Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN PELAKSANAAN

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU ASLI/TRADISIONAL

1. TAJUK AKTIVITI
Pertandingan Nyanyian Lagu Asli/Tradisional
2. OBJEKTIF
Tujuan pertandingan nyanyian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dalam
nyanyian dan penghayatan dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang seni
asli/tradisional dalam nyanyian.
3. SINOPSIS AKTIVITI
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam.

4. TARIKH/TEMPOH
Pertandingan ini dijalankan pada 10 Oktober 2011.
5. KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
6. PENILAIAN AKTIVITI

Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan.


7. ISU / KEKANGAN
Penyertaan adalah daripada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
Pernyertaan memberangsangkan namun kurang. Ini kerana semasa pertandingan dijalankan,
pelajar sedang sibuk menyiapkan tugasan-tugasan lain seperti kerja-kerja kursus dan ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyertai pertandingan ini.
8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penghebahan iklan harus diperluas lagi supaya semua pelajar mendapat maklumat mengenai
pertandingan ini.
Pertandingan ini juga sebaiknya dilaksanakan pada awal semester kerana pelajar mempunyai
banyak masa terluang untuk menyertai pertandingan.
9. RUMUSAN
Secara keseluruhannya, perjalanan program berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan
oleh semua pihak.

LAPORAN PELAKSANAAN
PERTANDINGAN BAHASA BERIRAMA

1. TAJUK AKTIVITI
Pertandingan Bahasa Berirama
2. OBJEKTIF
Tujuan pertandingan bahasa berirama ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat
dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar secara kritis dan
kreatif serta memupuk semangat untuk berkarya dalam diri pelajar.
3. SINOPSIS AKTIVITI
Pertandingan ini terbuka kepada para pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam.
4. TARIKH/TEMPOH
Pertandingan ini dijalankan pada 20 Oktober 2011.
5. KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
6. PENILAIAN AKTIVITI
Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan.
7. ISU / KEKANGAN
Penyertaan daripada para pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam .
Penyertaan kurang namun memuaskan. Ini kerana semasa pertandingan dijalankan, pelajar
sedang sibuk menyiapkan tugasan-tugasan lain seperti kerja-kerja kursus dan ini menyebabkan
mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyertai pertandingan ini.
8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penghebahan iklan harus diperluas lagi supaya semua pelajar mendapat maklumat mengenai
pertandingan ini.
Pertandingan ini juga sebaiknya dilaksanakan pada awal semester kerana pelajar mempunyai
banyak masa terluang untuk menyertai pertandingan.
9. RUMUSAN
Secara keseluruhannya, perjalanan program berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan
oleh semua pihak.

Majlis Penutupan Perasmian Pelancaran


Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat IPG KPI

CONTOH LAPORAN PERSEMBAHAN


LAPORAN PERSEMBAHAN KOIR (Nasyid)
TARIKH
: 9 APRIL 2011
HARI
: SABTU
MASA
: 8.00AM
TEMPAT
: SK KAMPONG PASIR PUTIH
Persembahan Koir (Nasyid) diadakan sempena Majlis Tadarus Al-Quran tahun
2011M/1432H di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Putih.Pasukan koir ini telah
dianggotai seramai 9 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid sekoalah rendah
kebangsaan daripada sekolah-sekolah di sekeliling Zon D Daerah Kinta.
Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan
lagu Kebesaran Negeri Perak.Lagu ini dinyanyikan pada awal majlis.Permulaan
persembahan agak baik kerana cara naik ke pentas serta cara beratur pemain alat
muzik serta para penyanyi adalah kemas dan teratur.
persembahan nyanyian lagu ini lapisan suaranya kurang jelas dan nyanyian
kadang-kadang tidak mengikut tempoh iringan muzik yang dimainkan.Alunan melodi
yang dinyanyikan oleh pasukan ini juga tidak sama dan kurang cantik apabila didengar,
walaupun begitu,mereka ada menunjukkan unsur-unsur dinamik dan expressi
yang baik.Mereka telah dapat memberikan sepenuh penghayatan terhadap lagu yang
dinyanyikan dengan baik sekali di mana para penonoton dapat merasai perasaan yang
ingin disampaikan oleh penyanyi.
Susunan dan kedudukan para ahli koir semasa persembahan adalah baik
dimana ia disusun dalam 1 barisan.Ini telah dapat memberi peluang kepada semua
penyanyi dapat disaksikan dengan jelas oleh para penonoton yang hadir.Para penyanyi
juga dapat dilihat agak yakin semasa memberikan persembahan.
Pasukan ini telah dipimpin oleh guru-guru muzik dengan bantuan guru-guru
JQAF yang agak berpengalaman dalam bidang muzik.Arahan pemimpin telah dapat
mengawal persembahan dengan baik dengan teknik dan gaya pimpinan yang
tersendiri.
Bagi bahagian muzik iringan pula,ia dimainkan dengan baik sekali.Penggunaan
rentak dan bunyi yang sesuai telah memnyebabkan persembahan koir ini lebih sedap
didengari.Secara keseluruhannya persembahan koir ini menarik dan sesuai dengan
majlis tersebut.
Kekuatan Kumpulan ini:
1.
Mempunyai pemimpin yang baik.
2.

Ahli kumpulan yang mahir dalam nyanyian

3.

Berdisiplin dan berkerjasama serta komitment

4.

Penyanyi dan pemain muzik yang agak baik.

5.

Sound system yang baik.

Kelemahan yang ada:


1.
Kawasan dewan yang agak bising sehingga tak dapat dengar nyanyian.
2.

Kedudukan pentas yang kurang sesuai iaitu di bahagian tepi pentas utama.

3.

Mikrofon yang tidak mencukupi.

4.

Gangguan daripada kebisingan murid-murid lain

5.
Masa latihan yang terhad sehingga menyebabkan persembahan kurang
memuaskan.

PERSEMBAHAN KOIR

PENGENALAN
Koir adalah suatu ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan
sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan
penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa
Perancis yang bermaksud "bersama-sama."
Kelab koir ialah sebuah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih.
Koir ditubuhkan disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru akan menjemput
orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat tersebut. Kebiasaanya koir
juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu
kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan baru ini akan membuat persembahan disekolah dan
akan menggantikan kumpulan mahir atau senior mereka.
Dari segi istilahnya, koir adalah sebuah kumpulan muzikal vokal yang menyanyi
beramai-ramai yang membentuk satu nyanyian yang harmoni. Walaupun bukan penyanyi solo
yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli ini mampu untuk menghasilkan gabungan
suara yang berharmoni, mantap dan merdu.
Koir sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum
di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan
generasi muda. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah
pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping
sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah
peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang
tinggi.Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan
kental dalam diri.
Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular
dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana
aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih
mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.
STRUKTUR PERSEMBAHAN KOIR

Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih
dikenali
sebagai konduktor
muzik(sama
seperti orkestra). Konduktor-konduktor
untuk koir kadang-kala
dipanggil pengarah
koral, pemimpin
korus, atau pemimpin
koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian


sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan
nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam
dan lapan.
Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik.
Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella. Instrumen iringan secara
praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra
penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen
lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzikal acapella.

KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA


Biasanya dalam koir ini terdapat empat kumpulan suara. Tapi boleh jadi lebih dari itu. Tingkattingkat suara yang lazim adalah seperti soprano dan alto (wanita), manakala tenor dan bes pula
adalah untuk lelaki. Bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya ada dua gabungan suara
iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak
perempuan. suara ahli kumpulan akan duji terlebih dahulu bagi menentukan dimana kedudukan
suara mereka samaada soprano, alto, tenor mahupun bes. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan
berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.
Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4)
hingga ke "A atas" (A5) untuk muzik koir. Perkataan "soprano" secara umumnya merujuk
kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita. Dalam nyanyian 4
penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang
kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian. Namun terdapat juga soprano yang
boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara kebiasaannya.

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E


sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi
wanita. Dalam kumpulan 4 penyanyi koir, suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi.
Nota alto pada asalnya ditulis dalam klef alto tetapi kini ditulis dalam klef trebal.
Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto,
namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah
istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan
penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap tingkat suara ni
mempunyai peranan masing-masing dalam meharmonikan sesuatu persembahan
nyanyian.

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua
rendah,
di
atas
suara penyanyi bes dan
di
bawah
suarapenyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan
suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera.
Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan
tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk
menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.

Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi
kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia
amatlah sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar
tenor.
Kebanyakan lelaki dewasa
lebih
gemar
menyanyikan
lagu
untuk
bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki
suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak
sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam
sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor
walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup
tinggi.

Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan
rendah di dalam suara manusia. lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2
hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara
dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah
kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah
penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka.
Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak
kumpulan
koir
yang
paling
kerap
dibuat,
mengandungi
penyanyipenyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB. Jika
suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB,
manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat
bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan, istilah pendek yang digunakan
adalah SATBarB.
Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran
namun S merujuk kepadasoprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan
oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor.
Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard

Koir
wanita mengandungi
suara soprano dan alto sahaja,
menggunakan
singkatan SSAA atau SSA

Koir kanak-kanak - sering dibuat


dalam
dua
bahagian SA (soprano; alto) atau
tiga bahagian SSA atau kadangkala mengandungi lebih banyak
suara.

Soprano
Alto
Tenor
Bes

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KUMPULAN KOIR


Perancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara bersistematik agar
segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif. Ia bertujuan mengelak
daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat.
Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya,
antaranya ialah :
1. Saiz kumpulan
2. Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara
3. Jumlah atau bilangan penyanyi

4. Pemuzik Iringan
5. Alat Muzik Iringan
6. Keupayaan Guru.
7. Tempat Latihan
8. Jadual Latihan
9. Surat menyurat
10. Skor atau gubahan-gubahan lagu.
Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya
dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur berikutnya ialah:
Menentukan tarikh uji bakat
Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat
berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik
dikalangan pelajar.
Melaksanakan uji bakat
Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian
koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan.
Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses
keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini
bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.
Penyanyi yang telah terbina identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk
nyanyian solo , Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan.
Warm up perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul
bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekarapekara berikut;
Tempo
Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat
aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah;
Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan.
Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

Renj
Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti
suara soprano, alto ,tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan meminta
pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara
lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada
sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau
turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh
setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang
sesuai dengan setiap individu.

Tone Suara
Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan
tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau
tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel.
Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi
yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan.

Irama
Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya
dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan
bahagian-bahagian irama up beat atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan
pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang
pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang
selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang
mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya.
Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan
layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta
telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru
memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam
waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika
dimainkan dengan betul.

Ketepatan Pic

Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia
juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap
pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat ,
lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks
ini guru perlu mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic
dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan
balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi
yang dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah
memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara aktiviti
yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan
dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.

Pembahagian Kepada Kumpulan S.A.T.B


Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah
dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang.
Pemberatannya ialah 13penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi
sopranao.Pemberatan ini diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan.
Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan
berdasarkan renj saperti berikut;
1. Soprano
2. Alto
3. Tenor
4. Bes
Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan
diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun
kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan
kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan.
Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan
menyanyi secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan
dengan turutan berikut;
1. Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa iringan)
Melodi dimainkan piano sebagai panduan.

2. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan)


3. Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri.
4. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu
dengan iringan piano.
5. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat.
Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.

KESERAGAMAN KOIR
Permulaan dan tamat (attack and released)
Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap
kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya
perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat
individualistik.
Menentukan aras dinamik

Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya
didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan
impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.
Pakaian
Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah
terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika
persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguangangguan seperti
berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan
potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang
konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri.
Gaya persembahan
Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agrasif tetapi memadai dengan
menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu yang
dinyanyikan. Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi penyanyi dan
penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen-elemen muzik saperti
harmoni, pic, dinamik, interpretasi , sebutan dan sebagainya.

KESIMPULAN
Melalui perancangan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir akan
dapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti. Malah sistem penjadualan dan sikap yang tegas
dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat agar ahli kumpulan koir tidak mengambil
kesempatan atau sambil lewa menjalani sesi latihan. Sikap kesungguhan mengendalikan latihan
akan menarik keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik.
Cara mengendalikan latihan dengan mengadakan warm-up vokal dan tubuh turut
menarik minat serta perangsang kepada ahli koir. Aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak begitu
penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan fizikal yang
berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli menyertainya kerana sesi
tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan atau hiburan. Contohnya senaman
ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dijalankan
seperti bubbling, humming, dan cara latihan suara yang menggunakan pelbagai teknik yang
menarik lagi berkesan.
Kemesraan dan cara layanan terhadap ahli koir juga perlu diberi tumpuan untuk menarik
mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Latihan yang betul dan berkesan penting
kepada ahli koir. Selang antara hari latihan tidaklah terlalu lama dan ahli koir perlu mengadakan
sesi latihan sepanjang masa sehingga hari pertandingan. Perhatian yang kurang akan
menyebabkan kumpulan koir menjadi lemah dan kurang komitmen. Jurulatih dan pelajar mesti
ada kesungguhan yang kuat untuk memenangi sebarang acara atau pertandingan itu. Pujian atau
motivasi perlu diberikan oleh jurulatih sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan
kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan.

GAMELAN
PENGENALAN
Gamelan berasal dari perkataan Jawa (gamel) yang bermaksud pukul, tukul atau pukul.
Gamelan mula dimainkan dalam istana kerajaan Kediri di Jawa Timur sebelum dibawa
masuk ke istana kerajaan Riau Lingga pada kurun ke -17. Semasa pemerintahan Sultan
Mahmud 111, gamelan menjadi ensembel muzik penting di istana Johor Riau. Kemudiannya
ia dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa majlis perkahwinan Tengku Husin (putera
sulung sultan Mahmud 111) dengan puteri Bendahara Tun Ali di Pahang. Oleh kerana
Tengku Husin tidak dapat kembali ke Istana Riau selepas kemangkatan Sultan Mahmud 111
maka Tengku Abd Rahman, putera kedua Sultan Mahmud 111 akhirnya telah ditabal
sebagai sultan yang baru.

Perkembangan Gamelan
Dari Pahang, gamelan kemudian dibawa ke Terengganu semasa perkahwinan diraja antara
Tengku Suleiman(Terengganu) dengan Tengku Meriam(Pahang). Gamelan telah mencapai
zaman kegemilangannya apabila Tengku Suleiman ditabal sebagai Sultan Terengganu.
Baginda bersama Permaisuri Meriam melatih generasi baru penggiat seni persembahan
gamelan. Di Pahang pula, Tengku Ampuan Wan Fatimah(Wan Cha) dan Che Zabedah
(isteri kedua sultan) bersama Encik Wan Ahmad, Encik Wan Mohamad dan Encik Ahin
terus berusaha dan berjaya meningkatkan seni persembahan gamelan ke peringkat lebih
tinggi. Usaha ini dinaungi sendiri oleh Sultan Ahmad Muadzam Shah, Sultan Pahang.
Tahun 1914, Che Zabedah (Pahang) berpindah untuk tinggal bersama puterinya Tengku
Meriam dengan membawa bersama penggiat gamelan Pahang ke Terengganu. Kedua-dua
kumpulan ini bergabung dan bergiat aktif dalam seni gamelan di Terengganu. Pada zaman
kegemilangan gamelan di Terengganu, banyak lagu baru dicipta antaranya Lambang Sari,
Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, dan Lancang Kuning. Tengku Meriam telah
menerbitkan beberapa artikel berkaitan muzik gamelan. Semua aktiviti ini di bawah
naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Terengganu. Gamelan mengalami
kemerosotan selepas penaklukan Jepun. Tahun 1979, set gamelan asal yang berada di
Terengganu telah dikembalikan dan kini terpamer di Muzium Di Raja, Pekan Pahang

Anda mungkin juga menyukai