Anda di halaman 1dari 40

BUK Y A

U RAMADHA N SA

NAMA:

2023 M / 1444 H
APA KATA.. BUK
U RA M ADHAN SAYA

Ustaz Hakim Mohd Nor


GM Serantau Muslim & Pengasas Akademi Jiwa Hamba

Alhamdulillah.
Sebaik sahaja saya meneliti naskah emas berkaitan
Ramadhan untuk kanak kanak karya Suri dari Home
Engineers, terus saya rasakan ebook ini wajib dimiliki oleh
setiap kanak kanak . Ya, wajib dimiliki.

Kenapa? Kerana ianya begitu padat dan menarik serta


sesuai untuk peringkat umur anak anak.

Antara cabaran terbesar anak anak zaman ini adalah untuk mengekalkan
fokus kerana 'distraction' berterusan dari gadjet dan juga animasi di internet.

Namun demikian, penampilan ebook ini yang penuh berwarna, dimasukkan


elemen kartun dan keceriaan, pastinya menjadikan ebook ini sungguh mudah
dihadam dan "lekat" di tangan anak anak.

Benarlah kata Saidina Umar, bercakaplah dengan manusia sesuai dengan


akal mereka. Ebook ini jelas bercakap sesuai dengan peringkat umur anak
anak dalam menjelaskan taqwa, puasa, amal soleh dan zikir.

Ebook ini juga dihadirkan dalam bentuk printable iaitu habit tracker untuk
membentuk tabiat baik dalam diri anak anak. Masya Allah, sungguh padu.

Bagi saya, masterpiece ini perlu disebar luaskan dan dimiliki oleh setiap ibu
bapa yang mahukan anak anaknya mendapat manfaat yang penuh semasa
Ramadhan ini.

Ambil masa untuk download dan seterusnya print ebook ini, agar Ramadhan
kali ini lebih bermakna dan sama sama perolehi ganjaran taqwa yang
dijanjikan Allah. Amin.

Ustaz Hakim Mohd Nor


21/03/2023
APA KATA.. BUK
U RA M ADHAN SAYA

Puan Cahaya Norhaini Sulaiman


Principal Trainer Akademi Cahaya

Bismilllahi MashaAllah,

Buku yang comel untuk si comel,

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung


atau tidak langsung dalam pembikinan e-book comel ini,

Didoakan e-book ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa


untuk memperkenalkan "Ramadhan" dalam bentuk yang "menyeronokkan"
kepada si comel.

Allah merahmati semua yang terlibat, yang menyediakan e-book ini, yang
menyebarkannya, yang menggunakannya dan semua yang mengambil
manfaat daripadanya.

Barakallahu fikum, Fatahallahu alaikum

Salam Sayang & Salam Ramadhan,

Puan Cahaya Norhaini Sulaiman


21/03/2023
BUK
U RA M ADHAN SAYA

KANDUNGAN
1. Taqwa
2. Puasa Rujukan:
Apps Al Quran (Tafsir & By Word)

3. Amal Soleh Laman Web www.celiktafsir.net


Laman Web www.muftiwp.com
Laman Web www.rumaysho.com

4. Zikir Buku Konsepsi Taqwa Perspektif Al


Quran oleh Prof Dr Nashrudddin
Baidan
5. Habit Tracker
Pihak kami, Home Engineers telah sedaya upaya
memastikan kandungan dalam E-Book ini tepat
dan berdasarkan Al Quran dan Hadis.
Namun sekiranya masih terdapat sebarang
ralat, mohon dimaklumkan kepada kami
menerusi :
journeytojannah.academy@gmail.com
BUK
U RA M ADHAN SAYA

TOPIK 1:
TAQWA
TAQWA
Ahmad, awak tahu tak

Apa Maksud TAQWA?

Mari sini saya jelaskan. Sahabat Nabi, Abdullah bin


Mas’ud R.A mengatakan:

“Taqwa adalah kamu


sentiasa mengingati Allah SWT
dan tidak melupakannya,
dipatuhi dan tidak diderhakai,
disyukuri dan tidak diingkari"
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1968-apakah-itu-takwa

Ingat Allah
Buat Semua
Yang Allah Suruh

TAQWA

Jauhi Apa Yang


Syukur & Allah Larang
Tak Ingkar

Buku Ramadhan Saya


Raudhah, saya nak tanya awak boleh?,

Kenapa Kita Mesti Jadi


Orang Bertaqwa?

Boleh... Mari saya terangkan pada awak. Yang


pertama sekali,

Allah Cinta Orang Bertaqwa


Orang bertaqwa ada kedudukan yang
sangat istimewa di sisi Allah, iaitu sebagai
Kekasih Allah.
MasyaAllah tak terbayang seronoknya jika
kita dicintai oleh Yang Maha Berkuasa!

"Maka sesungguhnya, Allah mencintai orang bertaqwa"

Surah Ali Imran (3) : 76

Taqwa Adalah Bekal Terbaik


Nak masuk syurga, mesti bawa bekal.
Tak boleh dengan 'tangan kosong'. Dan
bekalan terbaik yang Allah beritahu
adalah Taqwa"

"Berbekallah, Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.


Dari itu, bertaqwalah kepada Ku wahai orang yang berakal"
Surah Al Baqarah (2) : 197

Buku Ramadhan Saya


Bahagian 2

Kenapa Kita Mesti Jadi


Orang Bertaqwa?

Lagi pun, Amalan Kita Hanya Akan Diterima


Jika Kita Bertaqwa

Amal kita hanya akan diterima Allah


sekiranya dilakukan dengan :
Hati yang bersih & ikhlas kerana Allah
Cara yang betul (ikut Nabi)

Nak selalu sucikan hati itu tak mudah. Tapi


ia boleh dicapai dengan sifat taqwa.


yang bertaqwa"
" Allah hanya menerima (amal) dari orang
Surah Al Maidah (5) : 27

Taqwa Syarat Masuk Syurga


Semua orang nak masuk syurga kan, tapi...

Syurga yang penuh nikmat itu disiapkan untuk


orang yang bertaqwa dan beramal soleh.
Tanpa taqwa dan rahmat Nya, kita tak boleh
masuk syurga.

" Sungguh, orang bertaqwa itu berada di


taman syurga dan (dilengkapi) dengan mata air"


Surah Az Zariyat (51) : 15

Buku Ramadhan Saya


Bahagian 3

Kenapa Kita Mesti Jadi


Orang Bertaqwa?
Pernah tak kita fikir..kenapa Allah ciptakan kita
dan orang lain?

Tujuan Manusia Dicipta di bumi ni adalah


untuk Menjadi Hamba Allah
Tuan berkuasa penuh terhadap hamba. Begitulah Allah
berkuasa terhadap kita. Jadi kita mesti buat semua yang
Allah suruh dan tinggal yang Allah larang

Sebagaimana manusia dicipta untuk jadi Hamba Allah,


atas sebab yang sama jugalah kita dilahirkan ke dunia oleh
ibu yang tersayang.

Tugas utama kita setiap hari adalah sebagai Hamba Allah


"Dan Aku tidak ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk
menghambakan diri kepada Ku"
Surah Az Zariyat (51) : 56

Tujuan PerHambaan Diri adalah


Untuk Capai Taqwa

Berdasarkan ayat Al Quran di bawah:


Tujuan kita dicipta Untuk jadi Hamba Allah
Tujuan jadi Hamba Allah Untuk capai Taqwa

Menjadi orang bertaqwa seharusnya jadi tujuan hidup kita (Purpose of Life)

"Wahai manusia, perhambakan dirimu kepada Tuhan yang telah


Menciptakan kamu dan orang sebelum kamu,
agar kamu bertaqwa"
Surah Al Baqarah (2) : 21

Buku Ramadhan Saya


Tentang Hidup Saya
Jawab soalan di bawah:

Apakah tugas utama saya setiap hari?

Tugas utama saya setiap hari adalah sebagai:


"Dan Aku tidak ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk


menghambakan diri kepada Ku"
Surah Az Zariyat (51) : 56

Salin semula dan cuba fahami ayat Al Quran di atas :


Apakah tujuan hidup saya? (Purpose of Life)

Tujuan hidup saya di bumi ini adalah untuk menjadi :


" Wahai manusia, perhambakan dirimu kepada Tuhan yang telah


Menciptakan kamu dan orang sebelum kamu,
agar kamu bertaqwa
Surah Al Baqarah (2) : 21

Jawapan 1 : Hamba Allah. Jawapan 2 : Orang Bertaqwa


Buku Ramadhan Saya
Macam Mana Nak
Jadi Orang Yang
Bertaqwa?

Beriman kepada
yang Ghaib

Mendirikan solat

Ciri orang Infaqkan sebahagian


bertaqwa rezeki

Beriman kepada
Al Quran & Kitab yang
diturunkan sebelumnya

Yakin dengan
Hari Akhirat

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ;


Yakin Dengan
ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan
Hari Akhirat
(mengerjakan) solat serta menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu
(Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin
akan hari akhirat (dengan sepenuhnya)."
Surah Al Baqarah (2) : 2-4

Buku Ramadhan Saya


Beriman Kepada
Yang Ghaib
Apa maksud Iman?
Sahabat Nabi, Ali bin Abi Talib mengatakan;
Iman itu ialah;
Ucapan dengan lidah
Kepercayaan yang benar dengan hati
Perbuatan dengan anggota.

Iman ialah ketiga-tiga kombinasi di atas. Tanpa salah satu, tak


lengkap iman kita.
Isikan tempat kosong di bawah dengan tiga elemen Iman.

Iman ialah...

Ghaib pula bermaksud;


Sesuatu yang tak dapat dilihat / rasa dengan deria kita .
Contohnya:
Allah
Malaikat
Hari Akhirat
Syurga & Neraka
Mahsyar

3.Perbuatan dengan anggota.


2.Kepercayaan yang benar dengan hati
1.Ucapan dengan lidah
Jawapan

Buku Ramadhan Saya


Bagaimana Cara Beriman


Dengan Yang Ghaib?
Saya berikan contoh ya..

Beriman kepada Allah

Bila kita mengaku beriman kepada Allah;


Selain sebut dengan ucapan di LIDAH,


HATI kita juga mesti merasa tunduk, ingat dan takut
kepada Allah.
ANGGOTA badan kita pula, akan laksanakan semua
perintah Allah, dan jauhi larangan Allah

Buku Ramadhan Saya


Apa Maksudnya
Mendirikan Solat?

Kalau awak nak tahu..dirikan solat ialah...


Solat Dengan Sempurna
Solat cukup 5 Waktu
Sempurna dari segi rukun dan syarat sah.
Khusyuk - Solat dengan sepenuh hati dan jiwa
menghadap Allah

Kita mesti cuba untuk fahami


maksud setiap kalimah yang dibaca
ketika solat supaya boleh khusyuk

Ingat ni tau..
Solat bukan hanya dengan gerakkan anggota
dan bacaan di bibir,
Tapi kita mesti cuba khusyuk
Hayati setiap bacaan solat,
seolah olah kita sedang menghadap dan
bercakap dengan Allah

Hadirkan hati
ketika solat

Buku Ramadhan Saya


Apa Maksudnya
Infaqkan Rezeki

Infaq bermaksud; Memberi sesuatu kerana Allah


Rezeki pula bermaksud; Segala pemberian Allah, yang
boleh dimanfaatkan

Bukan duit sahaja yang boleh kita infaq, tenaga,


masa dan kepakaran kita juga boleh di infaq.

Derma duit di
Beri makanan tabung masjid atau
atau barangan kebajikan
Contoh Infaq

Kongsikan ilmu Hulurkan bantuan /


yang kita tahu tenaga kepada
kepada yang lain yang memerlukan

Buku Ramadhan Saya


Apa Aktiviti Infaq
Yang Saya Boleh
Buat?

No Aktiviti Bila Nak Buat Status

Bantu ibu di dapur siapkan


1
makanan berbuka

Kongsi mana-mana ilmu


yang telah dipelajari
2
dalam buku ini kepada
kawan.

Simpan sebahagian duit


3 belanja sekolah dan
derma kepada masjid

Berikan kurma / makanan


4 kepada jiran atau kawan
untuk buka puasa

Bantu ibu ayah bersihkan


5
rumah

Jangan lupa, niatkan setiap


aktiviti kerana Allah

Buku Ramadhan Saya


Macam mana nak
beriman dengan
Al Quran?

Tadabbur
Hayati, renungi,
ambil iktibar dari
ayat Al Quran

Baca
Al-Quran

Amal
Buat suruhan Allah,
Tinggal larangan
Allah seperti yang
disebut dalam Al
Sampaikan Quran
Kongsikan pada
TUGASAN
yang lain, walau
Rujuk Surah Yunus
(Surah ke 10, Ayat 57) satu ayat dari Al
Quran
Bincangkan bersama
ibu ayah, apa mesej
yang Allah nak
sampaikan menerusi
ayat ini? Tujuan Allah datangkan kepada kita Al
Quran ;
1. Untuk diambil pengajaran
2. Sebagai penawar bagi penyakit
hati
3. Sebagai petunjuk
4. Sebagai rahmat

Buku Ramadhan Saya


Yakin dengan Hari
Akhirat tu Macam
Mana?

Yakin Dengan Hari Akhirat,


Kehidupan Selepas Dunia
Bila kita beriman kepada Hari Akhirat,
kita patutnya akan sentiasa ingat yang;

Setiap perbuatan kita sepanjang hidup ini akan dihisab,


dan balasan baik atau buruk untuk perbuatan akan kita
terima pada Hari Akhirat kelak.

Secara tak langsung, kita akan cuba untuk:


Elak perbuatan yang bawa dosa dan
Cuba tambahkan amal yang bawa pahala.

-Dosa - Pahala - Hisab - Kiamat - Mahsyar -

Ya Allah..
Takutnya nak buat
dosa...

Buku Ramadhan Saya


BUK
U RA M ADHAN SAYA

TOPIK 2:
PUASA
Apa Tujuan
Kita Puasa?

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa


sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu
agar kamu bertaqwa.”
Surah Al Baqarah (2) : 183

Kenapa agaknya Kita puasa untuk


kita disuruh puasa? capai Taqwa

Tahan lapar dan dahaga

Puasa yang paling Jaga mata, mulut, telinga,


ISTIMEWA tangan, hati daripada lakukan
dosa, lalai dan kemungkaran
di sisi Allah :

Isi masa dengan amalan soleh


seperti solat sunat, zikir, sedekah,
tadabbur Al Quran dan lain-lain.

Puasa bukan
sekadar tahan
lapar dan haus!

Buku Ramadhan Saya


Istimewanya
Puasa

“Allah SWT berfirman (hadith qudsi):


Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya
melainkan puasa.
Sesungguhnya puasa itu milik-Ku (Allah) dan
Akulah yang akan membalasnya.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

Puasa milik Allah & Allah akan membalasnya


kepada kita dengan ganjaran istimewa dari Nya

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan


dengan penuh keimanan
dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah)
akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

Hadis Riwayat al-Bukhari


Allah ampunkan dosa orang yang berpuasa

“Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan yang


dia akan bergembira dengan kedua duanya;
(pertama) apabila berbuka puasa, dia bergembira
dan (kedua) apabila berjumpa dengan Tuhannya,
dia bergembira disebabkan (ganjaran) ibadah puasanya itu.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

Gembira bila berbuka puasa,


Gembira bila jumpa Allah di Akhirat nanti

Buku Ramadhan Saya


Istimewanya
Puasa

“Tiga orang yang tidak akan ditolak doa-doa mereka.


Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka,


Seorang imam (pemerintah) yang adil, dan


Doa seorang yang dizalimi.

Allah SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan


dibukakan untuknya pintu pintu langit dan
Allah SWT akan berfirman:

“Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, pasti


Aku (Allah) akan menolong kamu walaupun
selepas beberapa ketika.”

Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Allah angkat doa ke langit , dan


Allah tolong orang berpuasa

Buku Ramadhan Saya


Hati - Hati

Jangan Sampai
Puasa Kita Sia-sia

"Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut di


hadapannya
dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku.

Celakalah seseorang, apabila bulan Ramadan menemuinya


kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan dan

Celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut


namun kedua orang tuanya tidak menjadi sebab yang
memasukkannya ke dalam Syurga
(kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya)."

Hadis Riwayat al-Tirmizi


Ruginya saya,
kalau saya tak berjaya
dapatkan keampunan Allah di
bulan Ramadhan ni.

Jadi saya mesti cuba sebaik mungkin,


Jaga anggota badan dari
lalai dan buat dosa
Banyakkan amal soleh,
ikhlaskan niat kerana Allah

Buku Ramadhan Saya


Puasa dan
Sains

Kajian saintis dari Jepun, Yoshinori


Ohsumi yang membangunkan
konsep 'autophagy' mendapati
berpuasa akan mengaktifkan
proses 'autophagy'

Autophagy penting untuk :


Cegah pembentukan sel kanser
Cegah penyakit berjangkit
Cegah penyakit imunologi
Cegah risiko penyakit
neurodegenerative seperti nyanyuk
dan parkinson
Penemuan kajian yang luar biasa Yoshinori ini
turut memenangi Anugerah Nobel Perubatan
pada 2016. Rujukan : Public Health Malaysia

Allah Al Alim (Allah Maha Tahu)

Hebatnya Allah syariatkan puasa


untuk kita!

Buku Ramadhan Saya


Tips Berbuka Puasa
Secara Sihat

Elakkan makan hingga terlalu kenyang.


Nanti susah nak beribadah

Berbuka dengan kurma. Banyakkan


makanan kaya vitamin, serat dan
protein

Body Text : Alata


Salam
Size 18 /20
Elakkan minuman dengan gula putih,
perasa dan pewarna tiruan.

Gantikan pemanis dengan dengan


gula merah, madu lebah atau jus buah
asli

Buku Ramadhan Saya


BUK
U RA M ADHAN SAYA

TOPIK 3:
BUAT AMAL SOLEH,
BERDASARKAN
QURAN & HADIS
Buat sesuatu amalan, mesti ada dalil dari
Al Quran atau Sunnah Nabi
Apa Dalilnya?

Solat Sunat

Selain solat fardhu, kita amat digalakkan untuk memperbanyak solat


sunat dalam bulan Ramadhan dan juga dalam bulan yang lain.

Antara solat sunat yang kita boleh kerjakan;


SOLAT SUNAT
SEBELUM SUBUH

“Dua rakaat fajar adalah


lebih baik daripada dunia
dan seisinya”.
Riwayat Muslim

TARAWIH & SOLAT DHUHA


QIYAMULLAIL Maksudnya: “Kekasihku

(Muhammad SAW) mengingatkan
Sesiapa yang melakukan qiyam akan daku supaya melakukan tiga
Ramadan dengan penuh perkara iaitu: berpuasa tiga hari
pada setiap bulan, melaksanakan
keimanan dan mengharapkan
solat Dhuha sebanyak dua rakaat
ganjaran serta keampunan,
dan melakukan solat Witir sebelum
akan diampunkan buatnya tidur.”
dosa-dosa yang terdahulu. Riwayat al-Bukhari
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

SOLAT SUNAT WITIR


Rasulullah saw, bersabda yang
bermaksud: "Sesungguhnya
Allah itu witir (ganjil), dan Dia
menyukai witir, maka
lazimkanlah solat witir, wahai
ahli Al-Quran."
Riwayat Abu Dawud & Tirmizi.

Buku Ramadhan Saya


Apa Dalilnya?

Selawat,
Zikir & Istigfar


SELAWAT
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan)
kepada Nabi (Muhammad SAW),
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Surah Al Ahzab (33) : 56

Hai orang-orang yang beriman,


berzikirlah (dengan menyebut nama)
ZIKIR Allah, dengan zikir yang sebanyak-
banyaknya."
Surah Al Ahzab (33): 41

" Dan hendaklah kamu meminta


ampun kepada Tuhanmu dan
bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu
mengerjakan yang demikian), niscaya ISTIGHFAR
Dia akan memberi kenikmatan yang
baik (terus menerus) kepadamu
sampai kepada waktu yang telah
ditentukan."
Surah Hud (11) :3

Buku Ramadhan Saya


Apa Dalilnya?

Infaq /
Sedekah

“Orang yang memberikan


hidangan berbuka puasa kepada
MEMBERI orang lain yang berpuasa, ia akan
mendapatkan pahala orang
MAKANAN KEPADA ORANG
tersebut tanpa sedikitpun
BERBUKA PUASA mengurangi pahalanya.”
Hadis Riwayat At Tirmidzi

“Dan mereka bertanyakan kepada mu


(wahai Muhammad) terhadap anak-
anak yatim. Katakanlah bahawa SEDEKAH KEPADA
berbuat islah (kebaikan) ANAK YATIM
kepada mereka itu adalah
merupakan suatu kebaikan.”
Surah Al-Baqarah (2) : 220
Body Text : Alata Size 18 /20

“Sesungguhnya sebaik-baik
sedekah ialah sedekah yang
SEDEKAH
masih meninggalkan kecukupan
KEPADA KAUM (bagi orang yang bersedekah)
KELUARGA SENDIRI atau yang disedekahkan dan
mulakanlah dengan orang yang
engkau tanggung.”
Hadis Riwayat Abu Daud

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan


Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu
sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat
baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang berbuat baik."
Surah Al Baqarah (2) : 195

Buku Ramadhan Saya


BUK
U RA M ADHAN SAYA

TOPIK 3:
HIDUPKAN
SUNNAH NABI
Ada Apa Dengan
Bersahur?

"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."


Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim

Dalam sahur ada keberkatan

“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli Kitab adalah dengan


kita makan ketika sahur"
Hadis Riwayat an-Nasaí

Sahur membezakan puasa Muslim dengan


puasa Yahudi dan Nasrani

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat Nya mendoakan buat


mereka yang bangun sahur”
Hadis Riwayat Ahmad

Sahur menjemput doa Allah dan


para Malaikat
Akhirkan Sahur,
Awalkan Berbuka

"Bersegeralah berbuka puasa dan lewatkanlah bersahur"


Hadis Riwayat at Thabrani

Lewatkan sahur, sebelum Azan Subuh


"Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan


selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa"
Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim

Awalkan berbuka sejurus Azan Maghrib


Allah akan bagi kita kebaikan.
Seronoknya!

Allah
Maha
Baik

Ada Apa Dengan


Kurma?

"Bahawa Rasulallah saw berbuka puasa sebelum bersolat dengan


beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji
tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka baginda minum
beberapa teguk air "
Hadis Riwayat Ahmad

Nabi mulakan berbuka dengan rutab / tamar


dan air, kemudian solat.

Rutab Tamar Air

RUTAB TAMAR
Buah kurma yang Buah kurma
masak sebelum yang telah
menjadi tamar kering

Jom Kenal
Kurma Ajwah

"Kurma Ajwah itu berasal daripada


syurga, dan ia merupakan penawar
daripada racun.”
Hadis Riwayat Ahmad, al-Tirmizi
dan Ibnu Majah

Ajwah adalah merupakan salah satu jenis daripada jenis-jenis


tamar

Imam al-Nawawi menyatakan Ajwah adalah daripada jenis


kurma yang baik.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Ajwah Madinah


adalah merupakan kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz
secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat,
termasuk antara kurma yang paling lazat (sedap), lembut dan
harum.
BUK
U RA M ADHAN SAYA

TOPIK 4:
ZIKIR
Zikir Pagi / Petang
Sebahagian bacaan zikir dari Sunnah Nabi
yang boleh diamalkan

‫ِبْس ِم ِهَّللا اَّلِذى َال َيُض ُّر َم َع‬ ‫َيا َحُّي َيا َق ُّيْو ُم ِبَرْحَم ِت َك َأْس َتِغ ْي ُث‬
‫اْس ِم ِه َش ْى ٌء ِفى اَألْر ِض‬ ‫ َو َأْص ِلْح ِلْي َش ْأِنْي ُكَّلُه‬،
‫َو َال ِفى الَّس َم اِء‬ ‫َفَة‬
‫َو َال َتِكْلِنْي ِإىَل َنْف ِس ْي َط ْر َع ْي ٍن‬
‫َو ُه َو الَّس ِم يُع اْلَع ِليُم‬

Wahai Rabb Yang Maha Hidup


Dengan nama Allah yang bila
wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri, dengan
disebut, segala sesuatu di bumi
rahmat-Mu aku minta pertolongan,
dan langit tidak akan berbahaya,
perbaikilah segala urusanku dan jangan
Dia-lah Yang Maha Mendengar
diserahkan kepadaku sekali pun sekelip
lagi Maha Mengetahui.
mata (tanpa mendapat pertolonganMu)

‫َرِض يُت باللِه َرَّبًا‬


،‫ َو ِباِإْلْس اَل ِم ِدينًا‬، ‫ُس ْب َحاَن ِهللا َو ِبَحْم ِدِه‬
‫َو ِبُم َحَّم ٍد َص ىَل ُهللا َع ِليِه َوَس َّلَم َنِبَّيًا‬
Baca 100x

Aku redha Allah sebagai Rabb,


Maha suci Allah,
Islam sebagai agama
segala puji bagi Nya
dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wa
sallam sebagai nabi

، ‫َال ِإَلـَه ِإَّال ُهللا َوْح َدُه َال َش ِرْيَك َلُه‬


‫َلُه اْلُم ْلُك َو َلُه اْلَحْم ُد‬
‫َأْس َت ْغ ِف ُر َهللا َو َأُتْو ُب ِإَلْي ِه‬
‫َو ُه َو َع ىَل ُكِّل َش ْي ٍء َق ِد ْيُر‬
Baca
100x
Baca 10x

Aku mohon ampun kepada Allah


Tidak ada ilah yang berhak disembah
dan bertaubat kepada Nya
selain Allah semata, tidak ada sekutu

bagiNya. Bagi-Nya kerajaan dan


segala pujian. Dia-lah yang berkuasa
atas segala sesuatu

Buku Ramadhan Saya


Sayyidul Istighfar

‫الَّلُه َّم َأْنَت َرِّبي‬


Ya Allah, Engkau adalah
Rabbku,

‫َال ِإَلَه ِإ
اَّل َأْنَت‬

tidak ada Ilah yang berhak disembah melainkan Engkau.

‫َخَلْق َت ِني َو َأَنا َع ْب ُد َك‬


Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu.


‫َو َأَنا َع ىَل َع ْه ِد َك َوَو ْع ِد َك َم ا اْس َت َط ْع ُت‬


Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku.

‫َأُعوُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َم ا َص َنْع ُت‬


Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku,


‫َأُبوُء َلَك ِبِنْع َم ِت َك َع َل‬


‫َّي‬

aku mengakui nikmat-Mu


kepadaku

‫َو َأُبوُء َلَك


ِبَذ ْنِبي‬

dan aku mengakui dosaku kepada-Mu,

‫َف اْغ ِف
ْر ِلي‬

maka ampunilah aku.


‫َف ِإَّنُه َال َيْغ ِف ُر ال


ُّذ ُنوَب ِإاَّل َأْنَت‬

Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau

“Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari


serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang,
maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang
mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal
sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni
syurga”
Hadis Riwayat al-Bukhari

Buku Ramadhan Saya


BUK
U RA M ADHAN SAYA

BONUS:
HABIT TRACKER
Cetak Habit Tracker ini dan tampal di ruangan mudah dilihat.
Tandakan pada amal yang berjaya dibuat berdasarkan hari.
Ibu Ayah boleh berikan reward kepada anak atas pencapaian mereka,
bersesuaian dengan umur dan tahap kefahaman untuk galakkan mereka
beramal soleh.
Jangan lupa untuk sentiasa ingatkan diri dan keluarga untuk ikhlaskan
setiap amal kerana Allah
AMAL SAYA KERANA ALLAH, UNTUK ALLAH

Ramadhan Hari ke: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Qiyamullail

Sahur

Solat Sunat Sebelum Subuh

Zikir Pagi

Baca Quran

Tadabbur Quran

Tolong Ibu /Ayah

Zikir Petang

Infaq

Sayyidul Istighfar

Puasa

Berdoa sebelum waktu


berbuka

Berbuka dengan kurma


dahulu

Solat Cukup 5 Waktu

Solat Tarawih

Solat Witir

NAMA :

Anda mungkin juga menyukai