Anda di halaman 1dari 2

TINGKATAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.


TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI
1 Mengapakah setiap individu digalakkan untuk mengembangkan potensi
dirinya?
A Menimba ilmu pengetahuan
B Membina identiti diri yang positif
C Menonjolkan bakat dan kemahiran
D Mengenal pasti kekurangan pada diri
2 Seseorang yang mempunyai identiti diri yang positif akan sentiasa
A yakin terhadap kebolehan dirinya.
B memupuk semangat kekitaan.
C hidup aman dan sejahtera.
D bersaing dengan orang lain.
3 Antara berikut, yang manakah merujuk kepada potensi diri seseorang individu?
I Bakat
II Kebolehan
III Kekuatan diri
IV Keyakinan diri
A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV
4 Antara berikut, yang manakah merupakan cirri-ciri yang terkandung di dalam
perkembangan potensi jasmani?
I Melakukan aktiviti riadah
II Meningkatkan kualiti kehidupan
III Mengembangkan kemahiran bakat
IV Meningkatkan daya pengeluaran
A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV
5 Bagaimanakah cita-cita atau matlamat hidup dapat dikecapi?
A Mengenal pasti potensi diri
B Mengembangkan potensi diri
C Menilai potensi diri
D Mengubah potensi diri

6 Apakah kepentingan untuk mengembangkan potensi diri?


A Menonjolkan kemahiran dan bakat
B Mencapai kejayaan dalam kehidupan
C Menyumbang kepada masyarakat dan negara
D Melibatkan diri dalam pelbagai bidang

7 Pilih situasi yang menunjukkan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri.


A Radiah bercita-cita untuk menjadi jurutera kerana ia merupakan pekerjaan
bergaji tinggi
B Woon Yong gigih berlatih badminton setelah ditegur oleh ayahnya.
C Anita menyertai kem kepimpinan untuk meningkatkan keperibadian
diri.
D Martin bergaul dengan murid-murid yang pandai supaya menjadi lebih popular.
8 Apakah potensi diri yang mungkin dimiliki oleh seseorang yang bercita-cita
menjadi
peguam?
A Daya kreativiti yang tinggi
B Lemah-lembut dan mesra
C Pandai berpidato dan bersyarah
D menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
9 Keperibadian seseorang individu merujuk kepada
I perlakuan
II pergaulan
III perwatakan
IV penampilan
A I, dan II B I , dan III C II, dan IV D III, dan IV
10 Bagaimanakah potensi diri dapat dikembangkan di alam persekolahan?
I Bakat
II Pendidikan
III Latihan yang berterusan
IV aktiviti kokurikulum
A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

Anda mungkin juga menyukai