Kertas Kerja Kawad Kebakaran

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pendahuluan
Kawad Kebakaran atau fire drill merupakan salah satu kaedah melatih pelajar dan warga SMK Sg Pasir
berhadapan dengan bahaya kebakaran. Mengikut prosedur keselamatan, sekurang-kurangnya latihan kebakaran
ini perlu dilakukan 2 kali setahun.Penerangan dan tunjukcara dari mereka yang professional dalam bidang ini
adalah sangat penting memandangkan ilmu menyelamatkan diri ini perlu dititik beratkan dalam menjadikan
sekolah ini sebagai sekolah selamat.
2.0 Rasional
Kawad kebakaran dilakukan untuk memenuhi keperluan penarafan keselamatan sekolah oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kebiasaannya penarafan keselamatan ini dilakukan pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.
Manakala pemantauan dari Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dilakukan secara berkala
sepanjang tahun.
3.0 Objektif
3.1 Memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran.
3.2 Menimba ilmu memadam kebakaran.
3.3 Menjadikan situasi kebakaran sebagai latihan apabila berlakunya bencana yangsebenar.
3.4 Mendidik pelajar prosedur yang selamat dan laluan kebakaran yang selamat mengikut pelan
kebakaran yang di sediakan.
4.0 Keperluan perbelanjaan
-Minyak Petrol dan diesel -5 liter setiap satu (RM 2.10 x 5) + (RM 2.10 x 5)

RM 21.00

-Perbelanjaan makan dan minum pegawai bomba -(7 orang pegawai x RM 7 sekepala) = RM 49.00
Jumlah perbelanjaan: -

5.0. Pelaksanaan
Latihan kawad keselamatan kebakaran ini dilaksanakan seperti di bawah.
Tarikh : 16 April 2014
Masa : 8.00 pagi
Hari : Rabu
Tempat : PADANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SG PASIR
Aktiviti :
1. Latihan kebakaran dikendalikan oleh pegawai bomba dan guru
2. Demonstrasi memadam kebakaran

RM 70.00

Tentatif progran
MASA
8.30 8.35 Pagi

BUTIR-BUTIR AKTIVITI
Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
Semua pelajar wajib meninggalkan bilik dan menuju
ke tempat
berkumpul seperti yang terdapat dalam plan
kecemasan

8.35 8.55 Pagi

Pendaftaran pelajar. Pelajar diminta bergerak ke


tapak latihan kebakaran

8.55 9.55 Pagi

Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak


Bomba dan Penyelamat Malaysia

9.55 10.10 pagi


10.10 Pagi

Sesi soal jawab


Para pelajar bersurai untuk rehat bersama
guru manakala tetamu dijemput ke kantin
jamuan ringan

.
Disediakan oleh
-----------------------------------------(EN.Ramizu B Ibrahim)

Disemak oleh
---------------------------------------(Pn Zakiah Bt )

Anda mungkin juga menyukai