Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LUI,

KM 33 KAMPUNG SUNGAI LUI,


43100 HULU LANGAT, SELANGOR.

KERTAS KERJA
PROJEK KERJA KURSUS
FORUM: NABI MUHAMMAD S.A.W CONTOH AKHLAK TERPUJI

ANJURAN
GURU PELATIH PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENGENALAN

Rasulullah memiliki ciri-ciri keistimewaan dengan sifat-sifat kesempurnaan pada


perwatakan di samping kesempurnaan budi pekerti. Baginda merupakan seorang
insan yang terulung dalam konteks kehidupan, dalam masa yang sama baginda
juga merupakan seorang murabbi teragung yang mempunyai akhlak serta nilai yang
sangat mulia yang didasari oleh al-Quran. Hal ini dapat dibuktikan sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam surah al-Qalam ayat 4: Dan sesungguhnya kamu benarbenar berbudi pekerti yang agung.
Rentetan daripada firman Allah ini, Forum Dakwah: Nabi Muhammad S.A.W
Contoh Akhlak Terpuji dilaksanakan agar murid Sekolah Kebangsaan Sungai Lui
mendapat pendedahan dan kefahaman yang mendalam mengenai akhlak
Rasulullah dan seterusnya dapat memberi kesedaran dan motivasi kepada murid
untuk mencontohi pekerti agung nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. Di
samping itu, forum ini diharapkan dapat mendidik diri murid agar menjadi insan
kamil selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan jawatankuasa pelaksana agar
majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua yang
terlibat.
2.0 MATLAMAT
Tujuan Forum Dakwah: Nabi Muhammad S.A.W Contoh Akhlak Terpuji, adalah
untuk:
2.1. Menghayati akhlak nabi Muhammad dalam kehidupan seharian.
2.2. Sebagai medium dakwah kepada pelajar bukan Islam
2.3. Membina sahsiah unggul dalam kalangan murid selaras dengan Falsafah
Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.0 OBJEKTIF
Forum Dakwah : Nabi Muhammad S.A.W Contoh Akhlak Terpuji ini dilangsungkan
adalah untuk:
3.1. Memberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam mengenai akhlak
Rasulullah.
3.2. Menimbulkan perasaan cinta pada Rasulullah.
3.3. Mewujudkan kesedaran dan motivasi kepada murid untuk mencontohi pekerti
agung Rasulullah.
3.4. Mengamalkan akhlak dan nilai-nilai murni berlandaskan akhlak Rasulullah.
4.0 NAMA AKTIVITI

Forum Dakwah: Nabi Muhammad S.A.W Contoh Akhlak Terpuji


5.0 KETETAPAN MASA
TARIKH :15 Ogos 2014
HARI
: Jumaat
MASA : 8.00 hingga 10.00 pagi
6.0 ANJURAN
Guru-guru praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Islam SKSL.
7.0 TEMPAT
Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Lui
8.0 KUMPULAN SASARAN
Semua guru SKSL dan murid Tahun 1 hingga Tahun 5 SKSL
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Lampiran 1
10.0 TENTATIF
Lampiran 2
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
KUANTITI
.

HARGA SEUNIT

JUMLAH

RM 1.00

RM 3.00

Bahan fotostat

300

RM 0.03

RM 9.00

3.

Hadiah

25

RM 2.00

RM 50.00

4.

cenderamata

RM 10

RM 20.00

1.

Air mineral

2.

Jumlah keseluruhan

RM 82.00

12.0 SUMBER KEWANGAN


1. Panitia Pendidikan Islam
13.0

PENUTUP
Diharap melalui forum ini, murid SKSL dapat menghayati serta mengamalkan

akhlak Rasulullah dalam kehidupan seharian. Forum dakwah ini juga merupakan
salah satu medium kepada kami dalam mencontohi Rasulullah dalam kepimpinan

pendidikan dan seterusnya mempertingkatkan serta mengembangkan lagi


profesionalisme keguruan.
Di samping itu, kami selaku siswa guru turut mendapat pendedahan mengenai
aliran pelaksanaan pengurusan majlis di sekolah. Hal ini adalah penting sebagai
persiapan dalam pembinaan diri sebagai seorang guru yang profesional dan
mampu memberi khidmat bakti kepada masyarakat pada masa akan datang. Oleh
itu, kami selaku ahli jawatankuasa memohon agar pihak sekolah dapat
mempertimbangkan permohonan projek ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan
kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
.
(NORSYAHRAINA BINTI SALLEH)
Setiausaha,
Projek Kerja Kursus,
IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.
Disemak oleh,

(MOHD FAZLY BIN MAMAT@ZAKARIA )


Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Sungai Lui,
Hulu Langat, Selangor.
Diluluskan oleh,

...

(NOOR AIDAH BINTI SOFIAN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Lui,
Hulu Langat, Selangor.

Lampiran 1
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
: Puan Noor Aidah binti Sofian
Timb Pengerusi
: Puan Hjh Maziah binti Hj Ismail
Naib Pengerusi
: En Mohd Hanis bin Abdullah
Penyelaras
: En Mohd Fazly bin Mamat@Zakaria
Penolong Penyelaras I
: Cik Nur Shuhada binti Sahak
Penolong Penyelaras II
: En. Yazid bin Isa
Setiausaha
: Cik Norsyahraina binti Salleh
JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN & PENDAFTARAN
Pn. Che Gayah bt Che Ali
En. Mohd Ramadhan b.Kamarulazam
Cik Nur Syazwana bt Jamaluddin
En Aluwi b. Yasin
PERSIAPAN TEMPAT DAN PENTAS
Pn. Norliah bt Ahmad
Pn. Kharul Bariah bt. Kamarudin
Pn. Siti Masayu bt SM Ariff
En. Abd Hakim b. Hassan
Pn. Roslah bt Abd Kadir
En. Abdul Malik b. Hj Nayan

DISIPLIN
En. Mohd Hisham b. Jaffar
Pn. Jamatol Saadiah bt. Tazarudin
Pn. Siti Nur Hafezah bt. Ithnin
Pn. Nik Siti Maria bt. Nik Yaacob
Pn. Fazlezaa bt Sarif
Pn. Norazua bt. Mohd Razuki
HADIAH & CENDERAMATA
Pn. Nor Fadzlina bt Sulaiman
Pn. Halimatun Saadiah bt Johari
Pn. Noor Azizah bt Mohd Noor
Pn. Rozita bt. Awang
Pn. Hjh Zaiton bt Yahya

KEBERSIHAN & KESELAMATAN


En. Mohd Hazmil b. Abu Hassan
En. Azman b. Ahmad Sapuan
Pn. Rodziah bt Ahmad
Pn. Rozita bt. Awang
Pn. Hjh Zaiton bt Yahya
Pn. Rahmah bt. Musa
JURUFOTO & DOKUMENTASI
En. Ibraheem b. Zulkiflee
En Syed Muhd Zahinyr b. Syed Abd
Rahim
Pn. Noraliza bt. Naharudin

MODERATOR
Amrullah bin Rauf
AHLI PANEL
Norsyahraina binti Salleh
Nur Shuhada binti Sahak
BUKU PROGRAM
Norsyahraina binti Salleh

Lampiran 2
TENTATIF PROGRAM
7.45 pagi

: Ketibaan guru dan pelajar.

8.00 pagi

: Forum Dakwah: Nabi Muhammad S.A.W Contoh Akhlak Terpuji.

10.00 pagi

: Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai