Anda di halaman 1dari 14

4.

1 Kemahiran Sukarelawanan

VERBAL NON VERBAL


LISAN ELEMEN DAN TINGKAHLAKU
PERBUALAN, TELEFON, UCAPAN AWAM, BUKAN PERKATAAN
MESYUARAT EKSPRESI MUKA, GESTURE, POSTURE (BODY
INTERPERSONAL LANGUAGE), PENAMPILAN PERIBADI, NADA SUARA,
KONTAK MATA,
INTRAPERSONAL
ORGANISASI, MASSA BERTULIS
ANTARA BUDAYA SURAT, MEMO, LAPORAN, BULETIN, MANUAL,
SENI SASTERA (PANTUN) AKHBAR, MAJALAH,
SENI SASTERA (PUISI, SAJAK)DLL
4.2 Kemahiran Komunikasi Berkesan

Komunikasi berkesan bermakna proses


penyampaian maklumat adalah berlansung
dengan efisien dan hubungan interpersonal
yang dikehendaki terjalin dengan baik.
4.2.1 Kemahiran Interpersonal
Kemahiran interpersonal –

Kebolehan bagi seseorang individu bekerja secara kooperatif


di dalam kumpulan, termasuk kebolehan berkomunikasi
secara lisan ataupun bukan lisan, dapat membezakan individu
dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat, mempunyai
perasaan empati serta dapat mengetahui kepercayaan,
ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap
perasaan dan emosi orang lain yang berada di sekelilingnya.

Kemahiran interpersonal seperti kemahiran mendengar,


kemahiran bertanya, kemahiran bertutur, kemahiran
memberi maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap
dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan
(Abdullah dan Ainon, 2002).
4.2.3 Kemahiran Intrapersonal
Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif
seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.
Siapa dirinya, apakah perasaannya, dan mengapa
dirinya begitu?. Individu yang mempunyai kemahiran
intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam serta mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan


diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka
boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai
prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
4.2.3 Kemahiran Interpersonal
UNIT 5 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
DALAM KESUKRELAWANAN
5.1 Kemahiran Mendengar (melayan)
a) harus mendengar dengan aktif
b) b) meliputi lisan
c) meliputi bukan lisan – seperti mimik muka,
jarak, posisi badan, pergerakan anggota
badan, nada suara, kontak mata, dll
d) melayan seseorang individu harus tidak
‘memilih bulu’ . Semua individu harus
‘diterima tanpa syarat’ – Anda harus
bersedia menerima dan mendengarnya.
5.2 Kemahiran Memberi Tindak Balas

Kemahiran tindakbalas melibatkan aspek parafrasa


dan refleksi. Parafrasa ialah pengungkapan semula
kandungan sesuatu tulisan karangan dan sebagainya
dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah
makna asalnya.

Secara amnya, parafrasa mengulang kandungan yang


telah diucap tetapi bukannya membuat ringkasan,
manakala refleksi memfokuskan mengulang perasaan
yang terkandung dalam ucapan.
5.2.1 Kemahiran Parafrasa
Tujuannya untuk menggalakkan orang
lain meneruskan cerita dan anda
mendengar isi-isi penting yang
diperkatakannya.
Caranya, dengan menggunakan
perkataan sendiri (maksud asalnya tidak
lari) anda membina ayat ayat yang lebih
ringkas daripada mesej/ayat asal orang
lain.
5.2.2 Kemahiran Refleksi

Tujuannya untuk memberi respons


terhadap perasaan/emosi orang lain
untuk memaklumkan kepada mereka
tentang pengalaman perasaan mereka
sendiri.
5.3 Kemahiran Menyoal
a) Soalan Terbuka:
“Apakah yang menyebabkan anda kata
begitu?
“ Bagaimana perasaan anda hari ini?”

Soalan terbuka menggalakkan seseorang


itu bercerita dengan panjang lebar,
memberi penjelasan lanjut dan
menimbulkan kemesraan.
5.3 Kemahiran Menyoal
b) Soalan Tertutup:
“Siapa nama anda?”
“Di mana anda tinggal?”
Soalan tertutup lebih sesuai untuk
permulaan /pembukaan sesuatu
perbualan/mendapat maklumat yang
khusus.

Kurang membina perhubungan yang


mesra
5.4 Kemahiran Minta Penjelasan
Apabila anda tidak jelas tentang
sesuatu elakkan daripada membuat
andaian.

Prinsipnya, jika tidak tahu,tidak faham,


maka bertanyalah :
‘Gunakan soalan tertutup atau terbuka’
5.5 Kemahiran Dorongan Minima
Tujuannya untuk menggalakkan orang
lain bercakap lagi dan menunjukkan
anda mendengar serta
menghormatinya.
5.6 Kemahiran Memfokus
Apabila seseorang itu kelihatan hilang
tumpuan/halatuju, kita boleh
memimpinnya untuk terus berbincang,
bercakap dan meneroka.
Caranya:
“Tuan/Puan/Sdr/Sdri/…. Boleh tuan/sdr/sdri/
jelaskan lagi mengenai perkara itu?”

“Boleh tuan/puan/sdr/sdri ceritakan tentang


peristiwa tersebut?”

Anda mungkin juga menyukai