Anda di halaman 1dari 2

Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah adalah thoreqat yang mutabar antara ratusan

thoreqat yang dianuti oleh umat islam di seluruh dunia. Thoreqat Qodiriah
Naqsyabandiah adalah gabungan 2 thoreqat terbesar iaitu Thoreqat Qodiriah
yang dibawa oleh Syeikh Abdul Qodir Jailani dan Thoreqat Naqsyabandiah yang
dibawa oleh Syeikh Mohd Nuruddin Bahauddin An-Naqsyabandi.

Thoreqat-thoreqat tersebut telah digabungkan oleh Syeikh Ahmad Khatib AsSyambasi Ibn Abdul Gaffar, seorang Ulama Nusantara yang terkenal pada
zamannya yang bermukim di Mekah dan menjadi Mursyid kepada Thoreqat
Qodiriah di Mekah pada awal abad ke 13 hijrah jadilah Namanya Thoreqat
Qidiriah wa Naqsyabandiah dan berkembang di negeri-negeri nusantara. Syeikh
Thalhah kalisapu cerebon adalah salah seorang murid kepada Syeikh Ahmad
Khatib As-Syambas dan dikenali sebagai tokoh thoreqat yang prominen dengan
karamah beliau selain Syeikh Abdul Karim Banten dan Syeikh Khalil madura,
semasa belajar di Mekah dan Syeikh Thalhah telah diangkat sebagai Mursyid dan
mengembangkan ajaran daripada thoreqat anutannya di Cerebon, Jawa Barat
Indonesia. Syeikh Abdullah Mubarak Bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) telah
mengambil talqin Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah daripada Syeikh Thalhah dan
menjadi murid beliau dan kemudian diangkat sebagai Mursyid Thoreqat Qodiriah
Naqsyabandiah yang kemudiannya mengembangkan ajaran ini di Pondok
Pesantren Suryalaya, Jawa Barat, Indonesia yang ada sekarang.

Syeikh Abdullah Mubarak

Pondok Pesantren Suryalaya telah didirikan oleh pengasasnya Syeikh Abdullah


Mubarak Bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) pada tanggal 5 September 1905
masehi dengan restu Gurunya Syeikh Thalhah menjadikannya sebagai Pusat
Pegembangan Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah di nusantara sehinggalah beliau
wafat pada tahun 1956 dan disemayamkan di Kejambaran Rahmaniah Puncak
Suryalaya. KH Ahmad Sohibulwafa Tajul Arifin (Abah Anom) adalah anak kepada
Abah Sepuh dan penerus kepada pimpinan Pondok Pesantren Suryalaya juga
berkapasiti sebagai Mursyid Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah satelah wafatnya
Ayah beliau Abah Sepuh. Dan di bawah pimpinan Abah Anom, Pondok Pesantren
Suryalaya telah berkembang maju merentasi seluruh pelusuk Jawa dan Indonesia
saterusnya Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura, Brunei bah ke
seluruh dunia.

Dalam rangka pengembangan dan penyebarluasan ajaran Thoreqat Qodiriah


Maqsyabandiah, Abah Anom sebagai Syeikh Mursyidnya melantik Wakil-Wakil
Talqin yang berperanan sebagai wakil mursyid memberikan tunjuk ajar dan

bimbingan amaliah kepada ikhwan-ikhwan yang mengambil dan mengamalkan


ajaran thoreqat ini. Di Malaysia wakil-wakil talqin yang telah ditauliahkan oleh
Syeikh Mursyid Abah Anom antaranya ialah Yabhg. Tun Haji Sakaran Dandai yang
juga dalam kesepakatan para ikhwan telah melantik beliau sebagai Penasihat
Agung TQN Pondok Pesantren Suryalaya di Malaysia, selain beliau Ym. Ustaz Haji
Mohd Zuki As-Sujak bin Shafie di Kedah, Ym. Prof. Dr. Haji Abdul Manan AlMarbawi Bin Haji Muhammad di Terengganu, Ym. Ustaz Haji Saifuddin Al-Hafiz Bin
Haji Maulup di Negeri Sembilan, Ym. Ustaz Haji Mansor Salleh di Semporna,
Sabah dan Ym. Ustaz Haji Abdul Manaf Bin Abidallah di Tawau, Sabah.

KHA Sohibulwafa Tajul Arifin

Inabah adalah dampak daripada karamahnya Syeikh Mursyid KHA Sohibulwafa


Tajul Arifin (Abah Anom). Inabah ialah institusi rohani pusat rehibilitasi para
korban penagihan zat-zat adiktif seperti dadah dan sejenisnya, melalui Institusi
Inabah ini puluhun ribu remaja yang menjadi korban narkoba telah dipulihkan
dalam ertikata lain Institusi Inabah telah berhasil dalam misinya memanusiakan
manusia melalui kaedah sufi dengan pengamalan dzikirullah, dzikir jahar dan
dzikir khofi sebagai ubat kepada kawalahan manusia menurut methode atau
kaedah dari ajaran Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah. Di Malaysia terdapat 3
buah Inabah yang lebih dikenali sebagai Pondok Remaja inabah. Pondok Remaja
Inabah Malaysia 1 di Jabal Suf, Kuala Nerang, Kedah dipimpin dan dikendalikan
oleh Ym. Ustaz Haji Mohd Zuki As-Sujak Bin Shafie, Wakil Talqin TQN di Malaysia,
Pondok Remaja Inabah Malaysia 2 di Kuala terengganu yang dikendalikan Ustaz
Haji Osman Abdul Jalil (allahyarham) dan Pondok Remaja 3 Inabah Kamal
Semporna yang dikendalikan oleh Yayasan Sabdi (Yayasan Tun Haji Sakaran
Dandai) dan diawasi sepenuh masa oleh Ym. Ustaz Haji Ady Borhansyah Bin
Mokhtar disamping bantuan Wakil-Wakil Talqin TQN di Malaysia dari semasa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai