Anda di halaman 1dari 17

Terapi

Definisi

Jenis-jenis terapi
1.0

Terapi Hidro
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi

pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara
serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani
oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.Rangsangan air yang
secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat
diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan
yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan
diri murid-murid water confidence. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat
memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya
melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
1.0.1 Objektif
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid
bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat
membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan muridmurid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti muridmurid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi
(Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid pendidikan khas juga.

1.0.2 Definisi dan Konsep


Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor
kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala
otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan
bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan
pergerakan.Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak
pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan
masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air
secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit
rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina
keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif
melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendisendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan
pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam
hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan
oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan
di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada
prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau
bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan
modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.
1.0.3 Kepentingan Hidroterapi
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk
mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan
spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi
ini ialah:
a. Menghilangkan tekanan
b. Keupayaan berkomunikasi
c. Simulasi system otak

d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.
n.
o.
p.
q.

Bina keyakinan diri


Kreativiti
Kawalan diri
LatihanSocialskill
Merangsang pertuturan
Melatih sikap bekerjasama
Meningkatkan kesabaran
Pengamatan
Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
Latihan daya kepimpinan
Manipulasi tangan dan jari-jemari
Daya konsentrasi
Pembentukan body image
Peningkatanself-esteem

1.0.4 Panduan Latihan


Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang
paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor
keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan
intelektual murid-murid tersebut.
i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke
dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan
kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk
mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan
perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh
menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan
memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye
Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan
dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.
ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan
yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan
sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI
yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman
kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka.
Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian
kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh
menguasainya.
1.0.5 Aktiviti rekreasi hidroterapi.
Pendahuluan
Memanaskan badan dan meregangkan otot.
Mengenakan jaket keselamatan.
Isi Pelajaran
Bermain-main di tepi air.
Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
Aktiviti renang dengan bantuan guru.
Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

Penutup
Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
Mengemaskan dan membersihkan diri.

2.0

Terapi muzik
Setiap ciptaan dalam semesta ini dilambangkan dengan satu tahap tenaga yang

tertentu. Keadaan sebenar setiap benda tertentu adalah keadaan tenaga dalam jirim
tersebut. Apabila kita menjalani kehidupan seharian, kita berada sama ada dalam satu
keadaan tenaga positif atau tenaga negatif. Ini ditunjukkan oleh fikiran kita, keinginan

kita, pemikiran kita adalah apa yang mendorong kita semua untuk bertindak.

2.0.1 Definisi
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Di mana gegaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan
minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga
dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. Sejarah
terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. Sebuah buku yang mengandungi
ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang". Epik India juga telah pun membuktikan bahawa muzik adalah punca yang
paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi.
Nota muzik yang berbeza juga telah dikatakan mampu untuk mencipta perubahan
dalam keadaan alam semula jadi.
2.0.2 Kepentingan
Ramai pakar yang mencadangkan bahawa ritma muzik atau rentaknya yang
mempunyai keberkesanan untuk menenangkan kita semua walaupun kita mungkin
tidak begitu sedar mengenainya. Mereka menjelaskan bahawa apabila kita berada pada
tahap bayi dalam rahim ibu, kita mungkin telah terbawa oleh denyutan jantung ibu, Kita
bertindak balas terhadap muzik yang menenangkan di peringkat lanjut dalam hidup,
mungkin ianya kerana persepsi kita terhadap muzik yang berkait rapat dengan
keselamatan, persekitaran yang menenangkan, dan juga perlindungan yang diberikan
oleh ibu kita sejak dari mula. Terdapat tujuh sistem kelenjar dalam badan manusia,
tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap
nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat
tenaga di minda dalam cara unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke tubuh
kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imun kita
akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga
memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan

semula jadi badan. Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara
kelenjar-kelenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh
seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan
meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan
mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.
2.0.3 Konsep
Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga
dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu
walau apa pun genrenya, tidak kira sama ada ianya klasikal, melodik, atau rock
sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita.
Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang
hebat berjalinan dengan ingatan kita di mana ianya selalu membawa kita kembali pada
satu masa yang telah hilang selamanya, ianya juga selalu melahirkan sejenis perasaan
di mana kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala
kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut. Lagu-lagu yang
meriah mencipta satu rasa kegembiraan, ia bergetar harmoni dengan harapan. Barubaru ini muzik telah digunakan sebagai pemangkin bagi memudahkan wanita untuk
melahirkan bayi, ianya juga digunakan untuk merawat gangguan rohani, meditasi dan
sebagainya

3.0

Terapi Hippoterapi ( Berkuda )

3.0.1 Pengenalan

Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan


berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom
down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang
kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang
memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".
3.0.2 Sejarah
Pada tahun1875 Menunggang kuda telah dijadikan sebagai latihan terapi di Paris
.Ia telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Di seluruh dunia, ahli terapi
fizikal telah menggunakan hippotherapy selama lebih daripda 30 tahun dahulu. Sejak
1970 Di Amerika Syarikat ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan dan pakar patologi
pertuturan bahasa telah menggunakan pergerakan kuda dalam terapi mereka. 1992
Amerika Hippotherapy Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum
pendidikan, komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan
pergerakan kuda dalam rawatan.
3.0.3 Definisi
Hippo (badak air) Berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu Hippocrates
yang bermaksud kuda. Terapi Menurut Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk
mengembalikan

kefungsian

badan

secara

normal. Kesimpulannya

Hippoterapi

bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda. Faedahnya meliputi


seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental.
Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu
mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium
(tengkorak) semasa gerakan galloping kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat
segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan
manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah
geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan
penunggang kuda sihat dan bertenaga. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah

fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang
selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda
juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi
berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga
perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
khas.
3.0.4 Faedah kepada kanak-kanak pendidikan khas
Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat .
Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot,
membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.
3.0.5 Objektif
Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina
konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi
antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).
Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran
dapat :- Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka
supaya mematuhi disiplin. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.
Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.
Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

3.0.6 LANGKAH PELAKSANAAN

Memperkenalkan kuda kepada kanak-kanak iaitu mengajar mereka cara


mendekati kuda, tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda,
mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan
dan rakap. Cara menaiki kuda seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki
kuda dengan selamat, seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda

dengan selamat.
Menunggang dengan bantuan. Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan
menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan
terapi dengan bantuan jurulatih. Menunggang sambil melakukan pergerakan.
Kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti

mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.


Menunggang sambil menyanyi.
Adakalanya kanak-kanak akan mengikut
jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda. Ini dapat memberikan
mereka keseronokan dan kepuasan. Menunggang menggunakan tali panjang.
(longing). Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali
panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih
tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang

panjang . Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.
Menunggang mengikut arahan seterusnya kanak-kanak akan diajar bagaimana
menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt
arahan jurulatih. Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu

melakukannya sendiri.
Menunggang sendiri Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan
sendiri. Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri. Namun demikian,
jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telah benar-benar mahir.

4.0

Terapi Pertuturan

4.0.1 Latihan senaman muka dan kawalan pernafasan.

Periksa Struktur Dan Fungsi Alat-alat Pertuturan:

Muka
Hidung
Mulut
Bibir
Gigi
Lidah
Lelangit keras
Anak tekak

Kawalan pernafasan
Cara pernafasan-menggunakan bahu,dada atau perut.Yang sesuai perut Tarik
nafas-tahan 5/10/15/20 s-hembus Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus nafas
ikut hidung/mulut 2 kali Hembus bulu ayam/percikan kertas Hembus bola kertas ke arah
gol.
Kawalan pernafasan
Minum, sedut dan buat buih air menggunakan straw. Tiub bubbles Tiup alat yang
mengeluarkan bunyi mengikut tahap kesusahan Tiup wisel mengikut rentak-1,2,1 1 2
Tiup belon mengikut tahap kesusahan
Kawalan suara
Letakkan tangan di hadapan mulut Letakkan belakang tangan di bahagian leher
Sebut fonem di bawah-5, 10, 15, 20 saat /a/ /i/ /u/

Diskriminasi bunyi
Membezakan bunyi Mengenalpasti bunyi s/ada ia sama atau berbeza dengan
bunyi yang lain. Membeza bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Kemahiran
suprasegmental seperti nada panjang,pendek,tinggi, rendah kekuatan bunyi yang kuat

dan perlahan mula dipelajari. Mengguna dua atau tiga benda maujud Membezakan
bunyi Bunyi binatang/kenderaan/benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh.ayam kucing
Nama ahli keluarga/anggota badan/binatang/tumbuhan/benda persekitaran (1s/kata)
bas, jam,pen,bom 1-2 s/kata mata, ibu dan ayah 1-3 s/kata kereta, kerusi,kelapa 1-4
s/kata matahari, serigala
Mengenalpasti bunyi
Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Sudah mengenal
objek yang diminta dan memahami arahan ringkas. Menggunakan 4 hingga 8 benda
maujud/gambar

bunyi

binatang/kenderaan/benda

yang

mengeluarkan

bunyi.

Contoh.miaw,kok kok
4.0.3 Latihan pra pertuturan
Pandangan Mata
Letakkan permainan berdekatan mata anda. Tujuan supaya subjek melihat ke
arah guru Jika tidak beri perhatian,berhenti dan panggil namanya sebelum mula aktiviti.
Berhenti sebelum subjek penat dan beri ganjaran kepada yang berjaya. Bermain
dengan kapal terbang.secara beransur kapal terbang berdekatan dengan muka.
Bermain dengan topeng muka-lukis dan warna topeng,pakai topeng dan memandang
ke arah muka anda.
Tumpuan Perhatian
Tumpuan kanak-kanak pendek. Tumpuan perhatian yang panjang diperlukan
terhadap sesuatu aktiviti untuk memahami bahasa. Pelbagaikan aktiviti dan sentiasa
berusaha menarik perhatian subjek. Contoh:meniub belon,lepas dan kejar belon,lukis
gambar atas belon,pukul belon, rasa udara yang keluar dari belon.
Meniru

Meniru merupakan proses awal kanak-kanak memahami seuatu perbuatan atau


pertuturan yang bermakna. Kanak-kanak meniru gerak mulut,lidah, bibir dan suaranya
supaya sama dengan sebutan ibunya.( mama,bye-bye) Permainan yang menggalakkan
meniru sangat berguna jika subjek belum bertutur
Ambil Giliran
Kemahiran mengambil giliran diperlukan dalam komunikasi,seorang bertutur dan
seorang lagi mendengar dan tunggu gilirannya sehingga kawannnya berhenti Biar
seorang saja memberi arahan, perkataan yang ringkas 2/3 perkataan yang tepat
penggunaannya. Beri masa kepada subjek untuk memahami aktiviti dan buat secara
teratur
Bermain dengan Betul
Bermain merupakan asas pemerolehan bahasa,pemikiran dan imaginasi.
Kemahiran bermain yang berguna-bermain dengan deria(sentuh & lihat),bermain alat
permainan yang perlukan imaginasi spt: set makan,rumah,set doktor, bermain
sembunyi dan cari. Anda boleh menggabungkan kemahiran pra pertuturan ketika
bermain dengan subjek.
Latihan Pertuturan

Bunyi

binatang/kenderaan/benda

persekitaran

(1-2

bunyi).Latihan

boleh

dimulakan bila subjek mempunyai kemahiran pra-komunikasi dan membezakan


bunyi. Bunyi binatang/kenderaan/benda persekitaran 2-5 bunyi. Latihan membez
a,mengenalpasti,memahami

dan

membunyikan

vokal

/a/

/i/

/u/

/o/

Beza,kenalpasti,memahami dan membunyi vokal /a/ /i/ /u/ /o/ /e/ /ao/.
Kenalpasti,memahami dan menyambung bunyi vokal (diftong) 2-5 gabungan
vokal Membaca dengan menyebut bunyi vokal Menyanyi menggunakan bunyi
vokal dengan nada panjang pendek. Pengenalan konsonan mudah y,w,h,l,b,p.
Membeza fonem bersuara dan tidak bersuara,kenalpasti kedudukan dan cara
penghasilan sesuatu fonem.

Latihan cara penghasilan fonem konsonan pertengahan t,d,f,v,c,j,s,z. Konsonan


lanjutan k,g,r,m,n,ny,ng Latihan membaca hanya sebut bunyi vokal dan
konsonan dengan jelas ikut sukukata Tingkatkan kosa kata Faham dan hafal
ayat tanya dan jawab. Tingkatkan motivasi bertutur dan mendengar.

5.0

Terapi Aroma

5.0.1

Pengenalan
Istilah Aromaterapi sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: "Aroma", yang

bermakna bau, atau haruman, dan "Therapy", yang bermakna rawatan. Inti bungabungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir
dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu.
5.0.2

Definisi
Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu

daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara
merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial
secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus
sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam. Aromaterapi adalah kaedah
rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil
dari segi jasmani,minda dan kerohanian.
5.0.3

Konsep
Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal,

perasaan dan semangat. Minyak essensial adalah inti yang tak berminyak,pekat dan
harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah dari
segi

fizikal

seperti

melegakan

menyenangkan hati dan perasaan.

otot-otot

melalui

urutan

dan

emosi;

dengan

Dari segi semangat pula ia bermanfaat untuk

mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi. Idea di sebalik


aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap
individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif,
seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut
untuk memupuk kesihatan holistik. Haruman semulajadi ini dapat menguatkan
hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.
5.0.4

Kebaikan Aromaterapi

Asalusul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir

purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah


merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk
mengeluarkan minyaknya. Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh
tamadun Cina,India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun
Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai
sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan
perubatan tradisional, tetapi ciriciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda,
jasmani dan semangat.Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya
mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria,kebimbangan,
masalah tidur dan juga masalah memori. Kebaikan dari segi perubatan termasuk
mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong,
lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan
memperbaiki kualiti udara. pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan
bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki
kualiti udara.

Anda mungkin juga menyukai