Anda di halaman 1dari 6

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasalam dan ia menjadi

sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh
membawa seseorang itu cenderung ke arah soleh wa musleh.
.

1.

Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahuanhu menuturkan, yang artinya, Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih
banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam. (Riwayat At-Tirmidzi)
.

2.

Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam
segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi. (Hadis riwayat Muslim)
.

3.

Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu alaihi wasalam ialah pakaian
Qamis). (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

4.

Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam bersabda: Hendaklah kamu bercelak
dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan
bulu (mata). (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

5.

Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan
Baginda. (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban.)
.

6.

Makan

Kaab bin Malik r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda.
Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya. (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.

7.

Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: Ketika Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas
(menghela) dua kali. (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.

8.

Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun
keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat

kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah
balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan. (Riwayat Ibnu Majah).
.

9.

Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: Apabila Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti
sedang menuruni tanah yang landai. (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali
supaya lebih difahami (oleh pendengarnya). (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: Tawa
senyuman. (Riwayat Tarmizi )

Nabi

Muhammad

Shalallahu

alaihi

wasalam hanyalah
.

12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: Betapa baiknya Nabi Shalallahu alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata
kepada saudaraku yang masih kecil, Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair? (Riwayat
Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasai dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam selalu
menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup
kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari
kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali. (Riwayat Tarmizi, Abu
Daud, Ibnu Majah, Nasai dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Yala bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam membaca alQuran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas
kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasai)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki
Baginda bengkak. Beliau bertanya, Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah
SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang? Baginda Shalallahu alaihi
wasalam menjawab, Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?. (Riwayat Tarmizi dan Ibnu
Khuzaimah)
- See more at: http://thegreat-secret.blogspot.com/2013/05/amalan-sunnah-rasullullah-dalamsehari.html#sthash.QtYo7aNY.dpuf

41 Kelebihan Rasulullah SAW(Yang tiada pada Nabi2


lain)
pada 23hb Mac 2013 pukul 8.17 pagi

1.

1) Nabi s.a.w merupakan pemimpin bagi semua nabi.

2.

2) Ditangan Nabi s.a.w akan ada bendera kepujian di hari kiamat.

3.

3) Nabi Adam a.s akan berdiri dibawah bendera Nabi s.a.w.

4.
4) Allah s.w.t telah mengampunkan dosa Nabi s.a.w yang terdahulu atau yang terkemudian.
Disebabkan itu Nabi s.a.w adalah seorang yang maksum (bebas dari dosa). Hanya Nabi s.a.w
sahaja yang dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Allah s.w.t. Keistimewaan yang tidak diberikan
kepada para nabi lain.
5. 5) Nabi s.a.w adalah orang pertama yang mendapat keizinan syafaat dan orang pertama yang
akan memberi syafaat di hari kiamat.
6.

6) Nabi s.a.w sentiasa melebihi masalah umat melebihi diri baginda sendiri.

Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah s.w.t serta merta.
Doa ini hanya diberi sahaja sekali kepada setiap nabi. Sepertimana nabi Nuh a.s berdoa kepada
Allah s.w.t selepas berdakwah selama 950 tahun- agar kaumnya dibinasakan. Namun, Nabi s.a.w
telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat bagi menyelesaikan masalah umatnya.
7.

7) Hebatnya Rasulullah s.a.w sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan hayat Nabi s.a.w.

Maksudnya: (Allah berfirman): "Demi umurmu** (Muhammad), Sesungguhnya mereka terombangambing di dalam kemabukan (kesesatan)". (al-Hijr, ayat:72)
**Keterangan: Orang Arab biasa bersumpah dengan umur seseorang. disini Allah bersumpah
dengan umur atau kehidupan nabi Muhammad s.a.w. untuk memuliakan beliau.
8.
8) Allah s.w.t memuliakan Nabi s.a.w dalam panggilan-Nya. Jika kita perhatikan, Allah s.w.t
tidak memanggil gelaran Muhammad di dalam Quran, tetapi memanggilnya dengan panggilan
jawatan..ya ayyuha nabi/rasul..Tetapi para nabi lain dipanggil dengan nama mereka seperti Adam,
Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan sebagainya.
9.
9) Mukjizat nabi lain sudah tiada. Tetapi mukjizat Quran terus dapat dilihat dan akan kekal
sehingga hari kiamat.
*Perbandingan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mukjizat
para nabi yang lain. Bahkan mukjizat para nabi lain juga begitu hebat dan besar. Tetapi tujuannya
untuk kita sebagai umat Muhammad berbangga dengan nabi kita dan kelebihan ini juga sebenarnya
satu pengiktirafan dan penghormatan buat Nabi s.a.w.

10. 10) Nabi s.a.w menerima salam dari batu semasa baginda di Mekah. Begitu juga pelapah tamar
yang menangis ketika berpisah dengan Nabi s.a.w.
11. 11) Nabi s.a.w mengeluarkan air dengan hanya menerusi jarinya untuk kaum muslimin
berwuduk. Berbanding nabi Musa a.s yang mengeluarkan air dari celahan batu dengan
mengunakan tongkatnya.
12. 12) Nabi Isa a.s telah menyembuhkan mata orang buta. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w telah
memasukkan mata orang yang terkeluar dan menjadikannya celik kembali seperti asal. Peristiwa ini
berlaku kepada sahabat, Qatadah apabila matanya terkeluar ketika perang Uhud.
13. 13) Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati. Tetapi Nabi s.a.w telah menghidupkan jiwa
yang mati yakni dakwah Islam baginda menjadikan orang yang kufur berubah menjadi orang yang
beriman. Ianya kekal sehingga hari kiamat.
14. 14) Setengah penduduk syurga terdiri daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.
15. 15) Nabi dan rasul yang lain diutuskan kepada kaum yg khusus. Tetapi Nabi s.a.w diutuskan
kepada seluruh manusia dan jin. Rahmatan lil alamin.
16. 16) Nabi Musa a.s berkata-kata dengan Allah s.w.t di bumi (bukit thursina dan di lembah yg
suci), tetapi Nabi s.a.w berkata-kata dengan Allah s.w.t di sidratul muntaha (langit ketujuh).
17. 17) Umat Muhammad s.a.w merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang akan
di hisap di akhirat dan pertama masuk syurga.
18. 18) Nabi s.a.w merupakan orang pertama yang terbelah kuburnya di hari akhirat, orang pertama
pemberi syafaat kepada umatnya dan orang pertama yang menerima pertolongan dari Allah s.w.t.
19. 19) Nabi Muhammad s.a.w diberi kuasa syafaat, yakni satu kuasa yang diingini oleh para nabi
yang lain untuk memilikinya.
20. 20) Kuasa syafaat adalah satu kedudukan tinggi di syurga, hanya seorang hamba Allah sahaja
yang mampu memperolehnya. Dan Nabi s.a.w amat mengharapkannya agar baginda mampu
memberikan syafaat ini kepada umatnya nanti.
21. 21) 70,000 umat Muhammad s.a.w akan masuk syurga tanpa hisap dan azab. Keistimewaan
yang tidak diberikan kepada kaum nabi lain.
22. 22) Nabi s.a.w mempunyai kolam al-Kautsar di syurga dan kolam Haudh di luar syurga untuk kita
(umat Muhammad) minum daripadanya.

23. 23) Umat Muhammad merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang diselesaikan
masalahnya dan memperoleh ketinggian darjatnya di hari akhirat kelak.

24. 24) Halal bagi umat Muhammad s.a.w untuk mengambil harta ghanimah di dalam perang.
Tetapi umat terdahulu tidak diizin untuk mengambilnya.
5 perkara yang diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w, tetapi tidak diberikan kepada nabi
lain :
i)

Lurus saf solat umat Muhammad s.a.w seperti lurus saf mailakat.

ii) Allah s.w.t menjadikan bumi sebagai masjid. Boleh solat di mana sahaja melainkan ditempat
yang haram seperti tandas.
iii) Tanah bumi bersih untuk bertayammum.
iv) Nabi s.a.w diberi bantuan oleh Allah s.w.t dengan perasaan gerun di dalam hati musuhmusuhnya.
v) Nabi Muhammad s.a.w mampu memberikan syafaat buat umatnya.

25. 25) Allah s.w.t telah memuji peribadi dan akhlak Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Dan Sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung. (alQalam, ayat:4)
26. 26) Allah s.w.t telah berkata-kata dengan Nabi s.a.w melalui pelbagai cara menerusi wahyu.
Antaranya, ruyah (mimpi), secara langsung (ketika israk & miraj), menerusi malaikat Jibril (berupa
manusia dan suara loceng), Jibril meniup wahyu ke dalam hati Nabi s.a.w.
27. 27) Kandungan al-Quran terdiri daripada isi kandungan taurat, injil dan zabur. Tetapi
keistimewaan al-Quran melebihi kitab yang lain adalah mempunyai surah yang pendek.
28. 28) Amalan yang diberikan kepada umat Nabi s.a.w adalah sedikit berbanding umat yang
terdahulu, tetapi ganjarannya besar di sisi Allah s.w.t.
29. 29) Allah s.w.t memberi tawaran jawatan dan kekayaan kepada Nabi s.a.w, iaitu sebagai
seorang nabi yang berkuasa dan kaya. Namun Nabi s.a.w memilih untuk menjadi hamba yang
bersyukur.

30. 30) Allah s.w.t menjadikan Nabi s.a.w sebagai rahmat seluruh alam.
31. 31) Segala tingkah laku dan tindak tanduk Nabi s.a.w menunjukkan indahnya sifat Nabi s.a.w.
32. 32) Nabi s.a.w seorang yang berlemah lembut di dalam perkara yg halal, tetapi tegas dalam
perkara yang haram.
33. 33) Nabi s.a.w berlemah lembut dengan orang mukmin, tetapi bertegas dengan orang kafir.
34. 34) Nabi s.a.w sentiasa berkeinginan tinggi untuk melihat umatnya menerima dakwah Islam.
Oleh itu, Nabi s.a.w selalu mengutamakan umatnya di dalam semua hal.
35. 35) Nabi s.a.w telah berjaya menyampaikan semua amanah dan menyempurnakan Islam
kepada umatnya.
36. 36) Allah s.w.t menjadikan umat Islam sebagai saksi kepada nabi-nabi terdahulu bahawa
mereka telah menjalankan tugas dakwah mereka.
37. 37) Allah s.w.t memberi jaminan untuk memelihara umat Muhammad s.a.w dari kesemuanya
sesat. Pasti akan ada kumpulan yang bangun untuk membela Islam ketika wujudnya kumpulankumpulan yang menentang dan sesat.
38. 38) Allah s.w.t telah berjanji untuk memelihara al-Quran dari diselewengkan.
39. 39) Allah s.w.t tidak akan memberitahu sama ada amalan seseorang umat Muhammad s.a.w itu
diterima atau tidak. Hal ini lebih baik untuk menutup keaiban orang yang tidak diterima amalannya.
Kita hanya perlu berdoa agar amalan kita diterima Allah s.w.t. Berbanding umat terdahulu, Allah s.w.t
akan menjawab terus amalan mereka sekiranya diterima atau tidak.
40. 40) Allah s.w.t mengutuskan Nabi s.a.w dengan jawamiul kalim iaitu kata-kata yang sedikit,
tetapi maksud yang cukup banyak dan mendalam. Hal ini boleh dilihat di dalam kebanyakan doa-doa
Nabi s.a.w yang mana doanya ringkas, tetapi maksudnya besar.
41. 41) Kelebihan yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w melebihi kelebihan semua para nabi dan
malaikat.
Penulis
Penterjemah
: Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-Sulami
: Dr. Basit Bin Abdul Rahman

Anda mungkin juga menyukai