Anda di halaman 1dari 98

TEORI PEMEROLEHAN

BAHASA, STRATEGI,
PENDEKATAN, KAEDAH,
TEKNIK DAN
PENGAPLIKASIAN
PENDEKATAN
PEMBELAJARAN BAHASA
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tuanku Bainun

TEORI PEMEROLEHAN
BAHASA DAN TEORI
HURAIAN BAHASA

Seperti Teori Huraian Bahasa, Teori


Pemerolehan Bahasa juga
merupakan disiplin dalam kajian
bahasa.
Kedua-dua teori ini sebenarnya
banyak persamaan dan mempunyai
kaitan antara satu sama lain. THB
mendeskripsi teori bahasa itu sendiri
manakala TPB melihat bagaimana
bahasa itu diperoleh dan dipelajari

APAKAH PEMEROLEHAN
BAHASA?
Sesuatu bahasa itu dapat
diperoleh/pelajari oleh kanak-kanak
melalui proses pemerolehan.
Dikatakan sejak lahir mempunyai
alat fizikal yang sesuai untuk
memperoleh bahasa dan ada satu
kebolehan menggunakan bahasa.
Perkembangan bahasa dikaji dari
segi fonologi, semantik, dan
sintaksis.

TEORI BEHAVIORISME ATAU


MEKANIS
Menekankan kepentingan
persekitaran dalam pembelajaran
bahasa daripada fenomena mental.
Dipelopori oleh J.B Watson tetapi
asas teori ini ialah Teori Pelaziman
Klasik oleh Pavlov.
Teori muncul hasil kajian seekor
anjing dengan bunyi loceng yang
keluar air liurnya apabila loceng
dibunyikan.

TEORI BEHAVIORISME ATAU


MEKANIS
Teori PK menghuraikan proses
pemahaman bahasa yang berlaku
kepada seseorang yang mewujudkan
perseikatan (association). Misalnya
antara hukuman (dimarahi) oleh
bapa kepada seorang anak dengan
maksud perkataan nakal atau
jahat. Dengan cara ini makna
perkataan tersebut dapat dipelajari
oleh si anak.

TEORI BEHAVIOURISME
ATAU MEKANIS
Teori Pelaziman Operan oleh Skinner pula
menegaskan sesuatu perlakuan yang
mulanya secara kebetulan akan diulangi
sekiranya perlakuan itu diberi ganjaran.
Skinner menggunakan tikus yang tertekan
palang bagi mengeluarkan makanan.
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin diberi
senyuman atau bentuk ganjaran lain untuk
setiap kali menyebut papa atau ayah
apabila setiap kali melihat ayahnya.

TEORI BEHAVIORISME ATAU


MEKANIS
Kedua-dua teori ini menekankan
kepentingan pengaruh persekitaran
dalam pemerolehan bahasa.
Ujaran terbentuk kerana adanya
rangsangan dalam bentuk bahasa
atau bukan bahasa.
Proses ulangan memainkan peranan
penting dalam teori ini.

TEORI MENTALIS/INNATIS
Chomsky menegaskan pemerolehan
bahasa bukan proses mekanis tetapi
proses mental.
Kanak-kanak dilahirkan dengan
Kecekapan Sejadi (LAD-Language
Acquisition Device) untuk menguasai
bahasa ibundanya.
Dalam LAD ada kesemestaan formal
dan kesemestaan subtantif.

TEORI MENTALIS/INNATIS
Kesemestaan formal bermaksud ciri
tatabahasa yang menyatakan
bagaimana sesuatu bahasa itu
bertugas. (cth:rumus dasar/rumus
transformasi)
Kesemestaan subtantif bermaksud
kategori tatabahasa yang terdapat
dalam sesuatu bahasa. (cth: kata
nama, kata kerja dll)

TEORI MENTALIS/INNATIS
Oleh sebab unsur sejagat ini wujud secara
sejadi maka LAD dalam otaknya akan dapat
membentuk hipotesis pemerolehan bahasa
berdasarkan kedua-dua kesemestaan itu
tadi. Hipotesis itu diuji kepada masyarakat
bahasa yang didengarnya tadi kemudian
semua pembetulan kesalahan yang dibuat
akan digunakan untuk memperkukuh rumusrumus bahasa yang tersimpan dalam otak
kanak-kanak.

TEORI KOGNITIF
Piaget, berpendapat manusia
mempunyai peringkat otak dan saraf
yang tinggi dan otak manusia
berkebolehan mempelajari berbagaibagai hal.
Proses pembelajaran juga
merupakan proses mental (Teori
Mentalis) tetapi kecekapan
berbahasa dipengaruhi
perkembangan kognetif pusat.

TEORI KOGNITIF
Perkembangan bahasa bermula pada
peringkat deria moto (18 bulan-2
thn). Pada peringkat ini kanak-kanak
membentuk skemata atau struktur
kognitif hasil daripada interaksi yang
aktif dengan persekitaran.
Pengetahuan digambarkan dalam
pelbagai bentuk simbolik.

TEORI KOGNITIF
Kemudian praoperasi konkrit (2-7
thn), Dalam peringkat ini
penguasaan bahasa kanak-kanak
semakin berkembang. Dalam
lingkungan umur 4 tahun kanakkanak sudah mula pandai bercakap
dan boleh membentuk ayat serta
memahami percakapan orang lain.

TEORI KOGNITIF
Operasi konkrit (7-12 thn), iaitu
sudah dapat menguasai beberapa
kemahiran seperti hukum
pengekalan, konsep hubungan,
pengkategorian, dan persirian.
Umur selepas 12 tahun dikatakan
sebagai peringkat operasi formal.
Contoh perkembangan bahasa kanak
-kanak

TEORI INTERAKSIONALISME
Teori ini berkembang dalam bidang
psikolinguistik (60-an-70-an).
Menurut teori ini kebolehan kognetif
sahaja akan dapat melengkapkan kanakkanak dengan kebolehan mentafsir
makna tetapi tidak menjamin
pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam
bentuk bahasa. Maka, kanak-kanak perlu
didedahkan dengan interaksi linguistik.

TEORI INTERAKSIONALISME
Peringkat awal kanak-kanak
berinteraksi untuk memenuhi
keperluan fungsi asasi mereka
selepas itu barulah timbul fungsi
informatif (fungsi ideasional) yakni
peranan mereka hendak
menyampaikan sesuatu maklumat
atau menyoal kepada orang lain.
Maka, interaksi lingustik (komunikasi)
mula berlaku.

HUBUNGAN TEORI PEMEROLEHAN


DENGAN P & P
Pengetahuan tentang teori
pemerolehan bahasa akan dapat
menyelesaikan :
1. Bagaimana murid-murid belajar
bahasa?
2. Apakah strategi yang mereka
gunakan dalam pembelajaran
bahasa?
3. Apakah bentuk bahasa yang
mereka kuasai sebelum masuk ke

HUBUNGAN TEORI
PEMEROLEHAN DENGAN P &
P
4. Bilakah sesuatu bentuk bahasa
patut diajarkan kepada murid-murid?
5. Mengapakah murid-murid
menghadapi masalah untuk
mempelajari bahasa?
6. Bagaimanakah situasi
pembelajaran yang dapat membantu
murid-murid belajar bahasa dengan
berkesan?

TEORI BEHAVIORISME
DALAM P & P
1. Pembelajaran ialah satu tabiat.
P & P bertujuan membentuk
kebiasaan dan memerlukan banyak
ulangan dan latihan secara intensif
dan bukan dalam bentuk berselangselang.
Guru perlu merancang pengajaran
dengan teliti.

TEORI BEHAVIORISME
DALAM P & P
P & P bermula daripada yang mudah
dahulu dan diikuti pola-pola yang
lebih sukar dan kompleks.
Setiap kesalahan/kesilapan
hendaklah dibetulkan pada peringkat
awal lagi supaya tidak kekal sebagai
kebiasaan yang negatif.

TEORI BEHAVIORISME
DALAM P & P
2. Pengukuhan amat penting.
Pengukuhan yang
memberangsangkan perlu untuk
menentukan pembentukan tingkah
laku yang dikehendaki berlaku
dengan sempurna.
Pengukuhan positif perlu kerap
seperti pujian, mempamerkan
keistimewaan, pengikhtirafan,
dorongan, galakan dan sebagainya.

TEORI BEHAVIORISME
DALAM P & P
3. Latihan pembelajaran perlu
dikukuhkan
Latihan yang dimaksudkan ialah
ulangan sesuatu gerak balas dengan
sesuatu rangsangan supaya
membiasakan diri murid dengan
sesuatu tabiat yang terbina supaya
kekal dan minat terhadap
pembelajaran akan dapat dikekalkan
sepanjang masa.

TEORI BEHAVIORISME
DALAM P & P
4. Mengutamakan model-model
terbaik
Oleh sebab kanak-akank mempelajari
bahasa berdasarkan apa yang dapat
dipelajari dan dialami secara
berkesan dengan mencontohi dan
meniru secara berulang-ulang, maka
model yang ditiru hendaklah model
yang terbaik bagi menghasilkan
pembelajaran yang terbaik juga.

TEORI BEHAVIORISME
DALAM P & P
5. Mewujudkan operasi rangsangan
dan tindak balas.
Kedua-dua elemen ini perlu
digabungjalinkan. Misalnya
mempelbagaikan tingkahlaku guru
dan muird, pelbagaikan pengalihan
saluran deria, pelbagaikan pola
interaksi guru-murid, murid-murid,
murid-bahan, pelbagaikan strategi,
pendekatan, kaedah, teknik, bahan

TEORI BEHAVIORISME
DALAM P & P
6. Pembelajaran berdasarkan
persekitaran yang konkrit
Semua pembelajaran hendaklah
berasaskan sesuatu yang dapat
dilihat dan diamati berdasarkan
situasi yang tertentu, persekitaran
tertentu melalui proses induktif dan
pengalaman yang konkrit.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
1. Pembelajaran merupakan satu
proses mental dan kognitif
Proses pemikiran amat penting.
Murid sentiasa berfikir,
menyelesaikan masalah dan
menggunakan akal fikiran (otak)
melalui kaedah peninjauan secara
terperinci.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
Murid diberi peluang untuk berfikir,
menganalisis serta menilai data-data
bahasa atau rangsangan yang
diperoleh dari dunia luar dan mereka
mampu bertindak terhadapnya
dengan membina persepsi, ingatan
dan proses-proses lain yang
melibatkan aktiviti mental.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
2. Perkembangan kognitif berlaku
secara berperingkat-peringkat.
Guru harus sedar perkembangan diri
kanak-kanak sebenarnya tidak
serupa, justeru perlu dilayan
mengikut keperluan psikologi mereka
yang sebenar. Semua aktiviti,
kandungan, pemilihan bahan,
strategi dll harus sesuai dengan
perkembangan diri mereka.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
Jika faktor kemampuan dan
kematangan ini tidak diambil kira,
murid akan mengambil masa yang
panjang untuk mempelajari sesuatu
perkara yang bersesuaian dengan
kemampuannya;malah, kemungkinan
tahap motivasi mereka akan merosot
sama sekali.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
Pembelajaran harus berdasarkan
minat, umur, kecenderungan,
keupayaan mental, emosi, dan sosial
murid dengan memeringkatkan isi
kandungan pelajaran daripada
mudah kompleks, daripada yang
dalam pengalaman yang di luar
pengalaman, daripada yang dekat
yang jauh, daripada yang konkrit
yang abstrak dll.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
3. Pembelajaran ialah proses cuba jaya
Murid diberi peluang untuk
menyelesaikan masalah dengan
cuba jaya terlebih dahulu. Mereka
diberi peluang untuk mengemukakan
pendapat dan menggunakan idea
sendiri untuk mengatasi sebarang
masalah.
Hasilnya pengalaman-pengalaman
ini akan menghasilkan celik akal buat

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
4. Pembelajaran ialah satu
penyiasatan
Bukan sahaja cuba dan jaya malah
melibatkan kajian-kajian,
penyiasatan, dan penerokaan yang
memerlukan mereka meneliti,
memerhati, menganalisis, membuat
perbandingan dll.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
Mereka disarankan membuat sesi
perbincangan, sumbangsaran,
membentangkan laporan, bertukartukar fikiran, dan menilai kerja
sendiri.

TEORI MENTALIS DAN


KOGNITIF DALAM P & P
5. Pembelajaran mementingkan
pengalaman dan kesediaan belajar
Menurut prinsip ini, semua
pembelajaran harus mengambil kira
pengalaman dan pengetahuan sedia
ada serta kesediaan murid. Maka
guru perlu merancang, menyediakan
bahan dan memilih strategi yang
sesuai.

TEORI INTERAKSIONALISME
DALAM P & P
1. Pembelajaran ialah satu proses
interaktif
Dalam proses ini, murid harus dapat
belajar dalam situasi dan konteks
sosial yang sebenar,iaitu yang dapat
meningkatkan kemahiran mereka
berinteraksi, bekerjsama,
bertanggungjawab, berkeyakinan
penuh terhadap diri sendiri dan
sebagainya.

TEORI INTERAKSIONALISME
DALAM P & P
Murid dilatih dengan kemampuan
berbahasa bagi membolehkan
mereka berinterkasi dengan
berkesan sama ada menyalurkan
fikiran mereka,menyatakan pendapat
dengan kesantunan bahasa serta
rumus bahasa yang betul.
Hal ini tentu dapat mengembangkan
pertumbuhan emosi dan sosial
mereka.

TEORI INTERAKSIONALISME
DALAM P & P
2. Interaksi ialah satu kemahiran sosial
Prinsip ini secara keseluruhan
mendidik murid dengan proses
sosiolisasi;berhubung dengan rakan
sebaya, kumpulan tertentu, serta
komuniti yang terdapat di
persekitaran mereka.

STRATEGI/PENDEKATAN/
KAEDAH/TEKNIK
Kita sering kali terkeliru dengan
maksud strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik.
Sebagai guru, kita mestilah faham
apakah yang dimaksudkan oleh
keempat-empat perkara tersebut
sebelum merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk murid-murid
kita.

APAKAH STRATEGI?
Strategi ialah konsep yang sesuai
untuk semua disiplin ilmu. Dalam
konteks P & P strategi bermaksud
suatu cara atau langkah atau
tindakan yang harus dilakukan untuk
mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran melalui kebijaksanaan
memilih pendekatan, kaedah, dan
teknik pengajaran dan pembelajaran.

PERTIMBANGAN ASAS
PEMILIHAN STRATEGI
Dapat meningkatkan keberkesanan P
& P.
Bersifat mudah luntur, iaitu boleh
diubah mengikut situasi atau
keadaan murid.
Hendaklah dipelbagaikan dari
semasa ke semasa agar tidak bosan
dan memerosotkan minat murid.
Berpusatkan murid, iaitu
menggalakkan penyertaan murid.

PERTIMBANGAN ASAS
PEMILIHAN STRATEGI
Mengutamakan strategi berbentuk
dapatan, inkuri dan penyelesaian
masalah.
Menekankan P & P secara
berkumpulan dan individu.
Dapat meningkatkan kecekapan guru
dan menjadikan P & P bermakna,
kreatif, dan inovatif.

STRATEGI P & P BAHASA


MELAYU YANG BERKESAN

Pemusatan murid.
Kepelbagaian teknik.
Kepelbagaian sumber bahan.
Penguasaan dan penggunaan
tatabahasa yang tepat.
P & P bertema
Bacaan Meluas.
5 P.

APAKAH PENDEKATAN?
Konsep pendekatan agak global,
teoritis, dan abstrak. Boleh berupa
satu pandangan, pendirian,
pegangan, andaian, atau falsafah
untuk melihat, memahami, dan
menyelesaikan masalah. (P &P).
Oleh sebab itu, pendekatan
memerlukan kaedah tertentu untuk
dipraktikkan di bilik darjah bagi
mencapai objektif.

PENDEKATAN P & P
Dalam P & P Bahasa Melayu terdapat
4 pendekatan yang utama iaitu :
1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Eklektik
4. Pendekatan Komunikatif

PENDEKATAN INDUKTIF
Berdasarkan pendekatan induktif,
pengajaran dimulakan secara
melihat contoh-contoh unsur bahasa
yang diajar. Melalui contoh-contoh
yang diberi itu akan membantu
murid membuat kesimpulan atau
keputusan tentang aspek bahasa
yang diajar.

PENDEKATAN INDUKTIF
Guru hanya membantu murid melalui
soalan-soalan, berbincang,
memerhati, memberi contoh-contoh
dan sebagainya, dan akhir sekali
memberi peluang kepada murid
membuat kesimpulan sendiri
berdasarkan pemahamannya. Cth :
inkuri penemuan.

PENDEKATAN DEDUKTIF
Pendekatan deduktif adalah
berlawanan dengan pendekatan
induktif, iaitu dalam pendekatan ini
pengajaran dibuat dengan memberi
kesimpulan atau generalisasi terlebih
dahulu pada awal pengajaran dan
kemudian barulah dikemukakan
contoh-contoh yang sesuai
selepasnya.
Perbezaan induktif dan deduktif

PENDEKATAN EKLEKTIK
Pendekatan eklektik ialah gabungan
kedua-dua pendekatan induktif dan
pendekatan deduktif bagi
membentuk satu strategi
pengajaran. Model pendekatan
eklektik bergantung kepada
pendekatan mana yang diberi
penekanan . (Dalam langkah P & P)

PENDEKATAN EKLEKTIK
Contoh : Dalam langkah 1 :
Diberi penekanan kepada pendekatan
induktif:
Contoh/fakta
Contoh

Kesimpulan

PENEKANAN EKLEKTIK
Kemudian, dalam langkah 2:
Diberi penekanan kepada pendekatan
deduktif:
Kesimpulan
Generalisasi

Contoh

PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Anda tentu masih ingat tentang teori
pemerolehan bahasa interaksional
yang meniktikberatkan proses
interaksi dalam proses pemerolehan
bahasa. Begitu juga dengan
pendekatan komunikatif yang
menyarankan murid-murid diberi
peluang menggunakan bahasa dalam
konteks dan situasi tertentu.

PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Murid dilatih menggunakan bahasa
dengan peraturan-peraturan yang
betul termasuk juga kemahiran
menggunakan bahasa mengikut
konteks dan situasi.

APAKAH KAEDAH?
Kaedah ialah cara yang digunakan
dalam sesuatu proses pengajaran.
Kaedah merujuk kepada cara
mengajar yang disusun dan
dilaksanakan untuk mengajar
sesuatu kemahiran bahasa kepada
murid di dalam bilik darjah. Kaedah
yang digunakan adalah untuk
menyokong pendekatan pengajaran
yang dipilih oleh guru

APAKAH KAEDAH?
Antara kaedah yang sesuai
digunakan dalam mengajar bahasa
adalah seperti Kaedah Terus, Kaedah
askar/tentera, Kaedah Nahu
Terjemahan, Kaedah Kod Kognetif,
Kaedah komunikatif, dan sebagainya.

APAKAH TEKNIK?
Teknik ialah kaedah mencipta
sesuatu hasil seni seperti muzik,
karang-mengarang, dan sebagainya.
(Kamus Dewan)
Teknik ialah satu muslihat atau
strategi atau taktik digunakan oleh
guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu. (Edward M. Anthony)

APAKAH TEKNIK?
Teknik ialah pengendalian suatu
operasi yang benar-benar berlaku di
dalam bilik darjah di mana digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif.
(Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar
Abdul Aziz)

CONTOH TEKNIK
TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN BAHASA
1. Main peranan
2. Latih-tubi
3. Bercerita
4. Inkuri
5. Perbahasan
6. Kuiz
7. Sumbangsaran
8. Soal-jawab
9. Simulasi
10.Drama
11.Perbincangan
12.Forum
13.Dialog

14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.

Permainan bahasa
Teknik bercakap
Menyanyi
Perbualan telefon
Penyelesaian masalah
Tunjuk cara
Penyampaian cerita
Penyanpaian laporan
Bersyarah
Berpuisi
Bermesyuarat

PERBEZAAN SPKT
STRATEGI

PENDEKATAN

1. Kebijaksanaan memilih
pendekatan, kaedah
teknik pengajaran
berdasarkan objektif
pengajaran.
2. Lebih mengambil kira
objektif jangka
panjang.
3. Mengambil kira segala
aspek pengajaran
termasuk pemilihan
bahan, 5 P, dan
sebagainya.

1. Cara mengajar
berdasarkan objektif
pelajaran yang telah
ditentukan.
2. Harus berlandaskan
teori, prinsip atau
model tertentu.
3. Beraksiomatik iaitu
kenyataannya
dianggap benar tanpa
memerlukan bukti atau
alasan.
4. Mendokong sesuatu

PERBEZAAN SPKT
KAEDAH

TEKNIK

1. Siri tindakan guru yang


sistematik bertujuan untuk
mencapai objektif.
2. Lebih bercorak jangka
pendek.
3. Merupakan usaha
keseluruhan terdiri
daripada prosedur tersusun
berdasarkan pendekatan
yang dipilih.
4. Mendokong pendekatan
yang dipilih.

1. Merujuk kepada kemahiran


guru mengelola dan
melaksanakan kaedah
pengajaran yang telah
dilaksanakan.
2. Pengendalian yang benarbenar berlaku di dalam bilik
darjah.
3. Digunakan dalam langkah
pengajaran.
4. Perlu mengambil kira faktor
latar belakang murid dalam
menentukan teknik yang
dipilih.

HUBUNGAN TEORI DGN


PENDEKATAN, KAEDAH,
TEKNIK

Teori Huraian bahasa dan teori


pemerolehan bahasa
menggambarkan pelbagai andaian
tentang bagaimana bahasa patut
diajarkan. Berasaskan teori-teori
tersebut, dapat disimpulkan bahawa
hubungan Pendekatan, Kaedah,
Teknik pengajaran bahasa adalah
seperti contoh berikut:

PEMBELAJARAN
BERPUSATKAN MURID
Pelajar menjadi pemain utama
dalam sesuatu sesi P & P.
Pelajar terlibat secara aktif.
Pelajar banyak meneroka dan
menyelesaikan masalah dengan
bantuan guru yang bertindak sebagai
fasilitator/pemudah cara.
Corak komunikasi lebih aktif dengan
interaksi antara gurumurid, dan
murid murid.

PEMBELAJARAN
BERPUSATKAN MURID
GURU

MURID

MURID

PEMBELAJARAN
BERPUSATKAN MURID
Guru mengamalkan corak
kepimpinan demokratik dan murid
bebas bertanya serta memberi
pendapat.
Murid cuba melakukan aktiviti
pembelajaran sendiri dan hasil
pembelajaran tercapai dan
berkembang mengikut kesediaan
mereka.

PEMBELAJARAN
BERPUSATKAN BAHAN
Memberi penekanan kepada alat-alat
bantu (slaid, transparensi, model,
carta, gambar, modul, interaktif dll)
yang digunakan bagi memudahkan
murid memahami pengajaran guru.
Bahan digunakan sebagai penyalur
dan penggerak aktiviti.
Pembelajaran kendiri diutamakan
dengan berbantukan bahan
pembelajaran.

PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK
Merupakan suatu pembelajaran di
mana murid menjalankan suatu
eksperimen atau kegiatan di dalam
situasi yang sebenar bertujuan untuk
mendapatkan sesuatu hasil.
Guru perlu menentukan objektif,
bahan, pembahagian kerja dan
aktiviti kerja projek berdasarkan
kecenderungan dan kemahiran
murid-murid.

PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK
Jenis-jenis pembelajaran berasaskan
projek:
1. Projek Kaji Selidik
Membolehkan murid membuat kajian
terhadap sesuatu topik menerusi
teknik memerhati, mengumpul
maklumat, menganalisis serta
mentafsir dan seterusnya membuat
rumusan. Cth : Kaji jenis-jenis pantun
dan kumpulkan dalam buku skrap.

PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK
2. Projek Hasil Tangan
Satu aktiviti susulan dengan
pengayaan yang dijalankan oleh
murid setelah mereka mempelajari
dan mengasai sesuatu kemahiran
tertentu. Cth: Tulisan cantik/Melukis
dan menulis mural/ Tulisan khat

PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK
3. Projek Lawatan
Satu aktiviti sokongan yang
membolehkan murid melihat
keadaan atau situasi sebenar
terhadap sesuatu perkara yang
dipelajari di dalam buku teks. Cth :
lawatan ke Dewan Bahasa dan
Pustaka, Lawatan ke planetarium

KEBAIKAN KAEDAH PROJEK


Meliputi domain kognitif, afektif, dan
psikomotor
Penyertaan murid dalam
perancangan dapat digalakkan
Penekanan pada aktiviti dapat
menimbulkan minat dan motivasi
Mengembangkan sikap
tanggungjawab dan inisiatif murid
Dpt memahami dgn mendalam tntng
bagaimana belajar

KELEMAHAN KAEDAH
PROJEK
Mengambil masa yg panjang
Oleh sebab pengetahuan terhad,
murid mungkin melakukan byk
kesalahan
Bahan/sumber projek biasanya
terhad
Murid terpesong drp objektif yg
ditetapkan
Masalah disiplin mungkin timbul jika
guru kurang cekap kawalannya

PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH
Pembelajaran berasaskan masalah
ialah cara pengajaran yang
berdasarkan penyiasatan yang
saintifik. Dalam pembelajaran ini
terdapat 5 langkah yg perlu
dipatuhi :
1.
2.
3.
4.

Mengenal pasti masalah


Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Menguji hipotesis

PRINSIP PENYELESAIAN
MASALAH
Dedahkan murid kepada beberapa
masalah yang hampir sama
Pastikan masalah itu selaras dgn
kebolehan murid dan dlm lingkungan
pengalaman mereka
Masalah itu hendaklah dianggap
penting oleh murid
Bimbingan hendaklah diberi dari
semasa ke semasa penyelewengan
tdk berlaku.

PRINSIP PENYELESAIAN
MASALAH
Bantu murid mengenal sesuatu
masalah
Tentukan bahan rujukan mencukupi
bagi kegunaan murid
Bantu murid menentukan kriteria yg
boleh digunakan utk penilaian
Hipotesis hendaklah dibina dan diuji
Setelah hipotesis diuji barulah
rumusan dibuat, sekiranya hipotesis
gagal, afternatif lain perlu dicari

KEBAIKAN PENYELESAIAN
MASALAH
Kefahaman dan ingatan murid lebih
kukuh disebabkan penglibatan murid
Melibatkan pembelajaran kognetif
dan efektif (kebolehan
menyelesaikan masalah)
Mengembangkan sifat
tanggungjawab murid
Muri belajar menerima pendapat org
lain.
Muri belajar berdikari dan berinisiatif

KEBAIKAN PENYELESAIAN
MASALAH
Murid belajar menilai secara
bijaksana.
Perasaan ingin tahu dapat dipupuk.
Hubungan guru murid, murid
murid dapat ditingkatkan dan
bertambah baik.

KELEMAHAN PENYELESAIAN
MASALAH
Bahan rujukan adakalanya sukar
didapati
Memakan masa yang panjang
Isu-isu berbentuk kontroversi sukar
diselesaikan
Tidak ada jaminan murid akan
memikirkan langkah penyelesaian
masalah itu sendiri. (Mungkin hanya
mengikut sahaja langkah yg disuruh
oleh guru)

KELEMAHAN PENYELESAIAN
MASALAH
Kalau dilaksanakan dalam kumpulan,
mungkin murid yg cerdas sahaja
akan mengambil bahagian.

PEMBELAJARAN
BERASASKAN AKTIVITI
Pembelajaran berasaskan aktiviti
ialah konsep belajar melalui
membuat.
Aktiviti merujuk kepada segala gerak
kerja yg dijalankan sama oleh murid.
Dlm konteks pembelajaran, gerak
kerja murid-murid lebih ditekankan
kerana murid-murid akan mendapat
pembelajaran yg lebih bermakna.
Contoh membina buku skrap tentang

PEMBELAJARAN
BERASASKAN AKTIVITI
Aktiviti pembelajaran yg kerap
diadakan ialah membaca, menulis,
mengira, melukis, berbincang,
bermain, menjalankan projek,
menyediakan buku skrap,
menyediakan pelbagai jenis alatan
dll.

TUJUAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN AKTIVITI
Menghidupkan satu pengajaran dan
pembelajaran
Menjadikan pembelajaran yg lebih
bermakna
Membolehkan murid menjadi peserta
yg aktif
Membolehkan pembelajaran lebih
kekal berlaku berasaskan kecerdasan
pelbagai
Mengurangkan masalah disiplin dgn

TUJUAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN AKTIVITI
Membolehkan interaksi antara guru
dgn murid berlaku
Membolehkan interaksi murid dgn
murid
Memupuk sifat, bertimbang rasa,
tolong-menolong, bekerjasama dsbg
Memupuk sifat kreatif/inisiatif murid.

PEMBELAJARAN
BERASASKAN
SITUASIONAL/SENARIO

Pembelajaran ini amat berkesan


dalam kaedah komunikatif. Teknik
yang sering digunakan dalam
pembelajaran berasaskan
situasional/senario.
Pembelajaran ini membolehkan
murid berinteraksi dengan
menggunakan bahasa dalam situasi
sosial yang disediakan olok-olok oleh
guru dalam bilik darjah.

SIMULASI
Satu situasi diwujudkan untuk
menyerupai keadaan sebenar
dengan menggunakan masalah
sebenarnya wujud untuk diselesaikan
dalam keadaan terkawal dan
selamat.
Murid-murid melakukan sesuatu
perkara secara berpura-pura dalam
satu keadaan yang teratur.
Jenis simulasi yang kerap digunakan

TUJUAN SIMULASI

Menguasai kemahiran berkomunikasi


Mengubah sikap/bina sikap positif
Membina pemikiran kritis dan kreatif
Mengaitkan isi pelajaran dgn aspek
afektif (emosi)
Membawa situasi serupa/sebenar ke
dalam bilik darjah

PRINSIP SIMULASI
Rancang situasi yg bermasalah dn
wujudkan secara bertulis/lisan
Beri penerangan ringkas
Pilih murid yg mahir dlm pertuturan
sbgai pelakon
Sediakan peralatan yg sesuai (jika
perlu)
Semasa sesi pastikan murid lain beri
perhatian
Selepas sesi minta murid bagi

PELAKSANAAN SIMULASI
Sebelum
Tentukan objektif pembelajaran
Tentukan kemahiran yg hendak
disampaikan
Rancang penyerapan nilai yg sesuai
Bentuk penilaian yg akan digunakan
Pengukuhan/pengayaan yg akan
digunakan
Alatan yg sesuai

PELAKSANAAN SIMULASI
Semasa
Adakan set induksi yg menarik
Beri arahan dgn jelas
Edarkan kad arahan kpd murid yg
ambil bahagian
Minta murid cuba memahami tugas
yg diberikan kpd mereka
Murid yg lain perhati/catat
Penilaian pada akhir aktiviti

PELAKSANAAN SIMULASI
Selepas
Bincang dgn murid
Tulis laporan tentang masalah
Tulis semula dialog yg digunakan
Menyediakan carta aliran bagi
menjelaskan konsep yg ditonjolkan
dlm simulasi

SOSIODRAMA
Satu bentuk lakonan menarik.
Sosiodrama berdasarkan sesuatu
cerita yg menggambarkan sesuatu
situasi atau isu berkonflik,
mempunyai perwatakan yang
menentang nilai sosial.
Aktiviti lakonan berdasarkan cerita
yang lengkap, skrip lakonan biasanya
disediakan terlebih dahulu utk murid
berlakon supaya mereka dpt
membaca dn membuat persediaan

LANGKAH SOSIODRAMA
Rancangkan situasi dengan baik
Peranan setiap peserta perlulah jelas
Peserta perlu diberi sedikit masa
untuk menyusun idea mereka
Beritahu ahli lain apa yg perlu
mereka tumpu/lakukan
Adakan perbincangan selepas sesi
Suasana yg bebas/selamat perlu
diwujudkan dalam kelas

MAIN PERANAN
Satu lakonan spontan yg melibatkan
sekumpulan murid tanpa
menggunakan sebarang skrip.
Aktiviti berdasarkan kpd sesuatu
situasi atau masalah yg timbul.
Dlm aktiviti main peranan, murid
membayangkan situasi yg timbul,
kemudian melakonkan mengikut
situasi yg dibayangkan secara
spontan

LANGKAH MAIN PERANAN


Reka situasi secara terperinci
sebelum diperkenalkan
Adakah perbincangan dgn murid
tntng situasi itu
Terangkan peranan kpd murid yg
terlibat
Pilih murid secara sukarela
Berikan sedikit masa, kira-kira 10
minit utk mereka memikirkan
masalah/peranan mereka

LANGKAH MAIN PERANAN


Pemerhati yg dilantik seharusnya
mencatat nota tntang watak yg
diperhatikan. Pemerhati akan
memberi pandangan tntang watak
yg diperhatikan
Penilaian prestasi diberi selepas
selesai.
Boleh ulang sebahagian main
peranan jika perlu
Wujudkan suasana selamat

PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN
Bermain sambil belajar membawa
makna semasa murid sedang
bermain, mereka juga akan
mempelajari sesuatu. Contohnya,
bermain Sahiba dan teka silang kata,
murid bukan sahaja berasa seronok
malah dapat membina
perbendaharaan kata, daya cipta,
pengalaman, sahsiah, perkembangan
sosial dan intelek.

PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN
Dua peringkat kaedah permainan
1. Peringkat rendah : Murid bermain
bagi meningkatkan kemahiran
psikomotor dan sosial spt interaksi
dan komunikasi di samping
kemahiran berbahasa. Aktiviti
permainan yang melibatkan jasmani
amat sesuai.

PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN
2. Peringkat Tinggi : Bagi
meningkatkan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif yang dapat
membantu latihan minda murid.

PRINSIP PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN
1. Guru perlu :
Memberikan penerangan yg jelas
tentang tujuan, jangka masa dan
peraturan.
Memberi perhatian terhadap aktiviti
yang melibatkan murid
Memastikan aktiviti yg dirancang
memberi faedah kpd murid dan
bukan sekadar hiburan kosong

PRINSIP PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN

2. Kaedah dan Aktiviti :


Dijalankan selepas murid menguasai
kemahiran tertentu
Aktiviti yg dipilih perlu sesuai dengan
objektif pembelajaran tersebut
Aspek penilaian penting dilakukan
semasa dan selepas permainan
tamat
Setiap sesi permainan perlu diakhiri
dgn perbincangan dan murid diminta

Anda mungkin juga menyukai