Anda di halaman 1dari 2

KEDAH SEJAHTERA

MUHAMMAD AMIRUL BIN ABU HASAN


Kolej Perniagaan,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
__________________________________________________________
_____

(NAMA SYARIKAT)

Tuan/Puan

PERMOHONAN ATAS
PEMBENTANGAN

SESI

TEMUBUAL

DAN

JEMPUTAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.


2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa saya, pelajar dari Universiti Utara
Malaysia ingin memohon kerjasama tuan/puan membenarkan saya dan rakanrakan untuk membuat temu bual dan sesi jemputan pembentangan dengan pihak
tuan/puan.
3. Temu bual tersebut akan digunakan sebagai sumber melaksanakan tugasan
berkumpulan bagi subjek Perniagaan Keluarga, Ijazah Sarjana Muda
Keusahawanan. Tujuan temu bual ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
kami mengenai tugas seorang pemiik perniagaan berasaskan keluarga dan
warisan.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik dari pihak tuan/puan untuk
tidak mengenakan sebarang bayaran kepada kami supaya tugasan projek dapat
dijalankan dengan lancar. Saya juga berharap agar tuan/puan membenarkan
kami merakamkan video serta mengambil gambar semasa sesi temu bual
dijalankan bagi tujuan perbelajaran berterusan. Dan saya juga ingin memohon
kebenaran untuk menggunakan nama tuan/puan dan organisasi tuan/ puan bagi
tujuan penerbitan di masa hadapan serta menjemput tua/puan untuk datang
memberikan pembentangan secara terbuka di dalam kelas.
5. Dengan ini, saya bersertakan nombor telefon dan emel untuk kemudahan
tuan/puan menghubungi saya, (Nama/E-mel/No.Telephone)
Pertimbangan dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan
ribuan terima kasih.
Sekian.
ILMU BUDI BAKTI

Yang benar,

-----------------------------------(MUHAMMAD AMIRUL BIN ABU HASAN)

Diluluskan oleh,

-------------------------------------(..)

Anda mungkin juga menyukai