Anda di halaman 1dari 12

Adakah Roda Anda Seimbang?

Bukan. Saya bukan bercakap pasal tayar atau rim menarik untuk ubahsuai kereta anda. Kali ini
saya ingin menyentuh berkenaan dengan Roda Kehidupan
Pernahkah anda dengar istilah Roda Kehidupan? Mungkin ramai ingat Roda Kehidupan itu
bermaksud kadang-kala kita berada di atas (hidup senang) dan ada masa kita di bawah atau hidup
susah. Hidup ini tidak lebih dari sebuah roda yang berputar.
Di sini saya ingin memperkenalkan satu konsep Roda Kehidupan yang saya rasa tidak ramai
yang biasa dengannya. Tujuannya bukanlah sebagai kiasan yang hidup kita ini tidak selalu
senang atau tidak selalu susah, tetapi untuk mengillustrasikan kadar keseimbangan hidup.
Ya keseimbangan hidup. Bunyinya macam tidak begitu menarik tetapi hakikatnya ia penting
demi menjalani hidup yang sempurna.
Kita tidak mahu terlampau berjaya dalam sesuatu bidang sehinggakan bidang-bidang kehidupan
lain terabai. Oleh itu kita perlulah pastikan keseimbangan dalam semua bidang hidup.

Bagaimana hendak tahu hidup kita ini seimbang atau tidak?


Jawapannya ialah dengan menggunakan Roda Kehidupan. Hidup kita boleh diibaratkan sebagai
satu roda disokong oleh bidang-bidang dalam kehidupan. Bidang-bidang itu kita boleh kenalpasti
sebagai:
1. Kerjaya/ Perniagaan
2. Kewangan/Harta Benda
3. Kesihatan/ Kecergasan
4. Keluarga dan Hubungan
5. Kerohanian/ Keagamaan
6. Pembangunan Diri
7. Rekreasi
8. Hubungan Kemasyarakatan
Kita boleh anggap setiap satu bidang itu bertindak sebagai satu cabang yang menyokong roda itu
supaya ia kekal bulat. Kalau satu cabang pendek dari cabang yang lain, roda itu menjadi cacat
dan tidak dapat berputar dengan baik. Bayangkan rim basikal, motosikal atau kereta anda tidak
bulat sepenuhnya, macam mana hendak boleh pandu kenderaan?
Jadi dalam kehidupan kita juga perluka pastikan roda kita sentiasa bulat. Caranya ialah dengan
menetapkan matlamat anda pada setiap satu bidang kehidupan di atas. Pastikan anda berkembang
maju bukan hanya dalam satu atau dua tetapi dalam kelapan-lapan bidang tersebut.
Jika ada kepincangan dalam beberapa bidang, maka kita perlu menetapkan matlamat untuk
menjadikan ia seimbang kembali. Contohnya anda kerap sibuk dengan kerja dan tiada masa
untuk kesihatan. Lama kelamaan, walaupun gaji atau pangkat anda naik, kesihatan anda semakin
terjejas. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan meluangkan masa untuk menambahbaik
kesihatan anda melalui perubahan cara hidup.

Amalkan sikap menilai Roda Kehidupan anda dari masa ke semasa. Kalau boleh setiap bulan dan
nilai di masa anda keterbelakang. Jangan tunggu bila sudah terlambat baru hendak buat sesuatu.
Ambil masa untuk muhasabah diri, insyaAllah jika ini sentiasa dipraktikkan, roda anda akan
sentiasa bulat dan boleh berputar dengan lancar.
Semoga berjaya menuju kejayaan,

7 Langkah Asas Penetapan dan Pencapaian Matlamat

Proses penetapan matlamat yang teratur memastikan kita jelas akan apa yang hendak dicapai,
bila batas waktu atau deadline sasaran kita serta menyediakan rancangan tindakan (baca lebih
lanjut dalam ABC Dalam Penetapan Matlamat).
Secara asasnya terdapat 7 langkah yang boleh diikuti dalam penetapan dan pencapaian matlamat.
Langkah-langkah tersebut ialah:
1. Buat keputusan matlamat yang anda mahu pastikan adadeadline
Perkara pertama anda perlu lakukan ialah membuat keputusan. Tiada apa yang terjadi tanpa
keputusan. Setakat fikir sahaja tetapi tiada keputusan tidak menjadi juga. Membuat keputusan
bermakna anda akan melakukan apa sahaja yang perlu bagi mencapainya. Disamping itu

tetapkan batas waktu bila matlamat itu hendak dicapai. Selagi tiada deadline tiada matlamat,
semudah itu.
2. Tuliskannya di atas kertas
Sesuatu yang aneh akan berlaku bila matlamat anda dicatatkan. Teka apa dia? Jawapannya ialah
anda nampak matlamat anda bertulis. Sebelum ini ia hanyalah di awang-awangan dalam fikiran
anda tetapi setelah ianya ditulis ia menjadi satu ayat atau frasa azimat dan kontrak untuk anda
mencapainya.
3. Senaraikan apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya
Di dalam kertas yang sama, senaraikan tindakan atau tugasan yang spesifik untuk anda lakukan
supaya matlamat itu boleh direalisasi. Tidak perlu risau tentang turutan atau masa untuk
melakukannya.
4. Susun senarai itu menjadi satu rancangan (Pelan tindakan)
Setelah anda rasa semuanya telah tersenarai, susunkan semua tindakan itu menjadi satu
rancangan atau pelan tindakan. Rancangan anda mestilah mengikut turutan, apa yang perlu
didahulukan dan bila masa pelaksanaannya. Jika anda terfikirkan benda baru yang tidak muncul
dalam langkah ke-3 tadi, letakkan ia di dalam perancangan ini. Pelan tindakan ini adalah peta
jalan (roadmap) pencapaian matlamat anda.
5. Ambil tindakan yang pertama sekarang
Bina momentum dengan mengambil tindakan yang pertama. Pilih dalam pelan tindakan itu apa
tindakan yang anda boleh buat sekarang. Mungkin anda perlu menghubungi seseorang, mencari
maklumat atau mula menulis. Apa jua pun buat dahulu tanpa bertangguh, separuh jalan pun tidak
apa asalkan ia dimulakan.
6. Buat sesuatu secara konsisten sampai matlamat tercapai

Susulan tindakan perlu bagi memastikan anda bergerak ke arah matlamat itu sehingga berjaya.
Kata kunci di sini ialah konsisten. Anda tidak mahu kehilangan momentum yang telah anda
bina. Kalau perlu buat setiap hari buatlah setiap hari. Kalau perlu setiap minggu buat setiap
minggu pada hari yang sama. Letakkan fokus, usaha dan komitmen anda 100% pada matlamat
ini.
7. Doa
Tiada yang lebih maha berkuasa dari Allah SWT kerana Dialah yang pemberi segala rezeki dan
pengabul muktamad segala permintaan. Jadi gunakanlah kuasa Yang Maha Esa ini dengan
berdoa. Ia menunjukkan anda tawakkal kerana berserah pencapaian matlamat kepada-Nya
setelah anda berusaha. Ungkapan mengatakan Doa ialah senjata orang mukmin saya akui
kebenarannya. Tetapi kerana ingin menekankan kepentingan matlamat dan usaha, saya telah olah
ungkapan ini menjadi Doa ialah senjata orang mukmin yang bermatlamat dan berusaha.
Begitulah 7 langkah asas pencapaian matlamat yang saya harap anda boleh praktikkan.

Mengapa Orang Tidak Pasang Matlamat?

Ada pendapat mengatakan bahawa hanya 3% dari kita mempunyai matlamat yang
jelas. Jika ini benar, maka ini bermakna sebahagian besar dari kita tiada hala tujuan dan
tidak jelas apa yang hendak dicapai dalam hidup! Berikut adalah antara sebab-sebab
mengapa orang tidak mempunyai matlamat dan tanya diri anda sama ada anda
tergolong dalam mana-mana sebab ini:
1) Tidak tahu akan kepentingan matlamat.
Saya ada menerangkan dalam blog yang lepas akan kepentingan matlamat. Jika kita
lihat dalam masyarakat kita kesedaran betapa pentingnya matlamat amat kurang.
Akibatnya ramai antara kita membesar tanpa mempunyai matlamat. Ya benar kita
mungkin mempunyai matlamat untuk lulus periksa, mendapat tempat di universiti,
mendapat pekerjaan dan sebagainya. Tetapi matlamat sebegitu hanyalah satu bahagian
dalam kehidupan dan boleh dikatakan biasa kerana sebagai pelajar sudah tentu
matlamatnya untuk lulus peperiksaan dan sebagai graduan untuk mendapat pekerjaan.
Bagaimana

pula

dengan

aspek-aspek

lain

seperti

kesihatan,

perhubungan,

kekeluargaan dan kemasyarakatan? Pernahkan anda menetapkan matlamat dalam


perkara-perkara itu? Pernahkan anda menetapkan matlamat untuk lebih dari biasa? Jika

lulus peperiksaan matlamat anda, tetapkan matlamat untuk lulus dengan cemerlang.
Jika mendapat pekerjaan matlamat anda, dapatkan pekerjaan mengujakan dan
mencabar diri anda untuk lebih maju. Kesedaran yang rendah ini menyebabkan kita
tidak berupaya untuk menerokai pencapaian-pencapaian yang lebih hebat dan
bermakna dalam hidup.
2) Tidak tahu bagaimana menetapkan matlamat.
Mereka mempunyai keinginan dan tahu akan kelebihan menetapkan matlamat tetapi
mereka tidak tahu caranya. Mereka fikir dengan mempunyai keinginan sudah cukup
untuk menjadi satu matlamat. Sebenarnya keinginan sahaja belum cukup kerana jika
elemen-elemen seperti kesungguhan, perancangan dan tindakan yang berterusan tidak
disusuli, ia mudah bertukar menjadi angan-angan. Angan-angan amatlah berbeza
dengan matlamat. Jadi pengetahuan dalam menetapkan matlamat amat penting untuk
mengelakkan keinginan kita menjadi angan-angan.
3) Takut
Satu sebab yang sentiasa menjadi masalah ialah takut. Takut di sini selalunya merujuk
pada takut gagal tetapi perasaan takut yang lain juga boleh wujud seperti takut akan
kejayaan, takut dikritik dan takut disisihkan. Dengan perasaan ini amatlah mudah untuk
kita menerima apa sahaja yang kita terima sekarang ini walaupun ianya sukar kerana
sekurang-kurangnya kita tidak mengambil risiko menghadapi perasaan takut itu. Jadi
orang yang diselubungi perasaan takut ini tidak akan menetapkan matlamat kerana ia
memerlukan mereka keluar dari zon selesa mereka. Antara penyumbang kepada
perasaan takut ini adalah kurang keyakinan diri dan rasa ragu-ragu terhadap
kemampuan diri.
4) Terlampau sibuk dengan urusan seharian
Tuntutan kerja dan keluarga seharian sudah cukup untuk menjadikan kita sibuk tanpa
mempunyai masa untuk duduk dan rancang matlamat masa depan kita. Setiap waktu
dan ketika ada saja perkara yang perlu dilakukan dan ini termasuklah hari cuti. Bila ada
sedikit masa terluang kita kerap membuangnya dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
membantu untuk maju kehadapan seperti menonton TV, bersembang dan sebagainya.

Rahsia bagi mengatasi masalah inilah ialah dengan merancang masa untuk merancang.
Jika anda tidak meletakkan masa yang spesifik untuk melakukannya saya boleh jamin
anda tidak akan melakukanya. Jadi peruntukkan masa untuk merancang matlamat anda
kerana ia amatlah penting untuk melakar masa depan yang anda mahu.

Bahaya Membuat Andaian


Bahaya Membuat Andaian

Sudah menjadi sifat tabii untuk kita membuat andaian. Kita membuat andaian terhadap
orang lain, dan juga perkara dan peristiwa yang kita tahu akan puncanya.
Contoh andaian yang biasa dilakukan ialah Dia tidak balas senyuman saya mesti
sombong orangnya ataupun Orang itu bawa kereta dengan teragak-agak mesti lesen
beli.
Tidak kisahlah sama ada andaian kita betul atau salah, yang penting kita telah berpuas
hati dengan label yang diberikan dan menganggap ianya adalah benar.
Bahayanya
Di sinilah datangnya bahayanya lebih-lebih lagi jika andaian ditujukan kepada diri
sendiri, yang selalunya lebih cenderung kepada negatif daripada positif. Pernahkan

anda berkata Dia bolehlah buat, dia pandai/kaya/bergaya/peramah, saya tidak boleh
jadi macam dia.
Andaian sebegini sememangnya merosakkan dan menggagalkan. Jika anda
mengandaikan yang anda tidak boleh mencapai sesuatu sebelum benar-benar
mencubanya, maka anda pasti tidak boleh lakukannya kerana anda tidak akan
meneruskannya.
Selalunya, andaian kitalah yang menjadi batu penghalang kepada kejayaan. Itu tidak
boleh buat kerana tidak tahu. Yang itu pula tidak boleh kerana tidak kenal orang yang
sesuai. Yang satu lagi pula tidak boleh kerana tidak cukup wang. Andaian negatif
sebegini secara automatik akan melemahkan kita dalam membuat keputusan kerana ia
memjadi halangan yang mungkin tidak wujud pun.
Andaian sebegitu rupa akan menjadi suatu yang dalam istilah psikologinya dipanggil
self-fulfilling prophecy atau ramalan sempurna kendiri. Apa jua yang diandaikan boleh
menjadi realiti menerusi tingkah-laku kerana kita secara semulajadi akan bertindak
seiring dengan kepercayaan kita terhadap sesuatu.
Sebagai contoh, jika anda percaya yang anda tidak boleh bercakap di khalayak ramai,
apabila di suruh bercakap anda akan menggelabah. Bukannya anda sengaja untuk jadi
tidak tentu arah, tetapi minda anda membantu supaya kepercayaan anda itu menjadi
realiti. Dengan menjadikan anda panik, ucapan menjadi kalut dan ini mengesahkan
andaian anda yang anda tidak boleh bercakap di khalayak ramai.
Jika dibiarkan berlarutan, andaian sebegini akan terus dikuatkan sehingga ia menjadi
satu kepercayaan yang benar-benar menggagalkan usaha anda untuk maju.
Mangsa Andaian Diri Sendiri
Saya pernah menjadi mangsa kepada andaian negatif ini ketika di sekolah rendah.
Sejak kecil lagi saya kerap berkata kepada diri saya yang saya tidak memang tidak
pandai dalam matematik. Setiap kali mendapat keputusan peperiksaan saya akan gagal
atau markahnya teramat rendah. Sudah tentulah keputusan itu mengesahkan apa yang
saya andaikan selama ini. Ia mengukuhkan kebenaran yang saya sampai bila-bila pun
tidak bagus dalam matematik.
Ketika di sekolah menengah saya bersyukur kerana mendapat seorang guru yang bijak
menerangkan konsep matematik yang membuatkan saya minat terhadap subjek itu.
Pada waktu ini secara tiba-tiba andaian saya berubah dari saya tidak akan pandai
dalam matematik kepada matematik ini seronok juga di pelajari.

Andaian yang baru ini menyebabkan markah matapelajaran matematik saya naik
mendadak. Pemikiran saya selama ini menjadi salah dan andaian baru pula saya terima
iaitu saya boleh menguasai subjek matematik. Kemudian markah matematik saya
terus menerus naik dan akhirnya menjadi salah satu matapelajaran paling saya suka
kerana asyik mendapat markah tinggi. Kejayaan saya menguasai subjek itu telah
membawa saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan
Aeronautikal di peringkat sarjana muda dan sarjana, iatu bidang yang memerlukan
penguasaan matematik yang bagus.
Lihatlah bagaimana perubahan andaian dapat mengubah perjalanan hidup seseorang.
Jika tidak kerana andaian terhadap matapelajaran matematik yang berubah ketika di
sekolah menengah, mungkin hala tuju hidup saya berbeza.
Bagaimana Mengenalpasti Andaian Negatif?
Bagaimana hendak tahu sama ada setiap buah fikiran anda mempunyai andaian yang
negatif atau tidak? Rahsianya ialah dengan melihat perkataan di dalam ayat anda.
Setiap kali anda rasa anda telah mengeluarkan satu ayat berbentuk andaian seperti di
atas, cuba tulis setiap perkataan dan lihat jenis perkataan yang anda gunakan.
Berbalik pada contoh kebolehan bercakap di khalayak ramai tadi, jika ditulis setiap
perkataan dalam andaian itu ianya menjadi saya tidak boleh bercakap di depan orang
ramai. Cuba lihat andaian ini secara terperinci, perkataan tidak boleh itu
mencadangkan bahawa sampai bila-bila dan apa jua keadaan pun anda tidak boleh
berucap dengan baik.
Gantikan perkataan tidak boleh itu dengan perkataan yang lebih menjurus kepada
sesuatu yang positif. Ia tidak semestinya digantikan dengan perkataan boleh walaupun
ianya perkataan terbaik untuk dibuat andaian. Mungkin anda boleh ganti dengan
perkataan cuba, tengah belajar atau akan menguasai kebolehan seperti:
Saya cuba bercakap di depan orang ramai
Saya tengah belajar bercakap di depan orang ramai
Saya akan menguasai kebolehan bercakap di depan orang ramai
Secara ringkasnya, tidak salah membuat andaian, tetapi pastikan andaian yang dibuat
itu membantu anda untuk berjaya. Andaian yang positif anda membawa kepada hasil
yang positif, dan hasil yang positif akan menguatkan kepercayaan anda terhadap
andaian. InsyaAllah kejayaan akan menjadi lebih mudah.

Tajuk: Roda Keseimbangan Hidup


Objektif:
- Menilai semula secara objektif aspek2 kehidupan pelajar
- Muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan diri.
Persediaan:
- Handout (sila download bahagian Modul/Handout > Matlamat (lihat bahagian
bawahShoutbox, ada widget "click files to download")
- Pen
- Pembaris (digalakkan)
Perlaksanaan:
1. Faci meminta pelajar menyenaraikan (list) aspek kehidupan yg dirasakan penting
dalam hidupnya. Contoh ; kesihatan, rekreasi santai, ilmu, akhlak, social (keluarga,
rakan), spiritual (agama), kewangan.
2. Faci memberi handout kepada pelajar.
3. Faci meminta pelajar membuat garis merentasi bulatan di atas. Setiap garisan
menggambarkan aspek kehidupan yg pelajar sndiri pilih (sperti dinyatakan dalam
langkah 1)
4. Pelajar diminta memberi sndiri markah. 10 adalah markah terbanyak. 0 markah
paling sedikit. Tandakan X pada bulatan.
5. Sambungkan titik2 yg ditandakan.

6. Faci / pelajar boleh komen tentang bentuk roda masing2.


Kesimpulan
- Roda yg terbaik ialah roda yg berbentuk bulat sempurna. Roda yg bengkok
menyebabkan kenderaan menjadi senget (penumpang pun xselesa!)
- Pelajar hendaklah mengimbangi semua aspek dalam kehidupan untuk berjaya. Jika
terlebih Santai (e.g main game) dan kurang ilmu.. pelajar harus bijak
mengurangkan masa main dan lebih bnyak belajar.. supaya Roda Kehidupan pelajar
menjadi lebih bulat & symmetry.

Anda mungkin juga menyukai