Anda di halaman 1dari 2

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Perkataan doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang


diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan
kelebihan dalam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah
menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah
menambahkan

lagi

cabaran

bagi

pihak

makmal

dalam

pengesanan

dan

penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk
mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berleluasa di seluruh dunia
melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. Kepelbagaian
jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah
dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.

Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi


kelebihan (atau advantage) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar
segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara
pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah
dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian telah berlaku akibat penggunaan
dadah secara langsung atau tidak langsung.

Sudah jelas - Anabolic Steroids - digunakan untuk menguatkan otot dan


sering kali digunakan ke atas sukan yang memerlukan penggunaan tenaga
berlebihan seperti lontar peluru dan pecut. Beta - Selain itu juga ia membantu untuk
mengurangkan tekanan darah dan selalu dilihat digunakan kepada penembak bagi
mengurangkan getaran ketika memetik picu pistol. Diuretics - digunakan untuk
mengurangkan

kadar

air

dalam

badan

bagi

meringankan

berat

semasa

penimbangan, terutamanya dalam sukan tinju dan mendayung. Bagaimanapun


implikasi dari penggunaan ini ke atas atlet boleh menyebabkan mereka kekurangan
air dalam badan.Agak malang kerana pengambilan dadah rangsangan dalam sukan
ini sudah lama ber-laku. Ia seperti cendawan yang baru tumbuh. Penggunaannya
terlalu tinggi. Hari ini, WADA dan agensi sukan telah melancarkan perang besar-

besaran terhadap pengambilan dadah dalam sukan agar ia tidak berkembang,


selaras dengan perkembangan sukan moden hari ini.

Namun demikian, dunia sukan kini bukan sahaja merupakan satu peluang
untuk mempertingkatkan semangat kesukanan dan setia kawan, tetapi ia juga satu
acara beradu kekuatan dan ini sudah mula mencabar etika kesukanan itu sendiri.
Olahragawan serta olahragawati sekarang menghadapi tekanan yang amat tinggi
untuk berjaya sehingga berlakunya beberapa episod yang boleh mencemar
semangat kesukanan. Antaranya

adalah penggunaan dadah tertentu

bagi

meningkatkan lagi prestasi mereka. Perbuatan ini amatlah memalukan kerana


mereka sanggup menggadaikan prinsip-prinsip kesukanan yang sepatutnya dipupuk
dalam temasya sukan seperti ini. Apalagi memandangkan penggunaan dadah dalam
sukan juga mempunyai berbagai kesan yang boleh mendatangkan mudarat,
termasuk maut. Sebagai contoh, antara kejadian maut yang paling awal dirakamkan
adalah dalam tahun 1904 di Greece, semasa Sukan Olimpik, apabila seorang
pelumba basikal menyalahgunakan dadah striknin.

Kini beberapa syarat ketat dikenakan untuk tujuan mengesan dan mengenalpasti
jenis-jenis dadah yang digunakan dalam temasya sukan diberbagai peringkat.
Semua ini menunjukkan bahawa kesukanan sering dicemari dengan bahan-bahan
baru yang sentiasa diperkenalkan bagi meningkatkan lagi keupayaan bersukan,
selagi semangat kesukanan yang jitu tidak diamalkan oleh pihak-pihak yang terlibat.
Faktor seperti tekanan untuk menjadi kaya dan keinginan menjadi jaguh terkenal
sering mendorong kepada penggunaan dadah-dadah sedemikian

Anda mungkin juga menyukai