Anda di halaman 1dari 25

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 1

CIPTAAN MELODI SESUARA

SINOPSIS
Ciptaan melodi sesuara adalah satu tajuk pembelajaran yang
menumpukan kepada teknik teknik ciptaan lagu yang mudah dan
berpandu dengan latihan. Ia bermula dengan mencipta melodi
sesuara dari lapan sehingga enam belas bar.ianya bermula dengan
motif dan seterusnya imitasi dan juga sekuen. Penciptaan dengan
menggunakan anacrusis dan juga berasakan kord.

HASIL PEMBELAJARAN (UNTUK TAJUK INI)


Dapat mencipta irama dan meldi mudah sesuara
Menghasilkan melodi sepanjang 4, 8, 12 dan 16 bar
Mencipta melodi secara mudah dengan anacrusis
Mencipta melodi berasaskan motif
Mencipta melodi berasaskan kord

KERANGKA TAJUK-TAJUK (dengan peta minda yang sesuai


seperti contoh di bawah)
Ciptaan
melodi
sesuara
motif

sekuen

imitasi

Ciptaan irama
Melengkapkan irama mudah
sepanjang 4 bar dan irama yang
mempunyai anakrusis

Ciptaan melodi sesuara


Prinsip asas melodi sesuara

Ciptaan irama sepanjang


8,12 dan 16 bar berasaskan
ciri-ciri ciptaan

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Apabila menghasilkan melodi anda boleh bermula dengan satu baris
melodi yang berirama mudah dengan beberapa garis panduan.
Pengetahuan yang menyeluruh tentang tatacara penulisan melodi
adalah asas utama dalam penciptaan.
1.1 Irama yang mudah, sebagai contoh satu not satu detik
1.2 Kontur- ini adalah satu baris melodi. Pada kebiasaanya terdapat
satu not paling tinggi dan satu not paling rendah yang di panggil
Peak. Sekiranya not Peak berturutan ia akan kehilangan
kesannya. Oleh yang demikian penting untuk mengekalkan hanya
satu peak dalam satu kontur. Terdapat berberapa kontur asas yang
biasa digunakan pada baris melodi.
a. Arch kontur yang paling popular. Bermula
dengan rendah, seterusnya menaik hingga ke
titik tinggi di sekitar pertengahan melodi
sebelum menurun semula ke not akhir yang
lebih rendah.
Berikut adalah contoh kontur arch:

Pembalikan kontur di atas pula menterbalikkan bentuk ini


ke bawah dengan peak terendah muncul hanya sekali.

b. Ramp Kontur ini terhasil bila peak rendah


atau peak tinggi muncul pada not terakhir.
Kontur ramp menaik bermula sekitar not
terendah dan secara gradual dan berterusan
menaik ke peak tertinggi.
Kontur ramp
menurun pula adalah keterbalikan dari proses
ini, yang bermula dengan titik yang tertinggi
dan berakhir dengan yang terendah.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Kontur Ramp Menaik

Kontur Ramp Menurun

Walaubagaimanapun, melodi di atas adalah contoh yang


dipermudahkan. Baris melodi yang sebenar boleh jadi
berlegar di antara kontur-kontur ini atau pun gabungan
kedua-duanya. Melodi yang popular di bawah ini
mengandungi kedua-dua kontur arch dan kontur ramp
menurun.

Baris melodi yang tidak mempunyai kontur akan berbunyi


hambar dan berlegar-legar pada beberapa not-not
tertentu sahaja. Cuba anda bandingkan melodi di atas
dengan baris melodi yang di bawah ini, yang manakah
lebih menarik?

1.3 Penulisan melodi asas


Ramai orang dapat menyanyi, hum dan siul dengan ciptaan sendiri
dengan mudah jika tiada orang mendengarnya. Hanya segelintir
sahaja dapat mengingati apa yang diciptakan oleh mereka secara
spontan dan juga terdapat dua jenis ciptaan yang dicipta iaitu
musical sense dan musical nonsense

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Disini ditunjukkan satu contoh lagu yang dibuat mengikut frasa
yang mempunyai elemen musical sense dalam figure 1 dan
musical nonsense dalam figure 2.

Bagi membantu untuk menulis musical sense bagi frasa melodi


pertama anda, frasa anda perlulah pendek dan mudah untuk anda
dengar dan ingat dan berikut adalah antara latihan.
2
a) Latihan yang di buat dalam tandamasa
dan 3 dalam
4
4
major sahaja
b) Setiap frasa mestilah panjangnya 2 bar sahaja
c) Not terakhir mesti berakhir dengan not tekanan yang kuat
d) Irama melodi mestilah di buat dalam dua frasa, frasa yang
pertama hanya boleh di habiskan dengan apa saja not kecuali
do (so, ti, re dan mi adalah pilihan terbaik) dan frasa terakhir
disudahi dengan do.
e) Cuba susunkan mengikut pergerakan berturutan bertangga
(stepwise) elakkan jeda ke 3 kecuali chord yang menggunakn
so dan do.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Penulisan melodi dengan limitasi ini akan di besarkan sedikit demi sedikit
berdasarkan kebolehan dan perolehan ilmu.
1.4 Frasa dua bar - Soal dan jawab
Frasa pendek yang mengandungi dua bar selalunya diimbangi oleh
frasa yang lain, dipanggil Soal dan Jawab. Di sini di beri satu motif
untuk di jawab contoh dalam Figure 3 (a) dan (b)

Latihan.
Jawab kepada Soalan Berikut yang di beri dibawah, dengan
menggunakan ritma dan juga motif yang diberi. Penghujung frasa
Jawab perlu di habiskan dengan Do. Pastikan anda dapat
menyanyikan Soalan (frasa lagu pertama) dengan baik sebelum anda
menjawab.

Latihan 1.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Latihan 2 dan 3 (menulis melodi mudah)
Menjawab soalan frasa dengan menggunakan aturan yang
diberikan sebelum ini .

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 2

CIPTAAN SENIKATA KEPADA MELODI SESUARA

SINOPSIS
Pelajaran di dalam tajuk ini akan membantu pelajar menulis
senikata lagu berpandukan melodi yang telah disediakan

HASIL PEMBELAJARAN
Mencipta senikata kepada melodi yang disediakan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Peraturan dalam penulisan


senikata mengikut bahasa

Perkataan satu sukukata

Perkataan melebihi satu


sukukata

Tekanan dalam pertuturan

Tekanan metrikal

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


1. Perkataan satu sukukata
Sebelum kita menulis stanza muzik yang lengkap, kita perlu juga
memikirkan tentang senikata yang bakal ditulis. Berbanding bahasa
Melayu, bahasa Inggeris mempunyai lebih banyak perkataan-perkataan
yang terdiri daripada satu sukukata sahaja.Terdapat beberapa peraturan
berkaitan penulisan muzik dan senikata yang perlu dipelajari.
1.1

setiap sukukata mesti ditulis dengan tepat dibawah not yang


berkaian dengannya.
Untuk tujuan ini, not-not perlulah ditulis berjarak lebih jauh
daripada biasa untuk memberi ruang kepada suku kata yang
panjang seperti yang dan through. Oleh yang demikian
perlulah menjadikan kebiasaan menulis notasi dengan kadar
jarak yang sewajarnya bagi muzik yang mempunyai senikata.

1.2

menulis suku kata dalam jarak yang sesuai dari baluk di atasnya
supaya tidak bertembung dengan not-not yang ditulis di luar
garis baluk dan menyukarkan untuk menulis sukukata dalam
garis yang lurus.

1.3

Dalam muzik instrumental, not-not dihubungkan kerana berada


dalam detik yang sama. Dalam muzik vokal, not-not ini perlu di
asingkan untuk sukukata atau perkataan yang berlainan.

1.4

Adalah payah untuk menyanyikan not-not tinggi pada setiap


masa berbanding menyanyikan not-not yang lebih rendah
dengan sedikit not-not yang agak tinggi. Oleh yang demikian
elakkan lompatan ke not tinggi dengan suku kata yang tidak
penting. Juga elakkan not-not tinggi terhadap bunyi vokal yang
tidak sesuai.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Latihan 1.

Tuliskan melodi untuk perkataan-perkataan di bawah dengan


menggunakan irama yang diberikan. Letakkan setiap perkataan
dibawah not-notnya dan pisahkan stemnya di mana perlu.
a. Crack goes the whip, and through the strees we go.

b. Ther birds do call and sing ; how gay is the spring.

c. Down by the brook lived a small wee elf.

2. Perkataan melebihi satu sukukata


2.1

Perkataan yang mempunyai dua atau lebih suku kata lazimnya


memerlukan satu not untuk setiap suku kata. Setiap suku kata
ditulis dibawah setiap notnya dan dipisahkan daripada suku kata
yang lain dengan sempang.

2.2

Not-not yang mewakili perkataan yang mempunyai lebih


daripada satu suku kata lazimnya tidak disambung dengan notnot lain walaupun daripada perkataan ataupun bit yang sama.
Contoh:

2.3

Cara pengasingan yang betul untuk perkataan menjadi suku


kata kadangkala menimbulkan kesulitan, khasnya dalam bahasa
Inggeris. Oleh yang demikian pengetahuan tentang nahu
sesuatu bahasa dapat membantu seseorang penyanyi
menganalisa sesuatu perkataan.

2.4

Huruf konsonan selepas satu sebutan vokal yang panjang mesti


diletakkan pada permulaan sukukata yang berikutnya, manakala

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


satu sebutan vokal yang pendek memerlukan huruf konsonan
yang berikutnya di dalam suku kata yang sama.
Contoh: di-late, dis-tance; ba-by, bab-oon.
2.5

Diftong tidak perlu dipisahkan tetapi dua sebutan vokal yang


berturutan memerlukan dua not yang berasingan.

2.6

Kebanyakan bunyi sebutan dalam Bahasa Inggeris disenyapkan


dalam pertuturan atau disebutkan dengan sangat ringan dan
tidak memerlukan satu not lain untuk menyanyikannya.
Contohnya perkataan flower lebih elok dinyanyikan dalam satu
suku kata.

Latihan 2:

Pisahkan perkataan-perkataan di bawah ini kepada sukukata.


Summer, every, hillocks, hollow, labour, spangle, tender,
hawthorn, nibbling, enthroned, neighbour, untwisted, thoroughly,
violet,
procastination,
absurdity,
shadowy,
wonderful,
consolation, solitude, adversity, generous, migration, dominion,
pioneer, heavenly, encasement.

3. Tekanan Dalam Pertuturan


3.1

Setiap perkataan mempunyai penekanan tertentu pada


sukukatanya yang dapat mempengaruhi rentak dan corak
pemasaan sesebuah lagu.
Contoh: be-cause. Tekanan adalah pada sukukata kedua.
Oleh yang demikian cause perlu dinyanyikan pada bit yang
lebih bertekanan daripada be da berkemungkinan terdapat satu
garis bar di antara dua sukukata ini.

3.2

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan seperti an, to, of


dan by adalah sukukata yang lemah dan tidak diletakkan pada
bit yang bertekanan dalam muzik.

3.3

Perkataan-perkataan yang mempunyai dua suku kata atau


lebih akan mempunyai satu sukukata yang lebih bertekanan
daripada yang lain.

Latihan 3:

Pisahkan perkataan-perkataan di bawah menjadi sukukata dan


letakkan tanda tekanan pada sukukata yang lebih kuat.
Between, morning, intensely, disappoint, beauiful, indescribable,
Immemorial, myriad, murmuring, obscurest, melacholy,
gardener, consent, enchantment.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

4. Tekanan Metrikal
4.1

Dalam senikata lagu, tekanan akan berulang selepas dua atau


tiga sukukata. Perkataan dengan empat sukukata atau lebih,
selalunya akan ada dua atau lebih tekanan yang tidak sama
kuatnya.

4.2

Jika tekanan ini berulang secara tetap seperti dalam rangkap,


polanya dapat ditulis seperti berikut:
/ v; v /; / v v; v / v; v v /

4.3

Lima jenis kaki metrikal ini dapat ditunjukkan seperti berikut:


(a)

Trochaic.

/ v
/
v / v /
Piping down the valleys wild
/ v
/
v / v
/
Piping songs of pleasant glee.
(b)

(v)
(v)
(Blake)

Iambic.

v /
v
/ v / v /
I wandered lonely as a cloud
v
/
v
/ v
/ v
/
That floats on high oer vales and hills.

(Wordsworth)

(c) Dactylic.
/ v v / v v / v v /
(v v)
How do you like to go up in a swing.

(Stevenson)

(d) Amphibrachic.
v
/
v
v / v v / v
v
/
The lights from the parlour and kitchen shone out
v
v
/
v v
/ v
v
/
Through the blinds and the windows and bars.
(Stevenson)
(e) Anapaestic.
v v / v v / vv
/
I am out of humanitys reach
v v / v v / v v /
I must finish my journey alone.

(Cowper)

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

Latihan 4:

Masukkan tanda tekanan ke atas frasa-frasa berikut di bawah


sebagai membuktikan anda dapat mengenal pasti meter.

(a) There lived a sage in days of yore


And he a handsome pigtail wore.
(Thackeray)
(b) Where the pools are bright and deep,
Where the grey trouts lies asleep.

(Hogg)

(c) Home from the Indies and home from the ocean ;
Heroes and soldiers, we shall come home.
(Stevenson)
(d) Jenny kissed me when we met,
Jumping from the chair she sat in.

(Leigh Hunt)

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 3 CIPTAAN SUARA KEDUA KEPADA MELODI SESUARA


Sinopsis
Dalam bidang ini, pelajar akan didedahkan kepada topik menentukan kordkord yang sesuai digunakan pada melodi sesuara. Pengetahuan ini akan
diaplikasikan dalam penciptaan suara kedua alto atau deskan. Selain
daripada itu, pelajar juga akan didedahkan dengan

Hasil Pembelajaran
1. Mencipta suara alto dan deskan kepada melodi yang disediakan.
Kerangka Tajuk

Apakah

kord?

Kord adalah kumpulan tiga not atau lebih yang dibunyikan pada masa yang
sama. Hampir setiap kord tercipta di atas asas triad. Kord C major adalah
sama sebagai triad C major kerana kedua-duanya terdiri daripada tiga not
yang sama: C-E-G. Kebanyakan kord terdiri lebih daripada tiga not, bermula
dengan triad major atau minor dan ditambah lagi not kepadanya. Triad C
major ditambah not keenam dinamakan kord C6. Triad C major ditambah not
ketujuh dinamakan kord C Major 7, dan sebagainya. Jadi, apabila triad boleh
dianggap kord, tetapi kord tidak boleh dianggap sebagai triad.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Apakah perbezaan antara kord major dan kord minor?
Perbezaannya ialah kord major berdasarkan triad yang mengandungi jeda
major ketiga dan minor ketiga. Kord C major adalah C-E-G manakala kord C
minor adalah C-E flet-G. Kedua-duanya masih triad yang mengandungi not
perdu, ketiga dan kelima. Satu-satunya perbezaan adalah kord minor
mempunyai jeda minor ketiga di dalamnya dan kord major mempunyai jeda
major ketiga.

Apa yang anda dapat jika not ketiga tidak dimainkan sama sekali dan
menggunakan hanya perdu dan kelima?
Anda akan dapati jeda perfek kelima dimainkan. Contohnya, jika anda
memainkan kord C major tanpa not ketiga, anda memainkan not C dan G
sahaja. Ini sebenarnya tidak benar-benar kord dan sudah tentu ia bukan
major atau minor.

Kord-kord yang terbentuk daripada skel C major.

C:

ii

iii

IV

vi

vii

I = C major (C-E-G) : C
ii = D minor (D-F-A) : Dm
iii = E minor (E-G-B) : Em
IV = F major (F-A-C) : F
V = G major (G-B-D) : G
vi = A minor (A-C-E) : Am
vii = B diminished (B-D-F) : B dim. atau B
Kord-kord yang terbentuk daripada skel A minor.

a: i

ii

III

i = A minor (A-C-E) : Am

iv

VI

vii i

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


ii = B diminished (B-D-F) : B dim. atau B
III = C major (C-E-G) : C
iv = D minor (D-F-A) : Dm
V = E major (E-G-B) : E
vi = F minor (F-A-C) : Fm
vii = G# diminished (G#-B-D) : G# dim. atau G#

Langkah-Langkah Mengharmonikan Melodi


Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari langkah-langkah penting yang
harus diambil kira sebelum mengharmonikan sebuah melodi sepanjang 4 bar.
Antara langkah-langkah tersebut adalah :i.

Kenal pasti nada lagu tersebut

ii.

Pastikan anda mengetahui kord-kord yang boleh digunakan dan


tidak boleh digunakan dalam nada tersebut.

iii.

Sebelum mengharmonikan sesebuah melodi tentukan kord dalam


bar tersebut. Ini akan membantu anda untuk mengenal pasti jenis
harmoni yang sesuai.

iv.

Pada amnya, dalam satu melodi yang mudah, satu bar akan
mempunyai satu kord.

v.

Jenis harmoni yang paling mudah adalah harmoni major ke-3

vi.

Dalam harmoni ini, jeda di antara baris melodi dan harmoni berada
pada jarak jeda ke-3

vii.

Jeda lain yang boleh digunakan ialah jeda ke-5, tetapi pastikan
anda tidak menggunakan jeda ini secara berterusan kerana ia akan
menghasilkan parallel 5th yang merupakan pergerkan harmoni
yang kurang sesuai.

viii.

Barisan suara harmoni yang baik selalunya akan berada di bawah


suara melodi.

ix.

Barisan suara melodi harus sentiasa berada di atas. Ini adalah


untuk memastikan bahawa suara melodi sentiasa boleh didengar
dengan jelas dan tidak akan ditindih oleh suara harmoni.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


x.

Akhir sekali, pastikan harmoni yang anda tulis adalah sedap untuk
didengar dan mempunyai pergerakan yang licin.

Mengharmonikan Melodi 4 bar Mengikut Peraturan Harmoni


Sebelum anda mula mengharmonikan sesebuah melodi, anda perlu faham
peraturan harmoni terlebih dahulu. Antara peraturan harmoni yang penting
adalah pergerakan selari ke-5 (parallel 5th) ke-6 dan ke-8. Dua not
bersebelahan yang mempunyai parallel ke-5, ke-6 dan ke-8 adalah teknik
harmonisasi yang kurang baik dan ia adalah tidak digalakkan. Dalam
penulisan harmoni pergerakan selari ke-5 (parallel 5th) ke-6 dan ke-8 harus
dielakkan kerana ia menghasilkan bunyi harmoni yang kurang sedap
didengar. Jika anda telah menggunakan jeda ke-5, ke-6 dan ke-8 untuk
bahagian harmoni yang pertama, pastikan bahawa anda tidak mengulangi
pergerakan harmoni tersebut untuk not melodi yang seterusnya. Ini akan
menghasilkan jeda selari yang bertentangan dengan peraturan harmoni.

Contoh pergerakan harmoni parallel ke-5, ke-6 dan ke-8 yang bertentangan
dengan peraturan harmoni adalah :

Gunakan petanda parallel ke-5, ke-6 dan ke-8 yang ditunjukkan di atas
sebagai panduan untuk menyemak penulisan harmoni anda. Jika harmoni
anda mempunyai mana-mana parallel ini, anda harus menukar not harmoni
kepada not yang lain daripada kord tersebut.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 4

CIPTAAN ENSEMBEL REKODER

SINOPSIS
Pelajaran di dalam tajuk ini akan membantu pelajar menulis suara
kedua untuk permainan rekoder soprano, alto, tenor dan bass
untuk menghasilkan ciptaan ensembel. Seterusnya pelajar akan
dapat mempersembahkan hasil gubahan ini secara berpasukan.

HASIL PEMBELAJARAN
menghasil dan mempersembahkan gubahan suara deskan,
alto, tenor dan bass bagi melodi yang diberi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Ciptaan ensembel rekoder

Ciri-ciri gabungan warna ton


keluarga rekoder

soprano
alto
tenor
bass

Ciptaan melodi mudah dua


suara rekoder

Nada C
Nada F
Julat

Soprano dan alto

Soprano dan tenor

Soprano dan bass

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


1. Ciri-ciri gabungan warn ton keluarga rekoder
1.1 Rekoder adalah alat muzik tiupan yang berasal dari Eropah. Alat ini
dibuat dalam berbagai saiz dan lazimnya dalam nada C atau F.
Terdapat juga rekoder dalam nada D, Bb, G dan Eb yang masih
digunakan di beberapa negara lain.
Dalam jadual di bawah, kita dapat melihat ciri-ciri rekoder yang lazim
digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia berada di kalangan
keluarga rekoder ini.
KELUARGA REKODER
Nada C

garklein

deskan
(soprano)

Julat

Nada F

Julat

sopranino

treble (alto)

tenor

bass
(bass dalam F)

great bass
(bass dalam
C)

contra bass

subcontra
bass/ contra
great bass

subsubcontrabass/double
contra bass
(octocontrabass)

1.2 Rekoder soprano, alto, tenor dan bass adalah yang lazim digunakan
dalam pemainan ensembel kerana saiz mereka yang dapat
disesuaikan oleh kebanyakan orang.
Great basses dan
contrabasses juga digunakan tetapi harga mereka lebih mahal.
1.3 Rekoder sopranino tidak begitu cocok bila digabungkan dengan
ensembel tetapi lebih menyerlah di dalam orkestra rekoder dan
permainan concerto.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

2. Ciptaan Melodi Mudah Dua Suara Rekoder


2.1 Soprano dan Alto

2.2 Soprano dan Tenor

Dalam gubahan 2.1 dan 2.2 di atas, kedudukan not-not alto dan tenor
ditulis lebih tinggi daripada not-not soprano kerana dalam keadaan
sebenar bunyi not-not soprano adalah satu oktaf lebih tinggi daripada
yang tertulis.
2.3 Soprano dan Bass

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Latihan
Tuliskan not-not suara kedua untuk keratan-keratan melodi di bawah.
Pastikan anda menentukan kod-kod terlebih dahulu pada setiap bar.
Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 5

GUBAHAN KEPADA SKOR KOIR

SINOPSIS
Koir

adalah

sebuah

ensembel

muzik

yang

dinyanyikan

secara

berkumpulan. Para penyanyi akan menyanyi secara beramai-ramai untuk


menghasilkan nyanyian berharmoni. Koir juga dikenali sebagai nyanyian
padu suara yang biasanya mempunyai lebih daripada satu suara. Dalam
nyanyian koir semua penyanyi haruslah menyanyi dalam pic, irama dan
rentak yang sama. oleh yang demikian, nyanyian koir memerlukan latihan
yang banyak dan setiap penyanyi perlu menguasai melodi, irama dan lirik
lagu dengan baik.
Untuk menjadikan sesebuah kumpulan koir yang berkualiti dari segi
mutu nyanyian, ciri-ciri berikut perlu diambil kira dan diamalkan.

pitching yang baik - menyanyi dalam pic tengah


mempunyai suara bebas daripada tekanan
Bunyi yang natural, sedap didengar tanpa sebarang jeritan
teknik vibrato yang baik-suara yang sihat, suara yang dikeluarkan
adalah bebas. pernafasan adalah betul dan pitching yang betul dan

bergema
mempunyai persefahaman yang baik antara penyanyi
Mempunyai pitching sebutan lirik, irama dinamik suara dan overal
balance of tune dalam koir

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenalpasti lagu-lagu yang sesuai untuk koir
2. Mengenalpasti kord-kord lagu dalam skor

KERANGKA TAJUK-TAJUK

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

Gubahan
Pada Skor
Koir
Lagu-lagu
yang
sesuai
untuk koir
Julat suara
yang sesuai

Lirik dan
mesej lagu
mudah
difaham

Kenalpasti
kord-kord
lagu

Gubahan
lapisan
suara yang
harmoni

Sistem frasa
dan ekspresi
yang
menarik

1. Lagu-lagu yang sesuai untuk koir

Pemilihan lagu memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan


persembahan sesebuah kumpulan koir. Lagu yang dipilih mestilah
bersesuaian dengan konsep acara dan tema majlis yang diadakan.
Antara acara yang sering melibatkan persembahan koir adalah majlis
perpisahan,

pertandingan,

hari

kemerdekaan,

konvokesyen

dan

sebagainya. Oleh itu guru bertanggungjawab menetapkan pilihan


repertoire lagu yang bersesuaain.
Antara kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan repertoire lagu
adalah:

Mengenal pasti konsep persembahan yang akan

diadakan. Guru

perlu berbincang dengan pihak penganjur tema majlis yang akan

diadakan.
Mengambil

kira

tahap

kemampuan

ahli

kumpulan

koir

untuk

menyanyikan lagu. ini merangkumi aspek umur, jumlah ahli serta

kemampuan vokal ahli kumpulan.


Mematuhi syarat pertandingan sekiranya menyertai pertandingan.
Mengenal pasti tetamu terutamanya tetamu kehormat yang diraikan.
Guru juga perlu

mendapatkan maklumat apakah genre lagu

kegemaran tetamu kehormat agar beliau lebih tertarik dan terhibur


dengan lagu yang dipersembahkan.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

Mendapat pandangan dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman


untuk

mendapatkan

idea

persembahan

yang

lebih

mantap

menghiburkan.

Berikut adalah ciri-ciri lagu yang sesuai untuk persembahan koir


adalah:1.1 Julat suara yang sesuai
Sebelum menetapkan lagu pilihan, terlebih dahulu guru perlu meneliti
not yang paling tinggi dan rendah dalam lagu itu. Julat suara atau
vocal range lagu perlu sesuai dengan umur ahli-ahli koir. Julat suara
kanak berumur 7 hingga 9 tahun berbeza dengan pelajar berumur 15
hingga 17 tahun. Kanak-kanak lebih sesuai menyanyikan lagu yang
mudah dan tidak mempunyai julat suara yang tinggi dan berubah-ubah.
Antara lagu yang sesuai untuk kanak-kanak ialah Burung Kakak Tua,
Musim Buah-Buahan, Suriram lagu-lagu patriotik dan sebagainya.
Setelah mengenal pasti pic tinggi, rendah dan melompat dalam skor
lagu, guru perlu membuat latih tubi bahagian-bahagian pic tersebut
sehingga ahli dapat menguasainya dengan baik dan tepat.
1.2 Lirik dan mesej lagu mudah difaham
Lirik dan mesej lagu juga penting perlu diambil kira dalam pemilihan
lagu. Lirik yang mudah difahami membolehkan ahli kumpulan berupaya
menyampaikan

mesej

dengan

berkesan.

Jika

mereka

memahami maksud lagu, mungkin juga penghayatan

kurang

akan kurang

seterusnya akan menjejaskan mutu persembahan mereka.


Dari segi sebutan, guru juga perlu pandai memilih lagu-lagu yang
bersesuaian dengan perbezaan kaum ahli kumpulan.

Kalau ahli

kumpulan terdiri daripada kaum India dan Cina, kemungkinan besar

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


mereka menghadapai kesukaran sebutan dalam bahasa Melayu.
Begitu juga dengan pelajar berbangsa Melayu yang sukar menyebut
lirik dalam bahasa Tamil mahu pun Cina. Bagi lagu bahasa Inggeris
pula, guru boleh meminta bantuan guru Bahasa Inggeris untuk
memperbaiki sebutan lirik dengan jelas.
1.3 Gubahan Lapisan suara yang harmoni
Lapisan suara atau harmoni merupakan aspek yang penting dalam
persembahan koir. Lagu koir yang baik adalah lagu yang mempunyai
lapisan soprano, alto, tenor dan bes (SATB). Lapisan suara ini akan
menghasilkan nyanyian harmoni . Biasanya bahagian ini dianggap
sukar kerana setiap kumpulan SATB perlu menyanyikan pic yang
berbeza antara satu sama lain. Dalam hal ini pelajar harus
membiasakan diri dalam nyanyian berharmoni agar mutu nyanyian
yang dihasilkan seimbang dan menarik. Antara latihan yang guru boleh
lakukan untuk memperkukuhkan nyanyian berharmoni adalah:

Memulakan nyanyian dalam suara unison atau suara yang sama, iaitu

menyanyikan melodi sebenar lagu tersebut.


Membuat pecahan dalam kumpulan mengikut agihan suara tanpa

memperkenalkan melodi lagu sebenar.


Membuat pecahan dalam kumpulan mengikut agihan suara SATB
setelah mengenali melodi sebenar.

1.4 Sistem frasa dan ekspresi yang menarik


Sistem frasa berkait rapat dengan pernafasan dalam nyanyian. Dalam
mengkaji lagu, guru perlu menanda tempat-tempat yang sesuai bagi
penyanyi untuk menarik nafas. Menarik nafas seeloknya dilakukan
secaara serentak di tempat yang sesuai dan bukannya dilakukan mengikut
kehendak individu. keseragaman menarik nafas memberi kesan kepada
mutu nyanyian dan pnyampaian lagu.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I


Ekspresi merupakan salah satu aspek yang penting dalam persembahan
koir. Ia merangkumi mud, dinamik dan perubahan tempo sesebuah lagu.
Ekspresi melibatkan mimik muka penyanyi semasa menyanyi manakala
perasaan sedih, garang, gembira dan bersemangat dapat mewarnai mud
lagu. Dinamik pula melibatkan nyanyian secara perlahan, kuat, sangat
kuat dan sangat perlahan, sederhana kuat dan sederhan perlahan.
Kumpulan koir yang mengaplikasikan ekspresi dalam persembahan akan
lebih menonjol dan berketrampilan menarik.

Anda mungkin juga menyukai