Anda di halaman 1dari 7

Nota Matematik Tingkatan 3

Bab 1 - Garis dan Sudut (Lines and Angles) II

Sifat-sifat sudut yang berkaitan dengan Rentasan Lintang dan Garisan


Selari

Sifat-sifat sudut yang berkaitan dengan Rentasan Lintang dan Garisan Selari
1. Mengenal pasti rentasan lintang, sudut sepadan, sudut selang-seli dan sudut
pedalaman.

Rentasan lintang (transversal) ialah satu garis lurus yang bersilang dengan dua atau
lebih garisan lurus yang lain.

Contoh:

Merujuk kepada rajah di atas, PQ adalah rentasan lintang. Apabila ia bersilang dengan
dua garisan selari (parallel lines) RS dan TU, tiga jenis sudut akan terbentuk.

Sudut sepadan (corresponding angles):


a dan b, e dan f
c dan d, g dan h

Sudut selang-seli (alternate angles):


b dan g, e dan d

Sudut pedalaman (interior angles):


b dan e, d dan g

2. Mengenal pasti sifat sudut yang berkaitan dengan garisan selari.


Dengan menggunakan jangka sudut, kita boleh menunjukkan bahawa pernyataan berikut adalah
BENAR.
Apabila rentasan lintang bersilang dengan dua garisan selari,

Sudut sepadan adalah sama.

Sudut selang-seli adalah sama.

Sudut pedalaman adalah tambahan: jumlah (hasil tambah) sudut pedalaman adalah 180 .

Sudut sepadan.
a = b, e = f
c = d, g = h

Sudut selang-seli.

a=b
c=d

Sudut pedalaman.
a + b = 180
c + d = 180
Kenyataan sebaliknya juga adalah benar:
Apabila rentasan lintang bersilang dengan dua garisan lurus, maka kedua-dua garisan
tersebut adalah selari jika,

Sudut sepadan adalah sama.

Sudut selang-seli adalah sama.

Jumlah (hasil tambah) sudut pedalaman adalah 180.

3. Contoh Soalan
Contoh 1:
Dalam rajah dibawah, semua garis yang ditunjukkan adalah garis lurus.

a) Namakan rentasan lintal yang bersilang dengan dua garisan selari.


Jwb:
AB dan CD adalah garisan selari, manakala
KL, MN dan PQ adalah rentasan lintang.
b) Senaraikan pasangan

Sudut sepadan (corresponding angles).


Jwb:
b dan e adalah sudut sepadan.

Sudut selang-seli (alternate angles).


Jwb:
c dan f adalah sudut selang-seli.

Sudut pedalaman (interior angles) diantara dua garisan selari.

Jwb:
a dan d adalah sudut pedalaman.

Penyelesaian masalah yang melibatkan sudut yang berkait dengan rentasan lintang.
Contoh 2:

Dalam rajah di atas, ABCD ialah satu garis lurus. Apakah nilai x?
Jwb:
BE dan CG adalah garisan selari.
Oleh itu, x + 65 = 135
x = 135 - 65
x = 70

sudut sepadan

Anda mungkin juga menyukai