya melompat dari atas
pokok.

Tampulan biasanya mempamerkan kepala-kepala itu atas batu yang rata


untuk dibahagi-bahagikan kepada perwira2 kecilnya. Mereka menggunakan alat
daripada batu untuk untuk menanggalkan kulit, rambut dan bahagian dalam.
Kemudian dikeringkan baharulah digantung di atap rumah panjang.

Tampulan hidup selama 250 tahun dengan bantuan orang halus. Apabila dia
mati, mayatnya disimpan dalam bekas istimewa lampunaun. Lampunaun setinggi 2
kaki, setebal 1 cm dan mempunyai lapan pemegang. Kawasan tempat tinggal
Tampulan di panggil Nalalap, kini dikenali sebagai Melalap (setelah jadi kawasan
penanaman getah). Mendapat nama kerana apabila orang luar atau pun bukan
orang Timogun, jika menceroboh masuk, akan lenyap tidak ditemui lagi.

Manakala batu Tampulan dan batu Belanoi, mempunyai bentuk dan saiz
seperti yang diceritakan dari satu generasi ke satu generasi, boleh ditemui di
kawasan yang dipercayai tempat kepala-kepala dibersihkan. Turut dijumpai alat-alat
yang digunakan.

Cerita Tampulan Antana ini telah diterbitkan dalam North Borneo Herald yang
diterbitkan pada tahun 1963.

LAMPIRAN 1.1

Keratan Akhbar Daily Express bertarikh 5 Mei 1996

LAMPIRAN 1.2

BIBLIOGRAFI

Daily Express, 12 Mei 1996.

North Borneo Herald ,1963.

Anda mungkin juga menyukai