Anda di halaman 1dari 3

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan
muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat
ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum
dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab
keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis
minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan
hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar
"hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki
kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar
kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk
dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3
suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi
salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid
dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas
bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan
bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia,
iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul
itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai


kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari
kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking
sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai
pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju
labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda
bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersol
at akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan
Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang
melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman
dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada
hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta,
orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah
terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana
sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana

menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar


gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan
mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah
kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri
akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan
penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam
dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah
antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari
solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal,
di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap,
tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan
kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan
jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama
menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membel
akang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila
dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana
Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk

kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan


kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar
anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu
ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari
untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari
tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda
lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti
yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama
orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin,
hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas
air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak
wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah
minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa
menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam
dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang

duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan


tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka d
engan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca
doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan
makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat
itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan
tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa
dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak
suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan
muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari
melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas
kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup
dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah
biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah
memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di
sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu
puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha
dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli
neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di
bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih
baik dari dunia dan segala isinya....

Anda mungkin juga menyukai