Anda di halaman 1dari 3

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah


melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua
bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini
di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agamaagama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai
buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.
Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya
tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu
globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini
sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum
pernah berlaku pada abadabad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan
implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan
mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan
haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan
diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat.
Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita
perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita,
terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan
tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau
keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan
negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara
negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya
turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukanriya sekadar
menguntungkan negara-negara maju.
Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat
terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di
sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah teras ,
iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini
menganggap

bahawa

semua

perkara

mampu

dikaji

oleh

manusia

menggunakan sukatan mutlak.


Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam
penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian
tersebut. Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan yang terkawal.
Seorang pengkaji mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku
dan membuat kajian untuk membuktikan sama ada idea tersebut

( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak.


Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian
tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil
penyelidikan itu. Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan
kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan
kesahihan hasil penyelidikan itu.
1.7 Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada Masyarakat dan Negara.
Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana-mana
Negara lain di dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan
kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilainilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Kita perlu
faham bahawa tidak semua nilai maasyarakat Barat elok untuk kita, dikhuatiri
adalah kemasukan sebahagian daripada nilai masyarakat Barat yang mungkin
tidak sesuai untuk masyarakat tempatan.
Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan
satu sistem yang memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia
ini. Nilai-nilai ini boleh berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap
kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil
daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang
sebelumnya kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses
perubahan sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam
kehidupan kita pada hari ini.
Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada
bermacam-macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana
maklumat dan idea-idea baru bergerak hamper tanpa halangan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan
maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilainilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita
melakukan

perubahan

dengan

cepat

untuk

mengekalkan

kesesuaian

( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini
membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan
bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada.
Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem
nilai yang sedia ada supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia
sekarang dan pada waktu yang sama memastikan semua anggota dalam
masyarakat dapat mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku. Inilah

masalah yang dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga
oleh semua masyarakat di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai