Anda di halaman 1dari 31

KONSEP MODUL

LITERASI
(PROGRAM LINUS)
ASAS 3

1.0 DEFINISI LITERASI


Literasi
didefinisikan
sebagai
keupayaan untuk membaca, menulis
dan memahami perkataan, ayat tunggal
dan ayat majmuk yang mudah dengan
menggunakan kata hubung `dan serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam pembelajaran serta komunikasi
harian.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk
memastikan
semua
murid
yang
mengikuti
Program
LINUS
berkeupayaan untuk menguasai literasi
dalam bahasa Malaysia dan numerasi
kecuali murid berkeperluan khas
selepas tiga tahun mengikuti program
LINUS.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM LITERASI


Objektif Program Literasi adalah untuk memastikan murid
berupaya:
Membaca,
mencerakin, membina dan menulis perkataan
daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup;
Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan
vokal berganding;
Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung;
Membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan
akhiran; serta
Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan menggunakan kata hubung yang mudah seperti
dan, tetapi, dan kerana.

4.0 OBJEKTIF LITERASI ASAS 3


Pada akhir Program Literasi Asas 3 murid berupaya:
menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi
dua atau tiga suku kata terbuka dan suku kata tertutup;
menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong dan vokal berganding;
menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi
digraf, konsonan bergabung;
menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong, dan vokal berganding yang mengandungi dua atau tiga suku kata
terbuka dan suku kata tertutup;
menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan
dan berimbuhan akhiran yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka
dan suku kata tertutup;
menyebut, membaca, membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan kata hubung `dan, `tetapi, dan `kerana; serta
menyebut, membaca, membina dan menulis ayat berdasarkan bahan
rangsangan.

5.0 FOKUS LITERASI ASAS 3


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Program
LINUS, murid berupaya memperkaya kosa kata,
meningkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai
kemahiran asas Literasi serta berkomunikasi secara
baik bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran
di dalam kelas arus perdana.
Sehubungan dengan itu, pendekatan VAK dan
kesepaduan pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dalam Modul Literasi Asas 3.

5.1 Pendekatan VAK


Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan
(Visual), pendengaran (Auditori), dan pergerakan
(Kinestetik). Dalam kaedah ini murid melihat,
mendengar, menyebut dan melakukan tindak balas
berikut:
melihat huruf (visual)
mendengar sebutan guru (auditori)
menyebut huruf (auditori)
melakukan pergerakan fizikal dan sentuhan (kinestetik)

5.2 Kesepaduan Pengajaran dan Pembelajaran Literasi


Dalam pengajaran dan pembelajaran literasi, beberapa unsur berikut
disepadukan
a)Konsep Ansur Maju

Aktiviti pengajaran disampaikan secara


ansur maju.
Bermula dengan perkataan diikuti frasa
dan kemudian ayat.
Bermula dengan perkataan yang senang
kepada yang susah.
Daripada yang konkrit kepada yang
abstrak
Daripada kontekstual kepada konstruktif.

b. Didik Hibur

Murid LINUS adalah murid yang perlu


diberi perhatian yang lebih khusus.
Aktiviti perlu disampaikan dengan aktiviti
yang menarik.
Aktiviti didik hibur berunsur nyanyian,
permainan, main peranan, lakonan dan
pelbagai aktiviti yang menggembirakan
kanak-kanak tetapi memberi kesan yang
mendalam dalam proses pembelajaran
murid

c) Konsep Penggabung Jalinan Kemahiran

Mulakan dengan mendengar bunyi perkataan


frasa atau rangkai kata dan ayat.
Bimbing murid menyebut apa yang didengar
Tekankan kemahiran mengeja dan membaca
serta menulis perkara yang sama.
Modul ini mengaplikasikan gabungan beberapa
kemahiran literasi.

d) Konsep Pengulangan
Aktiviti ini merupakan aktivti terpenting dalam
mengukuhkan aspek sebutan, bacaan dan ejaan.
Pengulangan aspek kosa kata juga ditekankan
bagi mengukuhkan pemahaman murid dari segi
makna perkataan dan mampu menggunakan
dalam ayat yang dibina sendiri.
Latih tubi menjadikan murid LINUS lebih
menguasai literasi.

e) Pembelajaran secara kumpulan kecil atau


Individu
Pembelajaran secara kumpulan kecil atau
individu perlu bagi murid LINUS.tahun 2.
Modul ini perlu memuatkan aktiviti kumpulan.
Modul ini perlu menampakkan aktiviti
membimbing sambil melatih murid yang sama
kebolehan.

f) Bimbing perkara yang belum dikuasai


dan Kukuhkan perkara yang telah dikuasai
Perkara ini penting bagi memastikan
keseluruhan kemahiran literasi dapat
dikuasai oleh murid LINUS.
Jadikan 12 konstruk dalam saringan literasi
sebagai tanda aras penguasaan murid
literasi
Adakan juga ujian diagnostik bagi
mengesan secara terperinci penguasaan
literasi murid.

g) Pengajaran mengikut keupayaan individu


Perkara ini perlu dilakukan supaya murid yang
paling lemah tidak terabai dan murid yang
maju tidak terkongkong dengan perkara yang
sudah dikuasai.
Latihan yang disediakan dalam modul mestilah
di pelbagai peringkat iaitu mudah, sederhana,
dan susah.
Dicadangkan modul menyediakan ujian
diagnostik yang berupaya menentukan
kebolehan setiap murid.

h) Latihan menjadikan murid lebih baik


(sempurna)
Cadangan latihan yang dimuatkan dalam
modul murid perlulah banyak dan dibuat
melalui pelbagai pendekatan dan cara yang
menarik.
Latihan mampu memperkukuh kemahiran
literasi murid.

Kemahiran Asas 3 adalah seperti yang berikut:


Perkataan Suku Kata Terbuka
1.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka.
1.2 Membina dan menulis perkataan suku kata
terbuka.
1.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang
mengandungi perkataan
suku kata terbuka.
1.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang
mengandungi suku kata terbuka.

2.0 Perkataan Suku Kata Tertutup


2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan
yang mengandungi suku kata tertutup.
2.2 Membina dan menulis perkataan
yang
mengandungi suku kata tertutup.
2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang
mengandungi perkataan
suku kata tertutup
.
1.Membina dan menulis ayat tunggal yang
mengandungi perkataan suku
kata tertutup.2

3.0 Perkataan Diftong dan Vokal Berganding


3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan
yang mengandungi
diftong dan vokal berganding.
3.2 Membina dan menulis perkataan yang
mengandungi diftong dan vokal
berganding.
3.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang
mengandungi diftong dan
vokal berganding.
3.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang
mengandungi diftong dan vokal berganding.

.
4.0 Perkataan Digraf dan Konsonan Bergabung
4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan
yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
4.2 Membina dan menulis perkataan yang
mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
1.4.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang
mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
2.4.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang
mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Perkataan Berimbuhan Awalan dan Berimbuhan Akhiran


1. Menyebut, membaca dan memahami perkataan berimbuhan
awalan
dan berimbuhan akhiran.
5.2
Membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan
berimbuhan akhiran.
5.3
Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi
perkataan
berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.
5.4
Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi
perkataan
berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.

6.0 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk.


6.1 Membaca dan memahami ayat tunggal.
6.2 Membina dan menulis ayat tunggal.
6.3 Membaca dan memahami ayat majmuk.
6.4 Membina dan menulis ayat majmuk.
6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan
bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan
rangsangan.

1.0 PENDEKATAN VAK


Kaedah Penggunaan Pelbagai Deria (VAK) digunakan sebagai
rangsangan terhadap pelbagai deria murid. Oleh itu, Modul Asas
Literasi Asas 3 menggunakan pendekatan berikut:
1.1 Penglihatan (visual)
Penglihatan murid dirangsang melalui gambar-gambar yang
bergerak atau suku kata yang berwarna-warni yang disokong oleh
bunyi sebutan menggunakan bahan teknologi komunikasi
maklumat (TMK). Contoh-contoh aktiviti penglihatan ialah:
memerhati
melihat
menggambarkan
melukis
menulis
membuat kolaj

1.2 Pendengaran (auditori)


Murid mendengar sebutan serta melihat pergerakan
mulut guru.
Murid menyebut perkataan tersebut.
Contoh-contoh aktiviti pendengaran ialah:
mendengar rakaman
mendengar sebutan
menyebut semula
mengecam bunyi
mengambil imlak

1.3 Pergerakan (kinestetik)


Kinestetik bertujuan untuk membolehkan murid
belajar sambil bermain, belajar sambil menyanyi serta
bertukar-tukar kemahiran. Contoh-contoh aktiviti
pergerakan ialah:
main peranan (lakonan)
permainan
aktiviti luar bilik darjah
mereka cipta
simulasi
nyanyian dan gerakan

1.0 TEKNIK
Teknik pengajaran merupakan suatu cara yang
digunakan untuk menyampaikan pengajaran yang
ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan ialah:
1.1 Main peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi
atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
1.2 Permainan bahasa
Permainan bahasa ialah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan seperti
teka silang kata dan sahibba.

1. 3 Latih tubi
Latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari.
1. 4 Bercerita
Bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa melalui kawalan nada suara, mimik muka serta
berbantukan alatan yang bersesuaian.
1.5
Kuiz bahasa
Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan
memantapkan pemahaman murid tentang sistem bahasa melalui
pertandingan.

1.6 Sumbang saran


Sumbang saran merupakan percambahan fikiran yang
memerlukan setiap murid menyumbangkan pendapat
dan idea.
1.7 Soal jawab
Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan
menjawab soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.
1.8 Simulasi
Simulasi ialah melakonkan satu situasi yang hampir
menyerupai keadaan sebenar secara berkumpulan atau
secara individu

KEPELBAGAIAN SUMBER BAHAN


Kreativiti guru mengggunakan penggunaan pusat sumber sekolah
dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Program Literasi. Bahan-bahan sumber seperti
akhbar, majalah, buku rujukan, kamus dan internet boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

Modul Literasi Asas 3 dihasilkan untuk membimbing guru

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran


(p&p) menggunakan pendekatan VAK. Modul ini
dibahagikan kepada 6 unit berdasarkan senarai
kemahiran literasi asas 3. Untuk memudahkan guru,
setiap unit mengandungi objektif, kemahiran dan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Setiap p&p akan
dinyatakan pendekatan VAK manakah yang diberikan
fokus iaitu sama ada visual, auditori ataupun

kinestetik

Selain itu, ikon berikut turut disertakan agar guru sentiasa dapat
memberikan fokus kepada pendekatan VAK dalam p&p literasi
asas 3.
visual

auditori

kinestetik

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai